Perlembagaan Persekutuan, Perkara 10 Fasal
Kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan;
(a) tiap-tiap warganegara berhak kepada kebebasan
bercakap dan bersuara;
(b) semua warganegara berhak untuk berhimpun secara
aman dan tanpa senjata;
(c) semua
warganegara berhak untuk membentuk persatuan.
Kita turun bukan untuk membangkang atau
menggulingkan penguasa yang sah, tetapi kita turun sebagai kuasa ketiga yang
memberikan alternatif. Kita menyokong dengan prinsip, kita mengkritik untuk
menegur. Kita wajar menzahirkan pandangan, kerana mahasiswa ialah ikon pemilik
minda gred A yang dimiliki negara. Jangan kita tolak peluang untuk jadi
sebahagian daripada lipatan sejarah kebangkitan.
Kita berikan semula nyawa kepada gerakan mahasiswa.
Kita laungkan slogan mahasiswa. Kita kejutkan lena masyarakat dengan jeritan
suara dan idea kita. Student Power ! Itulah slogan yang tak akan pernah sepi
hingga menjelangnya hari kiamat. –GZDaily
" Jangan menyerah… Tiada seorang
pejuang yang mudah menyerah… Semoga
semua orang yang berhubungan dengan kita, akan dapat menghargai perjuangan
kita untuk melangkah ke arah yang lebih
terang, baik, damai, dan tenang.. Masa
lalu biarlah berlalu, sambutlah masa depan yang ceria, dengan memperbaiki diri
kita yang sekarang.Tidak perlu dengar “apa kata orang” tetapi dengarlah “apa
kata hati mu” Tentunya, mendengar
dari kata hati yang tidak akan ‘makan
hati’…”.