Mengenali Cinta?
Apakah itu cinta, ana percaya ramai yang tahu apa itu cinta, apabila
disebut sahaja cinta tentu terbayang si dia, pelbagai kisah romeo and juliet,
KCB, Ombak Rindu dan sebagainya yang selalu bermain diminda kita sehingga kita
terikut dengan cerita dan novel yang dibaca, menjadikan diri kita sebagai watak
utama jalan cerita, sehingga kehidupan yang sepatutnya bercermin perjalanan
Al-quran dan sunnah Nabi Muhammad saw terlupa dibumikan dalam diri.
Beruntunglah bagi yang sedar.. dan beruntunglah bagi hamba-hamba-Nya yang
berfikir.
istilah cinta adalah suatu yang bersifat subjektif yang sukar
untuk kita jelaskan, cinta sifatnya Fitrah, apabila kita sebut Fitrah, ia
adalah suatu yang suci dan bersih, ia membawa suatu ketenangan didalam jiwa dan
hati-hati manusia, bagaimana cinta itu sebegini rupa, inilah cinta yang
berlandaskan syariat Allah swt.. adakah ada cinta dalam islam? Jawapannya ada!
Cinta sang remaja adalah disebabkan oleh jiwa atau gelojak jiwa.. nukilan dalam
sebuah lagu nasyid berbunyi ”kerana cinta, kerna percintaan dengan cinta kerna
rasulnya.. kerana cinta kerana saudara.. hidup tanpa cinta sensaralah jiwa..
itulah antara lirik nasyid yang didendangkan oleh imam muda Fattah dalam
program simfoni cinta : siapa cinta ku selepas Allah dan Rasul di Universiti
Sains Islam Malaysia(USIM).
Cinta dikenali “cinta bangang”, itulah antara istilah yang
cuba digambarkan oleh panel pertama, kenapa cinta itu bangang sedangkan cinta
itu suatu anugerah daripada Ilahi, setiap manusia merasakan cinta atau kasih
sayang dan menginginkannya iaitu “CINTA”. Disini ustaz atau panel pertama cuba
mengambarkan sahaja bagaimana cinta yang tulus suci itu boleh bertukar menjadi
“cinta bangang” apabila seseorang itu terlalu atau mengikut hawa nafsunya tanpa
dipagari diri dengan syariat yang telah digariskan dalam ISLAM antara adab
Bercinta, bagaimana pulak saya tidak menjaga adab cinta saya ustaz? Saya mampu
mengawalnya ustaz, Sehinggalah wujudnya istilah cinta islamik.
Gambaran yang cuba dijelaskan disini adalah pabila seorang
lelaki atau wanita yang berurusan bersama tanpa urusan tertentu, berbual
sehingga lupa objektif sebenar sehingga melalaikan, bermesej tanpa adanya
urusan yang penting dan sebagainya yang mana semua perkara muamalat atau
hubungan yang boleh mendatangkan fitnah antara satu sama lain. Meminjam
kata-kata ustazah Fatimah Syarha :” cinta itu boleh bertukar menjadi Fitnah….”.
“apabila berbicara
perihal cinta, , kadang cinta itu buat kita lupa..
seorang hamba dan khalifah didunia, hamba kepada cinta atau
nafsu menjadi raja..
bukan kita untuk menolak andai ia jodoh yang tiba, fitrah
antara kita insan kerdil biasa..
tetapi untuk melihat siapa kita, disisi pandangan yang Maha
Esa..
andai syariat kita lupa, adakah cinta Allah kita jaga..
aku, kamu, kita dan mereka hanya insan fakir biasa..”.( tinta
fi mardhotillah )
~bersambung~