Bismillah rahman rahim, dengan
nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam buat
junjungan kita Nabi Muhammad saw, keluarga dan para sahabat baginda saw. Syukur
kehadrat Ilahi atas segala ni’mat dan kurniaanNya pada kita sehingga masih dan
dapat lagi kita menghirup udaraNya pada hari ini.
21april 12.USIM, Majlis
konvensyen da’wah “kembara Dai’” yang dianjurkan oleh pelajar tahun tiga
fakulti kepimpinan dan pengurusan Islam bertempat dewan kuliah pusat tiga
(DKP3) universiti sains Islam Malaysia.
Alhamdulillah, Universiti sains
Islam Malaysia (USIM) telah menjadi tuan rumah bagi menjayakan konvensyen
da’wah “kembara dai’ ” dan kerjasama daripada beberapa buah ipta dan ipts yang
lain antaranya ialah (UIAM,UM,KUIS,UITM). Pelajar yang terlibat dalam program
yang dianjurkan adalah berlatar dalam pengajian da’wah, komunikasi, kaunseling,
dan aqidah dan ia mengcakupi setiap aspek nilai tambah yang diperlukan oleh
setiap para dai’ atau pelajar sebagai bekal diri dan bersama masyarakat kelak.
Program yang diadakan adalah
bertujuan untuk mendedahkan pelajar perihal uslub atau manhaj da’wah yang boleh
diaplikasikan dalam kehidupan dalam mendekati masyarakat Islam itu sendiri
secara amnya dan masyarakat yang belum menerima sinar hidayah Islam secara
khususnya. Ia merupakan suatu perkongsian antara pelajar dalam pelbagai bidang
dan cabang Ilmu dengan pendekatan, kaedah atau manhaj, uslub yang berbeza dalam
menyampaikan dan mengenal apa itu Islam pada para mad’u.
Pelbagai pengenalan yang diberikan
oleh wakil pelajar perihal da’wah dan cabang dalam mendidik diri dengan
mempelbaiki dan melengkapkan diri dengan Ilmu seterusnya menjadi seorang penda’wah
yang berhikmah dan berhemah dalam setiap lapangan bersama masyarakat yang
seribu satu ragam dan persoalan mereka terhadap seruan Islam dan buku yang
dapat dikongsikan adalah “apa ertinya saya menganut ISLAM” Tulisan oleh Fathi
Yakan, pa erti saya menganut Islam.
Muka surat : 86, Bahagian pertama buku ini
bertajuk "Apa Ertinya Saya Menganut Islam" membentangkan sifat-sifat
penting yang wajib ada pada seseorang bagi membolehkan ia menjadi seorang
Muslim dalam erti kata yang sebenarnya.
Penggabungan diri dengan agama
Islam bukanlah secara warisan, bukan secara hobi malah ia juga bukan
penggabungan secara zahir sahaja. Sebenarnya penggabungan yang dimaksudkan
ialah penggabungan dengan ajaran Islam itu sendiri dengan cara berpegang teguh
dengan seluruh ajaran Islam serta menyesuaikan diri dengan Islam di segenap
bidang kehidupan dengan penuh kerelaan.
Seterusnya kami akan menerangkan
secara ringkas sifat-sifat yang wajib dimiliki oleh setiap muslim untuk
memastikan penggabungan dengan agama ini merupakan penggabungan yang sah dan
benar.
Semoga konvensyen da’wah yang
dianjuran dapat diteruskan lagi oleh junior dan generasi yang seterusnya dalam
melebar luas sayap ISLAM buat semua bagi mengecapi secangkir hidayah buat semua
INSAN. Syabas buat semua yang menjayakan program ini dan semoga amalan segala
sumbangan itu mendapat nilaian yang terbaik disisi Allah swt. Amennn Ya Rabb..