Simfoni cinta
usim:”siapa cinta ku selepas Allah dan Rasul” part 2
"Wahai umatku, kita semua berada dalam kekuasaan Allah dan
cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara
pada kalian, Al-Quran dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti
mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga
bersama-sama aku."
Pabila ahli panel kedua berbicara, antara soalan yang diajukan
ialah cinta itu sebagai penaik semangat, study sama-sama.. berdua-duaan dan
mungkin mereka mempunyai visi dan misi dalam study dan peranan teknologi serta
adab dalam menggunakannya dengan cara yang tepat.
“siapakah cinta yang paling utama?”, Allah!! Itulah antara jawapan
yang paling utama yang bergema dalam dewan, semua orang tahu bahawa cinta itu
agung adalah milik Allah, namum adakah kita memahaminya apakah cinta itu kepada
Allah. Kadang kala pabila kita berjalan ternampak seseorang yang mungkin
menarik perhatian kita.. subhanallah cantiknya ciptaan Allah, hensemnya ciptaan
Allah sehingga jatuh hati atau cinta kepada si dia, adakah si dia seseorang
yang kita redhai akhlak dia, adakah akhlak si dia diredhai Allah.. dan adakah
cinta yang cuba untuk kita bina adalah kerana Allah.. selalunya cinta
membuatkan kita lupa dan terleka hubungan kita dengan Allah, entah bagaimana
pula antara dua ibu dan bapa, adakah kasih mereka lenyap begitu saja tatkala
ada seseorang yang hanya beberapa hari, minggu dan bulan bermain cinta dimata
hingga berbunga taman-taman jiwa seorang remaja. Akhirnya cinta yang bakal
dibina bertukar menjadi cinta fitnah..
pabila semua tiada terjaga, hati terus berkata..
bila masa kita berdua, tangan pula menjadi mata..
malaikat disisi terus lupa, mencatit amalan tanpa lupa..
ingatlah Allah itu ada, CINTA pada hambanya..
pabila kita menggunakan internet, apakah kegunaanya..? fb, twitter,
myspace dan sebagainya banyak manfaatnya seandai kita guna dengan cara yang
betul pada tempatnya, bagaimana? Yaitu dengan menyebarkan da’wah.. sebarkan
cinta Islam agar dapat memberi manfaat dan mungkin mereka terfikir pabila
mereka membaca dan melihat apa yang kita sampaikan membuatkan mereka tersentuh
hati dan mendapat hidayah dari Allah SWT. Namun zaman sekarang ni kalau tengok
kat facebook(fb) ada yang mencari cinta, mencari jodoh, mencari keseronokan,
memenuhi kebosanan dan sebagainya, ada yang meletakkan pelbagai gambar dengan
pelbagai gaya.. terutama bagi muslimat yang dicintai Allah, jagalah perhiasan
yang paling indah yang Allah anugerahkan kepada kamu agar ia tidak menjadi
fitnah dan murka Allah SWT.
Ahli panel yang ketiga, “unsur cinta” lagu, filem, novel.. pabila
kita sebut tentang cinta, apakah yang terbayang dalam fikir kita.. “L.o.v.e”
“h.a.t.i”. namun kadang-kadang kita lupa unsur hati itu agar kita dapat
memahami cinta hingga membawa kesyurga.. berapa banyak filem dan novel yang
menyatakan tentang cinta dan ada yang datangnya cinta itu dari barat rasa macam
islamic, namun disini apabila kita berbicara tentang cinta.. dalam surah
Al-ahzab ayat 21, yang menyebut tentang kemuliaan Nabi sebagai suatu ikutan
yang terbaik, orang yang betul-betul mencari nabi yang pertama ialah mengharap
keredhaan Allah, mengharap Akhirat dan
cinta kita masuk syurga dan cinta sentiasa diiringi zikrullah.. maka kita
seharusnya muhasabah dari situ kalau siapa yang sudah berani melangkah kealam
cinta status kita sebagai seorang mahasiswa..
Model cinta yang Allah jadikan dengan hidupkan ayat-ayat Al-quran
dan sunnah pada Nabi Muhammad saw.. itulah cinta yang dibawa oleh Nabi saw
sebagai ikutan kepada kita, namun mungkin ada yang tersentuh dengan tulisan
novel, alunan nasyid, dan filem yang dipelopori oleh orang yang memahami atau
paham keindahan Islam agar apa yang disampaikan itu tidak lari dari matlamat
yang sebenar adalah kerana Allah swt. Apabila kita bercakap tentang cinta kita
lihat bagaimana Allah memulakan ayat Al-quran pada penciptaan manusia yang mana
manusia itu terbentuk dan terjadi pada rahim ibu, disini apabila difikirkan dan
sebenarnya dapat kita lihat air mani itu terhasil daripada apa? Bukankah
daripada perasaan cinta.. kasih sayang.. dan kasih sayang yang dimaklumkan
didalam Al-quran itu adalah kasih sayang yang suci, yang luhur dengan akad yang
sah.. bukan sesama manusia tetapi ia terus kepada Allah swt.. untuk memindahkan
amanah daripada bapa kepada si suami..
segalanya bermula pabila kita sedar asal kejadian kita, bagaimana
Allah ciptakan dengan penuh kasih sayang.. kadang-kadang ramai yang pandai buat
anak tapi tak pandai nak azan.. isteri baru lepas jihad tu melahirkan anak,
tapi si suami tak tahu nak azan pulak akhirnya guna je ipad ker iphone.. bukan
sahaja azan yang diinginkan, kadang-kadang dah sedap azan tapi lupa makna..
azan tak payah sedap atau kuat ti pekak
budak tu.. tapi bagi tiup ruh Islami dan cinta Allah itu pada bayi tu daripada
hati agar anak tu kenal suara bapaknya ajar dia betapa besar Allah berbanding
dunia.. maka apatah lagi cinta sesama manusia bolehkah cinta sesama manusia
meniggalkan cintanya kepada Allah, very-very simple, dan dengan cinta yang kita
baru kenal sebulan dua sanggup tinggal ibu dan ayah.. kedua ibu bapa, ini
reality ini yang berlaku sebab gagalnya kita faham makna kita sebagai seorang
muslim..
Pabila cinta yang pertama kita lulus maka cinta yang seterusnya
akan menyusur tiba..
Jadi yang manakah yang kita utamakan dalam hidup kita? Jom
bermuhasabah..
agar setiap amalan yang kita lakukan adalah kita meletakkannya pada
suatu yang tepat..
"Duhai wanita, jagalah pandanganmu dan tundukkanlah hatimu dengan
rasa keimanan yang teguh kepada Allah swt. Janganlah kau menyalahkan takdir
atas perkara yang kau tidak sukai namun sebaliknya bersangka baiklah pada Tuhan
sekalian alam. Mungkin apa yang disukai olehmu tidak menjanjikan kebaikan
padamu dan mungkin yang kau tidak sukai itulah yang menjadi perkara terbaik
bagimu."
~END~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan