2013: Runtuhkan kezaliman gantikan dengan keadilan...
Harapan saya setiap hari hanyalah untuk melihat tertegaknya Islam
sebagai agama yang syumul di bumi Malaysia ini. Sudah terlalu lama
sekular berakar umbi dalam politik sehingga mengakibatkan kerosakan yang
dahsyat. Jika dibiarkan berterusan, Melayu pun tidak terbela, Islam pun
entah ke mana.
Sempena kedatangan tahun baru 2013 ini, saya
menyeru semua pihak agar memperbaharui tekad untuk meruntuhkan kezaliman
dan menggantikannya dengan keadilan.
Perlihatkan keindahan Islam di dalam kehidupan di segenap sudut agar ia
dipandang tinggi oleh orang lain. Saya optimis masa depan yang cerah
untuk Islam di seluruh pelosok dunia. Insya-Allah.
Tahun 2013
ini juga akan menyaksikan berlakunya pilihan raya umum ke-13. Gunakanlah
hak untuk memilih ini dengan sebaik-baiknya. Jangan silap membuat
pilihan. Jika silap akan menyebabkan kita menyesal di hari Akhirat.
Yakinlah, setiap anggota badan termasuk tangan yang mengundi juga akan menjadi saksi terhadap amalan manusia di padang Mahsyar.
Semoga kita semua terus diberikan hidayah dan taufik oleh Allah SWT dan
memasukkan kita di dalam golongan hamba-hamba-Nya yang beriman.
Amin.
Kota Darulnaim,