Ahad, 22 April 2012

"Majlis konvensyen da’wah “kembara Dai’ USIM 2012"




Bismillah rahman rahim, dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam buat junjungan kita Nabi Muhammad saw, keluarga dan para sahabat baginda saw. Syukur kehadrat Ilahi atas segala ni’mat dan kurniaanNya pada kita sehingga masih dan dapat lagi kita menghirup udaraNya pada hari ini.
21april 12.USIM, Majlis konvensyen da’wah “kembara Dai’” yang dianjurkan oleh pelajar tahun tiga fakulti kepimpinan dan pengurusan Islam bertempat dewan kuliah pusat tiga (DKP3) universiti sains Islam Malaysia.
Alhamdulillah, Universiti sains Islam Malaysia (USIM) telah menjadi tuan rumah bagi menjayakan konvensyen da’wah “kembara dai’ ” dan kerjasama daripada beberapa buah ipta dan ipts yang lain antaranya ialah (UIAM,UM,KUIS,UITM). Pelajar yang terlibat dalam program yang dianjurkan adalah berlatar dalam pengajian da’wah, komunikasi, kaunseling, dan aqidah dan ia mengcakupi setiap aspek nilai tambah yang diperlukan oleh setiap para dai’ atau pelajar sebagai bekal diri dan bersama masyarakat kelak.
Program yang diadakan adalah bertujuan untuk mendedahkan pelajar perihal uslub atau manhaj da’wah yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan dalam mendekati masyarakat Islam itu sendiri secara amnya dan masyarakat yang belum menerima sinar hidayah Islam secara khususnya. Ia merupakan suatu perkongsian antara pelajar dalam pelbagai bidang dan cabang Ilmu dengan pendekatan, kaedah atau manhaj, uslub yang berbeza dalam menyampaikan dan mengenal apa itu Islam pada para mad’u.
Pelbagai pengenalan yang diberikan oleh wakil pelajar perihal da’wah dan cabang dalam mendidik diri dengan mempelbaiki dan melengkapkan diri dengan Ilmu seterusnya menjadi seorang penda’wah yang berhikmah dan berhemah dalam setiap lapangan bersama masyarakat yang seribu satu ragam dan persoalan mereka terhadap seruan Islam dan buku yang dapat dikongsikan adalah “apa ertinya saya menganut ISLAM” Tulisan oleh Fathi Yakan, pa erti saya menganut Islam.
Muka surat : 86, Bahagian pertama buku ini bertajuk "Apa Ertinya Saya Menganut Islam" membentangkan sifat-sifat penting yang wajib ada pada seseorang bagi membolehkan ia menjadi seorang Muslim dalam erti kata yang sebenarnya.
Penggabungan diri dengan agama Islam bukanlah secara warisan, bukan secara hobi malah ia juga bukan penggabungan secara zahir sahaja. Sebenarnya penggabungan yang dimaksudkan ialah penggabungan dengan ajaran Islam itu sendiri dengan cara berpegang teguh dengan seluruh ajaran Islam serta menyesuaikan diri dengan Islam di segenap bidang kehidupan dengan penuh kerelaan.
Seterusnya kami akan menerangkan secara ringkas sifat-sifat yang wajib dimiliki oleh setiap muslim untuk memastikan penggabungan dengan agama ini merupakan penggabungan yang sah dan benar.
Semoga konvensyen da’wah yang dianjuran dapat diteruskan lagi oleh junior dan generasi yang seterusnya dalam melebar luas sayap ISLAM buat semua bagi mengecapi secangkir hidayah buat semua INSAN. Syabas buat semua yang menjayakan program ini dan semoga amalan segala sumbangan itu mendapat nilaian yang terbaik disisi Allah swt. Amennn Ya Rabb..

Selasa, 20 Mac 2012

Simfoni cinta usim:”siapa cinta ku selepas Allah dan Rasul”



Mengenali Cinta?
Apakah itu cinta, ana percaya ramai yang tahu apa itu cinta, apabila disebut sahaja cinta tentu terbayang si dia, pelbagai kisah romeo and juliet, KCB, Ombak Rindu dan sebagainya yang selalu bermain diminda kita sehingga kita terikut dengan cerita dan novel yang dibaca, menjadikan diri kita sebagai watak utama jalan cerita, sehingga kehidupan yang sepatutnya bercermin perjalanan Al-quran dan sunnah Nabi Muhammad saw terlupa dibumikan dalam diri. Beruntunglah bagi yang sedar.. dan beruntunglah bagi hamba-hamba-Nya yang berfikir.
istilah cinta adalah suatu yang bersifat subjektif yang sukar untuk kita jelaskan, cinta sifatnya Fitrah, apabila kita sebut Fitrah, ia adalah suatu yang suci dan bersih, ia membawa suatu ketenangan didalam jiwa dan hati-hati manusia, bagaimana cinta itu sebegini rupa, inilah cinta yang berlandaskan syariat Allah swt.. adakah ada cinta dalam islam? Jawapannya ada! Cinta sang remaja adalah disebabkan oleh jiwa atau gelojak jiwa.. nukilan dalam sebuah lagu nasyid berbunyi ”kerana cinta, kerna percintaan dengan cinta kerna rasulnya.. kerana cinta kerana saudara.. hidup tanpa cinta sensaralah jiwa.. itulah antara lirik nasyid yang didendangkan oleh imam muda Fattah dalam program simfoni cinta : siapa cinta ku selepas Allah dan Rasul di Universiti Sains Islam Malaysia(USIM).
Cinta dikenali “cinta bangang”, itulah antara istilah yang cuba digambarkan oleh panel pertama, kenapa cinta itu bangang sedangkan cinta itu suatu anugerah daripada Ilahi, setiap manusia merasakan cinta atau kasih sayang dan menginginkannya iaitu “CINTA”. Disini ustaz atau panel pertama cuba mengambarkan sahaja bagaimana cinta yang tulus suci itu boleh bertukar menjadi “cinta bangang” apabila seseorang itu terlalu atau mengikut hawa nafsunya tanpa dipagari diri dengan syariat yang telah digariskan dalam ISLAM antara adab Bercinta, bagaimana pulak saya tidak menjaga adab cinta saya ustaz? Saya mampu mengawalnya ustaz, Sehinggalah wujudnya istilah cinta islamik.
Gambaran yang cuba dijelaskan disini adalah pabila seorang lelaki atau wanita yang berurusan bersama tanpa urusan tertentu, berbual sehingga lupa objektif sebenar sehingga melalaikan, bermesej tanpa adanya urusan yang penting dan sebagainya yang mana semua perkara muamalat atau hubungan yang boleh mendatangkan fitnah antara satu sama lain. Meminjam kata-kata ustazah Fatimah Syarha :” cinta itu boleh bertukar menjadi Fitnah….”.
 “apabila berbicara perihal cinta, , kadang cinta itu buat kita lupa..
seorang hamba dan khalifah didunia, hamba kepada cinta atau nafsu menjadi raja..
bukan kita untuk menolak andai ia jodoh yang tiba, fitrah antara kita insan kerdil biasa..
tetapi untuk melihat siapa kita, disisi pandangan yang Maha Esa..
andai syariat kita lupa, adakah cinta Allah kita jaga..
aku, kamu, kita dan mereka hanya insan fakir biasa..”.( tinta fi mardhotillah )
~bersambung~

Ahad, 4 Mac 2012

"love?"

 " when you ask me about love.. i don't know how..? it's feeling that come from God(Allah).. then, you ask me how much this love..? i don't know.. could i calculate it..? do you angry me when i tell you that i love you more than God(Allah), how could this much.. maybe Allah will angry me..? so, let pray to Allah.. we need Him(Allah) more than us.. because this LOVE come from Him(Allah)".

Selasa, 28 Februari 2012

"SUJUD CINTA SEORANG HAMBA"


Di atas hamparan sejadah suci
Hamba menadah kedua telapak tangan ini
Bagi memohon keampunan dan rahmat dariMu
Agar diberikan hamba hidayah serta taufiqMu
Supaya tidak tersimpang hamba dari jalanMu…

Hati hamba merasa hambar dan sunyi
Tanpa iman dan semangat taqwa dalam hati
Jiwa hamba kosong dan takkan berisi
Melainkan dengan redha Yang Maha Mengetahui
Yang menemukan hamba dalam bingkisan restu Yang Maha Mengasihani…

Saat tasbih mengisi ruang kosong di jari-jari
Mulut dan hati hamba bersatu berzikir mengingat ILAHI
Jiwa hamba terisi dengan munajat di malam hari
Diri ini hamba abdikan buat Pencipta langit dan bumi
Moga dosa-dosa lampau dapat dihapusi dan diampuni…

Kening ini hamba rapatkan di atas hamparan murni
Sujud dahi hamba mencecah ke bumi
Tanda syukur hamba akan kebesaran ILAHI
Tidak terukur nilai cintaMu yang tinggi
Tidak terhitung nilai kasihMu yang bertambah setiap hari…

Ya Rabbul Izzati…
Sudikah Kau menerima cinta hamba yang hina dengan longgokan dosa ini??
Semoga keampunan mendapat tempat untuk hamba yang sering lupa diri
Semoga rahmatMu sentiasa hadir menemani
Agar kehidupan duniawi dan ukhrawi hamba diredhai …

Hamba amat mendambakan cinta dariMu
Hamba juga mengharapkan pertemuan denganMu
Diri hamba ini dahaga akan belaian kasihMu
Hamparan sejadah suci hamba buktikan padaMu
Sujud cinta hamba hanyalah untuk Tuhan yang berkuasa di atas segala sesuatu…
(ade masuk kat iluvislam.com)

Rabu, 15 Februari 2012

" Buah titisan lelah "


Bismillah, dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Dan Pengasihani.. yang menciptakan langit dan matahari alam ini.. Ashhadualla Ilaha Illa Allah, Wa Muhammad Rasulullah..

Alhamdulillah,

Hari ni result sem 5 da kuar, syukur kat Allah result yang dapat makin meningkat lagi.. thank ma yang mendoakan tiap saat dan hari, "Seorang alim besar, Syeikh Sya`roni Ahmadi Al-Qudsy berkata:
"Doa ibu adalah seperti jelmaan malaikat, bahkan ibu adalah seperti jelmaan malaikat yang nampak. Ertinya, hati-hatilah dengan doa ibumu kerana doanya begitu cepat dikabulkan oleh Allah subhanahu wa ta`ala." Para ibu sekalian, berdoalah sentiasa akan kebaikan anak-anak anda di dunia dan akhirat ".
Terima kasih buat sahabat-sahabat yang banyak membantu dalam study group, yang share nota print sume.. moga kalian mendapat result dan BARAKATILLAH alai'k fi dunya wa akhirat. Tak dilupakan pada lecture-lecture, guru atau MURABBI yang tidak lokek Ilmunya, moga ILMU yang diwarisi ini akan menyampaikan amal pada kalian. Sungguh..   hanya Allah yang mampu menganjarkan semuanya, moga Dirahnmati dan diredhai Allah swt para TABLIGH( Il'm), "Sampaikanlah walau satu ayat": hadit "dan diharapkan segalanya para murabbi meredhai ana dan sahabat dengan segala ilmu dan pencerahan yang diberikan. Allahu Akbar.. Sesungguhnya Allah itu Maha Besar, Maha Mengetahui.

Apa yang penting dapat ISInya, moga dapat dijadikan benih yang mampu membuahkan amal, Insya-Allah, Hamba yang fakir mohon hidayah dan taufiq dari Allah swt, moga hidup bererti dengan Ilmu dan Amal.
~Hadiah Buat Ma~(Al-Fatihah Buat Abah)

Ahad, 5 Februari 2012

"Mutiara Kata"



“Maafkan Aku”


“Maafkan Aku”

Maafkan Aku Kerana Mencintai-Nya Melebihi Cintaku Padamu,
Maafkan Aku Kerana Merindui-Nya Melebihi Rinduku Padamu,
Maafkan Aku Kerana Berdating Dengan-Nya Melebihi  Datingku Denganmu,
Maafkan Aku Kerana Berdoa Dengan-Nya Melebihi Borakku Denganmu,
Maafkan Aku … Maafkan Aku … Maafkan Aku …

Dan Maafkan Aku Kerna Mencintaimu Sebagaimana Cintanya Iman Dan Islam,
Maafkan Aku Kerna Merindui Dirimu Sebagaimana Rindunya Taman-Taman Syurga,
Maafkan Aku Kerna Mencintaimu Adalah Kerna-Nya,
Maafkan Aku Kerna Merinduimu Adalah Kerna-Nya,
Maafkan Aku… Maafkan Aku … Maafkan Aku …
~greenzero~