“Sesungguhnya Kami menurunkannya di dalam malam Al-Qadr, dan adakah kau tahu apa itu Malam Al-Qadr? Malam Al-Qadr itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turunlah para malaikat, dan Ruh(Jibril) dengan izin Tuhan mereka untuk segala urusan. Sejahteralah malam itu sehingga terbitnya fajar” (Al-qadr, ayat 1-5)
Rabu, 8 Ogos 2012
"Lailatul Qadar.."
Jom bace dan layan katun kat atas dulu... :)
Alhamdulillah.. syukur pada-NYA akhirnya tiba dan insyaAllah moga sempat berjumpa dengan Malam yang penuh barakah.. keberkatan daripada Allah terhadap hambanya dalam beribadat.. agar malam yang mulia ini 10 akhir ramadhan menjadi pembakar semangat dalam meneruskan amal di kebun firdausi harapannya moga ianya salah satu daripada taman-taman syurga... insyaAllah...
"AGAMA PERISAI IMAN"
"BEING A DOCTOR for ummah is not just about medical field, but how are you going to serve for rahmatan lil 'alamin..."
Isnin, 6 Ogos 2012
JOM BACE.."Jawatankuasa Khas Kajian Royalti"
Kenyataan Akhbar: Jawatankuasa Khas Kajian Royalti
August 6th, 2012 by Truckster
Saya mendarat di KLIA sekitar jam 3 petang ini, pulang dari mengerjakan umrah. Satu dari niat saya mengerjakan umrah ialah untuk mendoakan perjuangan rakyat Kelantan mendapatkan royalti petroleum menjadi kenyataan.
Setiba di KLIA, saya menerima panggilan dari pemberita memintakan komen mengenai pengumuman PM mengenai penubuhan sebuah jawatankuasa khas mengkaji pembayaran royalti/bayaran tunai petroleum yang akan dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Tun Abdul Hamid Mohamad boleh dilihat positif dan juga sebaliknya. Saya memohon tempoh untuk meneliti kenyataan PM sepenuhnya sebelum memberikan komen saya.
Sebelum saya memberikan ulasan selaku Pengerusi Jawatankuasa Khas Tuntutan Royalti Petroleum Kerajaan Negeri Kelantan, saya ringkaskan apa yang tertera dari pengumuman PM;
i. Jawatankuasa ini akan membuat kajian dalam tempoh enam bulan.
ii. Jawatankuasa ini akan mengenal pasti Negeri yang layak menerima pembayaran.
iii. Jawatankuasa ini akan memutuskan tuntutan Negeri akan ditentukan secara adil, telus dan saksama.
iv. Bahawa tuntutan Kelantan selama ini dikira tidak terhak kerana pendirian Kerajaan Pusat sebelum ini adalah pengeluaran petroleum di luar 3 batu nautikal tidak menjadi hak Negeri-Negeri.
v. Kerajaan Pusat membuat pembayaran wang ihsan dari hasil pengeluaran petroleum di Kelantan di luar 3 batu nautikal melalui JPP
Jelas, dari intipati kenyataan PM di atas, keadaan masih samar-samar. Ketika ia seakan membawa satu sinar harapan, keadaan sebenar hanya akan ditentukan enam bulan dari sekarang.
Kini Ogos, jika pilihanraya diadakan dalam tempoh sebelum Jawantakuasa ini membuat laporan dan seterusnya menunggu pertimbangan Kabinet atas rekomendasi Jawatankuasa ini, keputusannya boleh menjadi seribu kemungkinan.
Ia mungkin berakhir sebagai sebuah latihan akademik semata-mata.
Kini Ogos, jika pilihanraya diadakan dalam tempoh sebelum Jawantakuasa ini membuat laporan dan seterusnya menunggu pertimbangan Kabinet atas rekomendasi Jawatankuasa ini, keputusannya boleh menjadi seribu kemungkinan.
Ia mungkin berakhir sebagai sebuah latihan akademik semata-mata.
Adakah penubuhan Jawatankuasa ini hanya sebuah langkah politik menjelang pilihanraya untuk meredakan perasaan rakyat Kelantan dan BN menggunakannya sebagai sebuah ‘jambatan’ untuk menyeberangi pilihanraya ini dengan selamat, khususnya dalam konteks Kelantan?
Sehingga ia tidak dilihat tidak melayani harapan rakyat Kelantan dan pada masa yang sama, tidak pula memenuhi tuntutan itu.
Kenapa enam bulan? Kenapa tidak tiga bulan, umpamanya?
Kenapa menjelang pilihanraya? Kenapa tidak sebelum ini?
Tuanku Al Sultan Kelantan telah bertitah dua tahun yang lepas lagi, menerusi titah perasmian sidang DUN Kelantan dan dititahkan sekali lagi sewaktu perasmian DUN juga awal tahun ini, mengenai isu ini.
Kerajaan Kelantan telah menfailkan saman di Mahkamah Tinggi pada 30 Ogos 2010 lagi.
Kenapa begitu lama masa yang diambil untuk PM mempertimbangkan penubuhan sebuah jawatankuasa seumpama ini?
Dalam tempoh tersebut, Kerajaan Pusat telah mencapai persetujuan dengan Kerajaan Terengganu dan Terengganu telah dibayar dengan bayaran tunai sekalipun pengeluaran petroleum di Terengganu juga berada di luar kawasan 3 batu nautikal.
Kenapa tuntutan Kelantan tidak mengguna pakai penyelesaian dengan Terengganu sahaja?
Dalam tempoh tersebut, Kerajaan Pusat telah mencapai persetujuan dengan Kerajaan Terengganu dan Terengganu telah dibayar dengan bayaran tunai sekalipun pengeluaran petroleum di Terengganu juga berada di luar kawasan 3 batu nautikal.
Kenapa tuntutan Kelantan tidak mengguna pakai penyelesaian dengan Terengganu sahaja?
Lebih-lebih lagi fakta-fakta dari para penggubal Akta Petroleum telah wujud dengan nyatanya seperti dikemukakan oleh YBM Tengku Razaleigh, Tun Salleh Abbas dan bekas Penasihat Undang-Undang Petronas sendiri, En Nik Mohd Saghir.
Sekalipun saya mengalu-alukan penubuhan jawatankuasa ini atas kedudukan sekurang-kurangnya tuntutan Kelantan telah memaksa Jawatankuasa ini ditubuhkan, namun suka saya mencadangkan perkara berikut;
i. Kerajaan Kelantan tidak menarik balik samannya ke atas Petronas yang dijadualkan, satu dari procedingnya akan didengar di Makhamah Persekutuan pada Oktober ini.
ii. Majlis Tertinggi Pakatan Rakyat bersidang dan memberikan tawaran yang lebih konkrit terhadap tuntutan Kelantan termasuk pendaratan hasil gas dari perairan Kelantan yang baru memulakan pengeluarannya ke pantai Kelantan. Isu ini langsung tidak disentuh dalam kenyataan PM padahal MB Kelantan telah pun menulis surat rasmi kepada PM.
iii. Tempoh Jawatankuasa ini menyiapkan laporannya dipendekkan kepada tiga bulan.
iv. Penegasan PM bahawa Jawatankuasa ini ditubuhkan bertujuan membuat pembayaran bayaran tunai kepada Kelantan.
v. Penegasan bahawa pembayaran mestilah mengikut metod yang diguna pakai untuk Negeri-Negeri lain yang terlibat
vi. Menerima permohonan Kelantan untuk gas didaratkan di Kelantan
vii. Membekukan pembayaran wang ihsan.
viii. Pemimpin-pemimpin UMNO yang lantang menyatakan tuntutan Kelantan selama ini adalah khayalan di awangan, pengeluaran petroleum di Kelantan tidak wujud dan Kelantan tidak terhak terhadap sebarang pembayaran tunai, perlu menarik balik kenyataan mereka secara terbuka dan memohon maaf kepada rakyat Kelantan.
Sekian
Husam Musa
15 Ramadhan 1433 / 4 Ogos 2012
Ahli Exco Kerajaan Kelantan merangkap
Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti
Petroleum Kelantan
Husam Musa
15 Ramadhan 1433 / 4 Ogos 2012
Ahli Exco Kerajaan Kelantan merangkap
Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti
Petroleum Kelantan
Jumaat, 3 Ogos 2012
"Mahar Ku Untuk Mu"
Inilah mahar ku untuk mu,
Seperti ini ku mampu,
Sepenuh hati ku berikan,
Sebagai wujud cinta ku,
Mahar ku untuk mu tulus ku serahkan,
Kepada diri mu satu yang ku pilih,
Mahar ku untuk mu aku karunia ,
Yang ALLAH berikan pada ku untuk mu,
Terimalah sebaris doa,
Semoga engkau bahagia,
Dan ku nyanyikan lagu ini,
Persembahan cinta suci,
Mahar ku untuk mu tulus ku serahkan,
Kepada diri mu satu yang ku pilih,
Mahar ku untuk mu aku karunia ,
Yang ALLAH berikan pada ku untuk mu,
Mahar ku untuk mu tulus ku serahkan,
Kepada diri mu satu yang ku pilih,
Mahar ku untuk mu aku karunia ,
Yang ALLAH berikan pada ku untuk mu,
Mahar ku untuk mu tulus ku serahkan,
Kepada diri mu satu yang ku pilih,
Mahar ku untuk mu aku karunia ,
Yang ALLAH berikan pada ku untuk mu.
Sabtu, 21 Julai 2012
" Sinar Ramadhan "
Bulan Ramadhan bulan yang mulia,
Bulan rahmat dan bulan berkat,
Bulan kebajikan pahala berganda,
Bulan keampunan doa diterima,
Bulan Ramadhan Quran diturunkan,
Untuk panduan hidup manusia,
Di dalamnya ada Lailatul Qadar,
Kebaikan dibuat lebih dari seribu bulan,
Bulan Ramadhan pintu neraka di tutup,
Mereka yang diazab kubur direhatkan,
Iblis dan syaitan kakinya dirantai,
Sebagai memuliakan bulan Ramadhan,
Berlumba-lumbalah mencari keredhaan,
Puasa di siang hari menghidupkan malam,
Banyakkanlah doa lebihkan sedekah,
Kawallah diri daripada dosa-dosa,
Beritikaflah kesepuluh akhir Ramadhan,
Jika ada peluang masa pun ada,
Kerana ialah sunat yang digalakkan,
Rasulullah tidak pernah meninggalkan,
Ramadhan Ramadhan Ramadhan,
Bulan Rahmat,
Tajuk Nasyid : Sinar Ramadhan
Artis : Hijjaz
Album : Nur Syawal
Isnin, 2 Julai 2012
"No love before akad"
No love before akad.
Cinta hanya selepas kahwin.
Dan bla bla bla bla bla….
Ayat yang seringkali aku baca, dan sering kali aku dengar.
cinta sebelum nikah itu ada.
Aku kira, yang patut tiada sebelum nikah adalah hubungan
intim seperti suami isteri. Cinta, pada aku, sebelum nikah lagi memang
sepatutnya perlu diwujudkan.
Oh, lainlah kalau definisi cinta kamu, telah kamu rendahkan
dengan menganggap ‘bercinta’ itu adalah ‘bercouple, pegang-pegang tangan,
berhubungan tanpa batas’ dan sekutu-sekutunya.
Maaf. Cinta aku mahal, dan tidak serendah itu.
Sebab itu cinta aku yang mahal itu, wujud sebelum bernikah lagi.
Cinta yang sebenar
Couple itu maknanya cinta? Hubungan intim lelaki perempuan
yang bukan mahram tanpa batasan itu cinta?
Maaf. Jika kamu panggil itu sebagai ‘bercinta’, tandanya
kamu telah menjatuhkan harga cinta. Untuk aku, itu semua bukan cinta. Cinta
adalah suci. Bersih. Dan ianya membawa ke syurga.
Cinta mestilah dibina dari keimanan, dan dicari berlandaskan
petunjuk Allah SWT.
Cinta adalah perasaan, yang wujud di dalam jiwa dan
diterjemahkan dalam bentuk amal.
Menolak sahabat ke dalam api, itu bukan namanya akung
sahabat, walaupun sebelum menolak sahabat itu ke dalam api, sudah 1000 kali
diucapkan: Ana sayang enta, sahabat ana.
Melempar pasangan ke dalam neraka, dengan melanggar
arahan-arahan Allah, itu bukan namanya bercinta. Walaupun kamu sering gunakan
perkataan ‘cinta’ dalam hubungan kamu.
Cinta lebih suci dari apa yang kamu jangka.
Dan ‘cinta’ yang asli ini, tidak sepatutnya diharamkan
sebelum bernikah.
Cinta sebelum kahwin
Kalau benar cinta kepada pasangan kamu, maka kamu akan
menjaga diri kamu dari laranganNya. Kamu tidak akan melempar pasangan kamu ke
neraka dengan mengajaknya bermaksiat kepada Allah SWT.
Kalau kamu benar cinta, kamu akan meminta petunjuk Allah dan
berkira-kira. Kamu akan list pro dan kontra serta muhasabah kembali perasaan
yang hadir di dalam diri kamu. Kemudian bila benar-benar sudah tetap hatinya,
lanjutkan dengan lamaran tanda kamu benar-benar serius. Yang lelaki boleh terus
kepada keluarganya, yang perempuan boleh menghantar wakil untuk bertanyakan
lelakinya.
Tapi pastikan kamu benar-benar siap. Bukan istikharah
semata-mata. Tetapi ada perancangannya juga. Perancangan dunia kamu, dan
perancangan akhirat kamu. Ini kalau kamu benar-benar cinta.
Kamu berhubungan atas perkara yang sangat-sangat-sangat
penting sahaja dan kamu tidak berlengah-lengah dalam meninggalkannya ketika
urusan selesai.
Untuk lelaki, kamu bina hubungan yang erat dengan kedua ibu
bapanya, dan adik beradik lelakinya, untuk berta’aruf dengannya.
Untuk perempuan, kamu bina hubungan yang erat dengan ibunya
dan adik beradik perempuanya, serta saudara mara perempuan yang dia ada untuk
berta’aruf dengannya.
Kamu siapkan diri kamu untuk menjadi suami@isteri yang baik
untuk pasangan kamu. Kamu tekankan pada diri kamu untuk lakukan perubahan
dengan memandang bahawa kamu mesti hendak membahagiakan pasangan kamu
sebahagia-bahagianya. Dan apakah yang lebih bahagia dari mendapat keredhaan
Allah dan masuk ke syurga bersama-sama?
Dan pantaskan urusan perkahwinan kamu. Jatuhkan dengan
segera perkara-perkara yang menghalang perkahwinan kamu dari berlangsung dengan
cepat. Itu satu tanda cinta.
Kalau kamu tanya akan cinta aku.
Maka cinta aku begitulah.
Kamu-kamu yang bercouple dan memusnahkan erti cinta yang
sebenar, aku terkilan dengan kamu.
Kamu-kamu yang bercinta dengan cara yang salah, aku terkilan
dengan kamu.
Hal ini kerana, wujudnya kamu dan kesalahan kamu, membawa
kepada orang-orang tertentu mengharamkan terus cinta sebelum wujudnya
pernikahan.
Kamu-kamu yang mengharamkan terus segala jenis cinta sebelum
nikah, aku juga terkilan dengan kamu.
Islam datang mengajar kita mengawal perasaan. Bukan
menghapuskannya.
Jadi yang halal diharamkan hanya kerana ada yang salah
menggunakannya.
Maka sepatutnya dididik bagaimana untuk bercinta dengan
sebenarnya.
Apakah jika ada orang belajar untuk membuat nuklear dan
mengebom sesebuah tempat, maka ‘belajar’ itu diharamkan dan matapelajaran
‘nuklear’ itu patut diharamkan?
Semestinya tidak.
Apakah apabila Allah menimbulkan rasa cinta di dalam jiwa
seseorang, kamu hendak menyalahkan Allah atas perasaan cinta yang Dia
munculkan?
Maka sepatutnya kamu, membina satu garis yang jelas. Antara
cinta, dan ‘cinta’.
Bukan hanya syok sendiri dengan ‘cinta suci’ buat ‘golongan
kamu’ sahaja.
Aku di sini bukan hendak menghalalkan yang haram. Aku
nyatakan di sini, couple dan segala apa yang Allah larang, untuk aku itu semua
bukannya cinta. Justeru apabila aku katakan cinta, couple tiada kaitan
dengannya. Keluar berdua-duaan tiada kaitan dengannya, bergayut dalam telefon
tiada kaitan dengannya. Sms-sms tak ada makna, atau sms-sms ‘tazkirah bohong’
tak ada kena mengena. Salut-salut nama ‘dakwah’ untuk meng’halal’kan
perhubungan juga tak ada kena mengena.
Cinta yang aku kata ini, bebas dari semua itu.
Aku juga tidak akan sesekali mengharamkan yang halal. Sebab
itu aku berdiri di sini dengan pegangan ini.
Untuk aku, yang halal bila disalah guna, benar ia menjadi
haram.
Maka masalah di sini bukanlah yang halal itu.
Masalah di sini adalah ‘pengawalan’ itu.
Sekelompok manusia yang gagal mengawal, itu bukan bermakna
ia haram untuk semua manusia. Lainlah perkara itu jelasnya haram secara qat’i,
sebagaimana arak. Walaupun mungkin sekelompok sahaja yang mabuk, tetapi ia
tetap haram kepada semua.
Cinta yang hakiki, bukannya arak!
Guruku, mudirku, Ustaz Dahlan Mohd Zain, pernah satu hari
membicarakan hal perkahwinan dan hubungan sebelum kahwin di dalam kelas. Keluar
dari pelajaran kami yang sebenarnya, Fiqh Sirah Nabawi pada hari itu.
Lihatlah antara soalan yang muncul, dan bagaimana
sederhananya jawapan dia.
“Ustaz, boleh ke kata cinta pada tunang kita?”
“Boleh, tapi kena benar-benar dengan cinta yang betul la.
Bukan main-main”
Maka aku terjemahkan ‘benar-benar dengan cinta yang betul,’
itu, adalah apabila ia dipandu keimanan, di atas syara’, dan kena pada keadaan
serta keperluan pengucapan itu. Bukan diucap atas dasar nafsu, atau semata-mata
kerana rindu, atau kerana ingin bermanja-manjaan.
“Ustaz, boleh ke nak jumpa tunang?”
“Boleh, tapi kenalah bawa keluarga sekali. Ajak mak ayahnya
makan bersama ke. Masa tu jumpa la.”
Bukannya tidak dibenarkan berjumpa langsung.
Tetapi ada caranya. Ada ketikanya. Ada adabnya.
Ustaz Dahlan mengajar aku, untuk tidak mengharamkan sesuatu
yang halal, tetapi melihat apakah yang membawa kepadanya menjadi haram, dan
membasmikan masalah itu.
Dan jawapan-jawapannya adalah jawapan yang menyenangkan
jiwa. Lihatlah uslubnya.
“Boleh…” Mendengar jawapan ini terlebih dahulu, jiwa jadi
lapang. Oh, Islam ini tidak berat ya…
“Tapi kenalah…” Dan syarat selepas itu menjadi ringan untuk
dilakukan kerana hendak mencapai ‘boleh’ tadi.
Ustaz Dahlan, secara tidak langsung, menundukkan nafsu pada
kawalan syara’ hanya dengan jawapannya yang mudah itu. Dan jawapannya sesuai
untuk umum. Bukan hanya untuk orang dakwah sahaja, bukan hanya untuk yang tidak
belajar agama sahaja. Jawapannya betul untuk semua.
Dan aku hidup dengannya, menyerap segala didikannya, jadilah
aku sebagai aku.
Dan jadilah cinta aku seperti ini.
Penutup: Kamu, jangan murahkan cinta, dan memandang rendah
kepadanya
Kamu, jangan murahkan cinta dan memandang rendah kepadanya.
Jangan kamu salahkan cinta kerana kesalahan-kesalahan kamu
atau orang lain.
Kalau kamu lemah hendak mengangkat cinta pada yang satu, maka
kuatkanlah dirimu itu. Bukan memandang rendah orang lain, atau meyalahkan orang
lain, yang bercinta dengan cintanya yang betul.
Aku tidak mewajibkan cinta sebelum nikah. Tetapi yang aku
ingin jelaskan di sini adalah, jika ia wujud, maka itu bukan satu kesalahan.
Yang perlu adalah pengawalan agar ia tidak keluar dari definisi cinta yang
sebenar.
Definisi cinta aku adalah = ingin masuk syurga bersama.
Apakah cinta kalau melempar pasangan ke neraka?
Untuk aku, inilah dia kefahaman aku. Inilah dia cinta aku..
"Murabbi CiNtA.."
Saat pertama kali perkenalan
bukan suatu yang mudah
bagi seorang murabbi yang kurang bicaranya ini....
tapi sekadar kaya dengan senyuman
Berhadapan dgn mereka menimbulkan satu rasa di hati...
perasaan pelik yang tiada kata
namun itulah hakikat jiwa murabbi
awal perjalanan
tugas terlaksana atas dasar tangungjawab...
Namun...
itu masih belum cukup manis
untuk merasai manisnya
menggalas amanah seorang murabbi...
Dan hari demi hari..
formula itu dicari
agar hati betul-betul bisa ikhlas
untuk mendidik
untuk membina
demi satu amanah!!
Dan akhirnya Sang Pencipta menemukannya...
Kasih Sayang yang membuahkan rasa CINTA
SAYANG kerna mereka adalah amanah dari cinta UTAMA
SAYANG kerna mereka adalah umat kekasih cinta PERTAMA
SAYANG kerna merekalah peneraju dakwah ini....!
ya, sayang kerna cinta pada dakwah ini!
Dan di bawah bayangan cinta dakwah
amanah digalas dengan kemanisan iman di dada...
biar seberat mana amanah ini..
kerna rasa cinta meleraikan kekusutan
meringankan beban di pundak...
Inilah indahnya kuasa cinta dakwah
hebat cinta Ilahi...
hanya sekadar bertemu rupa
gelisah di hati itu bisa hilang
sekelip mata...
Uswatun hasanah sayang,
tiada kata yang bisa diungkap
cukuplah sekadar senyuman dari bibir manis murabbi kalian...
bahawa kalianlah cinta pertama selepas Allah dan
RasulNya....
biar suatu hari nanti..
kita perlu berkongsi rasa...
satu...dua...tiga..atau selebihnya....
qalbu milikNya tetap buat kalian....dengan izinNya
kerna kalianlah mutarabbi pertama hadiah Illahi..
biarpun kita tidak bisa bersama lagi
atas penaNya....
Dakwah itu seni.
Belajar menyentuh hati,
Menyeru manusia mengenal penciptanya..
Dakwah itu seni,
mengajak manusia,
berbahasa bahasa yang sama..
Dakwah itu seni,
mengembalikan manusia,
kepada fitrah insani..
~sharing is caring~
Langgan:
Catatan (Atom)





