Selasa, 20 November 2012

" Briged Al-Qassam "


 
Jom kenali Brigade Izzuddin al Qassam / " Briged Al-Qassam ".

JIKA :
~ Britain mempunyai British Special Air Service (SAS),
~ Amerika Syarikat dengan Navy Seals nya
dan
~ Israel dengan Shayetet 13,

Palestin mempunyai kelas tersendiri dengan tentera penggempurnya yang berani mati, Briged Ezzedeen Al-Qassam atau lebih dikenali sebagai Al-Qassam yang amat digeruni oleh rejim Zionis.

Al-Qassam, sebuah sayap tentera Hamas, dipelopori penubuhannya oleh pejuang Palestin seperti Sheikh Ahmad Yassin, Dr. Ibrahim Al-Maqadema dan Sheikh Salah Shehada pada tahun 1984.

Nama Al-Qassam adalah sempena nama pejuang yang syahid berdekatan Jenin pada tahun 1935, Ezzedeen Al-Qassam.

Baru-baru ini, penulis yang berada di Gaza atas tujuan rakaman siri dokumentari dijemput oleh kerajaan pemerintah Gaza, Hamas untuk mengunjungi pusat latihan Al-Qassam bagi menyaksikan satu demonstrasi latihan taktikal serangan briged itu. Difahamkan, peluang itu jarang sekali dibuka kepada rakyat Palestin apatah lagi orang luar.

Penulis diberi taklimat oleh komander yang tidak mahu dikenali atas tujuan keselamatan. Beliau berkata, briged elit itu dianggotai oleh pemuda berusia 30 tahun dan ke bawah sahaja.

"Objektif utama penubuhan Al- Qassam adalah mempertahankan tanah suci Palestin daripada penjajahan Zionis yang zalim, membebaskan tanah Palestin dan seluruh tanahnya yang dirampas di Tebing Barat serta memantapkan semangat jihad dalam kalangan orang Palestin," katanya.

Apabila ditanya jumlah tentera Al-Qassam pada masa ini, komander tersebut yang pada mulanya enggan menjawab memberitahu, bilangannya dalam lingkungan 25,000 orang.

Peraturan " Briged Al-Qassam ".

"Peraturan kami yang paling ketat ialah setiap tentera mesti solat lima waktu sehari secara berjemaah," ujarnya.

Tambah beliau, Al-Qassam juga mempunyai skuad wanita tetapi bukanlah barisan yang paling penting.

"Kami menggunakan wanita apabila keadaan memaksa. Contohnya, pernah sekali tentera kami dikepung oleh tentera Israel dalam sebuah masjid. Kami menghantar tentera wanita untuk masuk ke dalam masjid bagi menyerahkan baju lain kepada anggota yang terperangkap. Kemudian mereka berlakon keluar seperti orang biasa.

"Walaupun kami kehilangan tiga wanita dalam operasi itu, kami tetap berjaya kerana begitu ramai askar yang dapat diselamatkan," katanya.

Sudah menjadi perkara biasa apabila kedengaran letupan dan bunyi tembakan di Gaza bukan kerana serangan tentera Israel sebaliknya sesi latihan Al-Qassam.

"Di daerah Al-Zaytun, tentera Israel hanya memerlukan 10 minit untuk memasuki tanah Gaza dengan kereta kebal. Oleh itu, kami terpaksa bersedia setiap masa," kata seorang tentera Al-Qassam.

Briged ini juga terkenal dengan roket Al-Qassam, roket artileri buatan sendiri yang dikeluarkan dalam tiga model sepanjang tahun 2001 hingga 2011. Roket itu ditembak dari Gaza dan sering membawa kemusnahan yang dahsyat sehinggakan media Israel menggelarkan setiap roket yang memasuki Semenanjung Barat sebagai Qassam.

Penulis disajikan dengan satu demonstrasi selama lima minit dengan 20 tentera yang memainkan pelbagai peranan. Demo teknikal itu membabitkan dua kumpulan yang menyerang sebuah rumah kosong manakala sebuah kumpulan lain bertindak sebagai pasukan bantuan. Satu lagi pasukan akan memastikan tiadanya bantuan daripada tentera musuh (Israel).

Demonstrasi itu menggunakan peluru hidup, bom tangan, mesingan, senapang AK-47 dan roket grenad. Demonstrasi itu cukup membuktikan betapa hebatnya generasi muda ini dan wajarlah tentera Israel seramai 700,000 orang cukup gerun dengan Al-Qassam.

Sesudah sesi latihan itu, kesemua askar tersebut berkumpul dan bersujud syukur - satu amalan penting setiap kali sesudah satu peperangan melawan tentera Zionis.

Penulis juga dibawa berjumpa dengan beberapa tentera Al-Qassam sebelum mereka bergegas untuk menunaikan solat Asar. Namun, penulis diberitahu rakaman gambar tidak dibenarkan kerana ingin merahsiakan identiti setiap anggota mereka.

Penulis terkejut apabila mereka membuka topeng hitam mereka, kesemuanya mempunyai muka bersih dan bersinar, jelas nampak keikhlasan untuk menjadi tentera Islam yang tidak takut mati.

Salah seorang tentera bertanyakan negara asal penulis dan apabila disebut Malaysia, beliau menjawab: "Tanah ini milik kamu juga."

Jawapannya membuat penulis terkedu kerana maknanya sangat mendalam.

Sejak Intifada pada tahun 2000, seramai 800 askar Al-Qassam telah mati syahid. Bahkan apabila seseorang tentera Al-Qassam pulang daripada peperangan, mereka sering akan bertanyakan kepada diri sendiri -

Ahad, 18 November 2012

"isu:mendoakan parti BN"

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, tindakan mendoakan parti itu hancur adalah kerana BN didakwa menolak Islam.

Dakwanya, tindakan BN menolak Islam secara jelas menunjukkan parti itu memperlekehkan agama tersebut kerana ia berkait soal akidah.

Beliau turut memberikan contoh kisah Nabi Nuh AS yang memohon kepada ALLAH SWT untuk menghancurkan kaumnya ketika itu yang tidak mematuhinya.

“Bila Umno tolak Islam apa taraf Islam? Takkan nak biar? Tak salah doa macam itu kerana dalam al-Quran sendiri menyebut mengenai kisah di zaman Nabi Nuh AS yang berdakwah tetapi ditolak kaumnya yang mempunyai pengikut dan harta banyak.

“Akhirnya Nabi berdoa supaya Tuhan musnahkan orang itu kerana sekiranya tak dimusnahkan nanti bila orang itu beranak maka anaknya pula melawannya jadi jangan tinggalkan seorang pun,” katanya pada sidang media selepas Muktamar Tahunan Pas ke-58 di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai insiden Pas meminta doa agar ALLAH menjahanamkan Umno dan BN sebagaimana ALLAH memusnahkan Firaun, Qarun, Namrud serta Abu Lahab selepas solat hajat, sempena muktamar parti itu di Stadium Sultan Muhamad IV, malam kelmarin.

Sabtu, 17 November 2012

"FREEDOM FOR GAZA"


Bismillahi rahman rahim, selawat dan salam atas junjungan Nabi muhammad saw, keluarga baginda dan para sahabat..
"sesungguhnya orang yang beriman itu berjuang pada jalan Allah, manakala orang kafir berjuang pada jalan syaitan(thaghut).. sesungguhnya syaitan itu amat lemah..".
beberapa hari ini kota muslim digempar dengan berita serangan oleh pihak israel laknatullah terhadap ummat islam di palestine, entah kita peduli atau tidak peduli dengan keadaan mereka disana yang makin hari peluru tanpa mata dahagakan darah jiwa muslim disana.
saat ini, detik dan tika ini moga dapat kita meluangka masa seminit dua dan berdoa buat saudara kita disana, moga mereka tabah dalam perjuangan membebaskan tanah air mereka, semoga Allah menghulurkan bantuan pada mereka dari pelusuk dunia.. sesungguhnya mereka berjuang syahid pada jalan Allah swt moga Allah merahmati mereka di dunia dan akhirat..

Firman Allah: (maksudnya)
“Dan apakah yang menghalang kamu (maka kamu) tidak mahu berperang pada jalan Allah dan (untuk menyelamatkan) orang-orang yang tertindas yang terdiri daripada kaum lelaki, perempuan dan kanak-kanak, iaitu mereka yang selalu (berdoa dengan) berkata: “Wahai Tuhan kami! keluarkanlah kami dari negeri ini, yang penduduknya zalim, dan jadikanlah bagi kami daripada pihakMu seorang pemimpin yang mengawal (keselamatan kami), dan jadikanlah bagi kami dari pihakMu seorang pemimpin yang membela kami (dari ancaman musuh). Orang-orang yang beriman, berperang pada jalan Allah; dan orang-orang yang kafir pula berperang pada jalan taghut (pelampau). Oleh sebab itu, perangilah kamu akan pengikut-pengikut syaitan itu, kerana sesungguhnya tipu daya Syaitan itu adalah lemah”. (Surah al-Nisa, ayat 75-76).
Berdasarkan ini, kata al-Imam al-Jasas (wafat 370H):
“Adalah sesuatu yang diketahui umum bahawa telah menjadi iktikad seluruh kaum muslimin; apabila penduduk sesuatu negeri (kaum muslimin) dalam ketakutan dari serangan musuh, dan mereka tidak mampu menghadapinya merasa terancam negeri, nyawa dan kaum mereka, maka ketika itu wajib ke atas seluruh umat untuk keluar mempertahankan kaum muslimin dari serangan musuh. Ini adalah perkara yang tiada khilaf lagi di kalangan umat. Tiada sesiapa pun yang menyatakan harus dibiarkan ditumpahkan darah kaum muslimin” (Abu Bakr al-Jasas, Ahkam al-Quran, 4/312, Beirut: Dar Ihya al-Turath al-`Arabi).

 
Selepas masuk hari keempat serangan ke atas Gaza, berikut jumlah mangsa yang SYAHID dan cedera:

1. 39 SYUHADA'
- 8 SYAHID pada 14 November, Rabu
- 10 SYAHID pada 15 November, Khamis
- 12 SYAHID pada 16 November, Jumaat
- 9 SYAHID pada 17 November, Sabtu

Di kalangan SYUHADA, ada lapan kanak-kanak, empat wanita

2. 380 cedera

Di kalangan yang cedera ada, 138 kanak-kanak, 97 wanita

Sumber: Pengurus Aman Palestin Gaza, Omar Seyam.



Allahu Akbar!

Menteri Luar Tunisia, Rafik Abdessalam telah mengambil risiko memasuki Gaza ketika serangan Israel ke atas Gaza berterusan. Semakin bertambah pemimpin negara Islam berani memasuki Gaza. Ini satu kemenangan moral bagi kita uma
t Islam seluruh dunia.

Teruskan berdoa.
-------------------------------------------------------------
B R E A K I N G N E W S :
TUNISIA FOREIGN MINISTER JUST ENTERING GAZA
While the Gaza bombing still countinuing non-stop, Tunisian Foreign Minister Rafik Abdessalem take the risk entering Gaza to show solidarity of the Tunisian people to the people of Gaza. Dr. Rafik Abdessalam, a prominent member of An Nahda Party, leading a Tunisian delegation enter Gaza crossing via the southern Rafah border point.


manakala sumber yang lain, Suara pemimpin Mesir semakin lantang membela Gaza dan bumi Palestin. Pembukaan Kota Al-Quds semakin menghampiri kemuncaknya.

-----------------------------------------------------------
"Tragedi ini memerlukan campur tangan yang segera. Tindakan yang serius dan jujur daripada semua pihak. Ini adalah apa yang Mesir telah mula lakukan dan akan terus melakukannya sehingga pencerobohan ini berakhir. Sehingga perpaduan Palestin ini
dicapai untuk kepentingan rakyat Palestin, sehingga mencapai keamanan yang berkekalan dan akhirnya tertubuhlah negara Palestin dengan Baitul Maqdis sebagai ibu negaranya "

Hisham Qandil, Perdana Menteri Mesir

Sumber: Fb Aman Palestin Mesir.
semoga Allah membuka jalan seluasnya buat pejuang islam dan menutup serapatnya pintu musuh israel laknatullah ini daripada meneruskan kekejaman mereka keatas ummat islam di palestin dan dimana sahaja.
freedom palestine, freedom for every islamic country~


Isnin, 8 Oktober 2012

"warkah cinta buat bakal isteriku"

 assalamualaikum..
selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad saw, keluarga Baginda dan para sahabat.. sujud dan syukur kehadrat ilahi atas segalanya.. nikmat iman dan islam pada diri, keluarga dan saudara-saudaraku..
setelah lama tak update blog, moga apa yang disampaikan dapat memberi manfaat buat sahabat yang menjenguk tingkat blog ana dan sudi-sudilah masuk dan singgah di blog ana.. yang baik moga dapat diamalkan bersama dalam rantaian amal dan islam..
"Kalau tiada orang yang mahu mendengar kalam bicara dakwahmu, teruskan juga menyampaikan kerana seluruh alam memahaminya. Malah seluruh alam gembira mendengar dan menyahut kalam-kalam yang mengagungkan Tuhan." (Badiuzzaman Said Nursi)

                                                           warkah buat bakal isteriku..
aku hanya insan biasa..
yang malu dalam tutur kata..
malu dalam bertentang mata..
kerna syariat yang Maha Esa..
kini ku lihat disana insan istimewa..

                                                             yang lebih malu daripadaku..
tutur kata bicara yang sempurna..
akhlak indah seembun cinta islami..
wahai insan seindah mawar berduri..
ciptaan dari diri..

sudilah mendengar bisik ini..
suatu pencarian dari yang Esa..
kerana Allah aku cinta padamu..
bila cinta mula berbicara..

aku mula bertanya..
andai dirimu bakal isteriku..
                                                terimalah Al quran sebagai mahar buat dirimu..
                            "carilah insan yang mampu membawamu bersama hingga kedalam syurga..".

 “Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami dari isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami sebagai imam bagi orang-orang yang bertaqwa.” (Al-Furqan: 74)
~nukilan diri cinta ILAHI~
 

Sabtu, 29 September 2012

"sepucuk surat MAHASISWA MALAYSIA"

Cerita sepucuk surat MAHASISWA MALAYSIA yang sedang melanjutkan pelajaran di JORDAN untuk YAB Datuk Seri @Najib Razak

Hasanhusaini, (Ustaz Ihsan Fadhli)

Saya tak pandai menulis surat. Saya hanya pandai bercerita. Blog saya juga adalah blog cerita. Ini cerita baru, ini pula cerita lama kalau sudi untuk dibaca. Cerita ini untuk Yang Amat Berhormat Datuk Seri Memanda Perdana Menteri Malaysia, tanah air saya. Juga untuk mereka
yang sudi menadah telinga dan mata untuk membaca lantas menyebarkannya. Demi agama, bangsa dan negara.

Jumaat akan datang, tinggal beberapa hari sahaja lagi. 28 September 2012. Pada hari itu, Kabinet akan bersidang, Memanda Perdana Menteri akan membentangkan bajet kewangan bagi tahun 2013. Bajet yang sedia ditunggu oleh seluruh lapisan masyarakat yang berbilang kaum dan bangsa di Malaysia. 1.3 juta penjawat awam semestinya menjadi orang paling awal tersenyum sambil mendengar bajet diumumkan untuk mereka. Tapi kami...?

Saya terdengar cerita dari Malaysia, setiap kali beralih tampuk kepimpinan mahasiswa di IPT dalam negeri, mereka disediakan dengan sut persalinan lengkap. Saya tak tahu berapa nilainya. Presiden Mahasiswa Malaysia di Jordan hanya memakai jaket bundle. Majlis Perwakilan Mahasiswa dalam negeri juga diberikan bajet tahunan untuk memudahkan proses mereka mengurustadbir hal ehwal ahli di bawah jagaan mereka. Pejabat operasi disediakan oleh pihak universiti secara percuma malah berhawa dingin pula. Mereka bermesyuarat dengan tenang, tanpa pening memikir sumber kewangan untuk mengatur langkah bagaimana ingin menebar manfaat kepada agama, bangsa dan negara.

Petrol di Malaysia jauh lebih murah berbanding di Jordan. Kenderaan awam juga jauh lebih selesa dan terurus berbanding perkhidmatan yang disediakan kepada kami di sini. Perhubungan di Malaysia sangat efektif. Kami hanya ada bas yang akan bergerak apabila penumpang penuh.

Datuk Seri, pada September 2012, Kementerian Pengajian Tinggi telah meluluskan permohonan lebih 1300 pemohon ke Jordan. Dari jumlah itu, lebih 1089 bertandang. Kawan-kawan saya bertungkus-lumus menyambut adik-adik baru yang tak pernah mereka kenali, tapi cukup mereka sayangi. Rumah dan penginapan dicari untuk dihuni. Menyewa van dan bas selepas bertengkar dengan kedegilan arab untuk menyambut mereka di lapangan terbang. Letih dan jerih mereka tak pernah berbayar, Datuk Seri. Mereka berkhidmat untuk Malaysia, tanah air yang mereka cinta. Saya hanya tukang cerita, menyampaikan berita.

Di tempat saya mengaji, Mu'tah University. Pekan kecil yang dipenuhi debu. Rumah kecil 3 bilik dengan dapur sempit dan ruang tamu kosong dan tangki air bersih yang terhad perlu disewa dengan harga lebih RM500. Kebanyakan kami pula datang dengan tanggungan sendiri selepas mendapat izin dari KPT.

Di pekan kecil ini, lebih 700 warganegara Malaysia berteduh. Dengan kesedaran tanggungjawab sosial, sebuah persatuan ditubuhkan untuk memudahkan urusan antara kerajaan Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi, Kedutaan Malaysia Jordan dan Educatian Malaysia Jordan.

Di Persatuan Mahasiswa Malaysia Universiti Mu'tah, juga persatuan lain di Jordan, kawan-kawan saya bekerja tanpa gaji. Kesedaran sosial mereka sangat tinggi. Atas dasar tanggungjawab, mereka rela menipiskan perut untuk berkhidmat. Keluarkan duit poket sendiri untuk tambang bas dan isi minyak demi menghadiri mesyuarat, pertemuan dan taklimat.

Kenapa tak tuntut dari persatuan? Persatuan kami, sangat miskin, Datuk Seri.

Saban tahun, kawan-kawan saya pening, bagaimana ingin dicari sejumlah wang untuk menampung kos pengurusan persatuan kecil itu. Kawan-kawan yang pulang bercuti di Malaysia pula, menebalkan muka memanjat lif dan tangga, menghulurkan surat dan proposal untuk mencari sumbangan dan derma. Kos pengurusan rumah pejabat di pekan kecil Mu'tah menelan lebih RM 20000 untuk setahun. Tidak termasuk dengan program jatidiri, pembangunan mahasiswa, kebajikan dan tanggungjawab sosial yang dilaksanakan.

Itu di pekan kecil bernama Mu'tah, terletak berhampiran dengan kota Karak yang masyhur. Di Irbid dan Amman bahkan Mafraq, kosnya pasti lebih tinggi. Mereka di bandar maju.

Kami ada idea untuk memacu dan men-transformasi-kan ekonomi pelajar Malaysia di Jordan, tapi kami tidak punyai dana dan biaya kewangan.

Datuk Seri pernah mengajar kami, anak muda dan mahasiswa adalah aset penting negara. Mahasiswa pembentuk negara pada masa akan datang. Kami pula sangat yakin akan peranan kami untuk Malaysia. Atas sebab itu, meski kami tahu kami akan letih dan sedih, kami tetap berhijrah ke negeri asing untuk menjana transformasi diri agar lebih maju dan mampu untuk memacu negara pada masa akan datang.

Datuk Seri, saya empati kepada nasib mereka, lantas saya menulis. Saya harap, Datuk Seri turut menaruh simpati kepada kami, rakyat Datuk Seri yang bakal kembali ke Malaysia, menyambung legasi 1 Malaysia. Justeru, apa salahnya andai dicelah ratusan billion yang bakal Datuk Seri umumkan pada Jumaat nanti, selitkan juga barang sejuta dua untuk kami di luar negara. Ianya bakal meringankan beban kami, agar tidak perlu berletih jerih mencari dana saban Ramadhan. Moga nanti, masa keemasan dan pengurusan cemerlang hasil bantuan dan bajet kewangan itu dapat kami tumpukan untuk berbakti kepada agama, bangsa dan negara.

Datuk Seri, saya bercerita tentang Jordan yang saya kenali, tapi sebenarnya, mungkin seluruh dunia saya wakili.

1Malaysia, Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan.

Penulis ialah Naib Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa Malaysia Jordan, Presiden Persatuan Mahasiswa Malaysia Universiti Mu'tah, mantan Yang Dipertua Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan Darul Muttaqin, Mu'tah, Jordan.

"laporan teks ucapan belanjawan bajet 2013"

gambar najib bajet 2013 laporan teks ucapan belanjawan bajet 2013
Pembentangan belanjawan bajet 2013 oleh Perdana Menteri Yab Dato’Seri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak di dewan parlimen yang berlangsung pada pukul 4 hingga 6.30 petang Jumaat 28 September 2012 telahpun selesai dengan jayanya
Antara Intipati bajet 2013 yang membawa tema Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati adalah seperti berikut
  • Peruntukan RM251.6 bilion bagi melaksanakan semua langkah, program dan projek pembangunan
  • RM201.9 bilion diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus dan RM49.7 bilion bagi peruntukkan pembangunan
  • RM58.6 bilion diperuntukkan bagi Emolumen dan RM33.7 bilion bagi perkhidmatan dan bekalan
  • RM30 bilion diperuntukkan bagi sektor ekonomi untuk menampung keperluan infrastruktur perindustrian serta pertanian dan pembangunan luar bandar
  • RM11.1 bilion diperuntukkan bagi sektor sosial termasuk pendidikan dan latihan, kesihatan, kebajikan, perumahan serta pembangunan masyarakat
  • RM4.6 bilion diperuntukkan bagi pembangunan sektor keselamatan, RM2 bilion bagi pentadbiran am dan RM2 bilion untuk simpanan luar jangka
  • Kerajaan akan terus memperhebat pelaksanaan 12 Bidang Keberhasilan Utama Ekonomi (NKEA) negara
  • RM3 bilion diperuntukkan bagi pelaksanaan Projek Permulaan, termasuk RM1.5 bilion bagi projek pertanian seperti kelapa sawit, getah, herba bernilai tinggi dan padi
  • RM500 juta diperuntukkan bagi projek River of Life bagi mengindahkan Sungai Klang, RM300 juta untuk projek pemulihan rangkaian paip dan pembetungan bagi perkhidmatan dan kemudahan air
  • RM358 juta diperuntukkan di bawah perbelanjaan pembangunan sempena Tahun Melawat Malaysia 2013/2014
  • Lanjutan pengecualian cukai pendapatan selama tiga tahun bagi pengusaha pelancongan yang mengendalikan sekurang-kurangnya 750 pelancong asing atau 1,500 pelancong tempatan setahun
  • Memberi penekanan kepada sektor pertanian untuk meningkatkan pendapatan negara dan memastikan kelestarian jaminan bekalan makanan. RM5.8 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
  • RM30 juta diperuntukkan bagi pembangunan program pertanian merangkumi aplikasi penggunaan teknologi tinggi dalam pengeluaran buah dan sayuran, peningkatan bekalan benih berkualiti, kestabilan harga melalui jualan terus dari ladang, pewujudan pasar ikan rakyat serta penambahbaikan institusi latihan pertanian
  • DanaInfra Nasional Bhd akan terbitkan bon runcit bernilai RM300 juta akhir tahun 2012 untuk biayai pembangunan MRT.
  • Perbelanjaan tambahan menerbitkan bon dan sukuk runcit akan diberi potongan cukai dua kali mulai tahun taksiran 2012 hingga 2015
  • Pelabur individu diberi pengecualian duti setem ke atas surat cara yang terlibat dalam urus niaga bon dan sukuk runcit
  • Suruhanjaya Sekuriti perkenal inisiatif Graduate Representative Program dengan sektor swasta bagi melatih 1,000 graduan
  • Peruntukan modal Danajamin ditambah sebanyak RM400 juta dalam tempoh dua tahun. Suntikan ini dapat melipatgandakan nilai terbitan antara RM4.0 bilion hingga RM6.0 bilion
  • RM100 juta disediakan kepada Yayasan Pasaran Modal melalui Tabung Pembangunan Pasaran Modal di bawah kawal selia Suruhanjaya Sekuriti
  • Pengecualian cukai pendapatan bagi tempoh 10 tahun kepada syarikat berstatus Tun Razak Exchange, pengecualian duti setem berstatus TRX Marquee dan pengecualian cukai bagi pemaju hartanah
  • Yayasan Wakaf Malaysia, di bawah Jabatan Wakaf Zakat dan Haji diberi tanggungjawab untuk merangka pelan induk Wakaf Korporat dengan mengambil kira struktur perundangan Agama Islam Negeri
  • RM9.0 bilion atau 43 peratus daripada nilai kos infrastruktur projek MRT diperuntukkan kepada syarikat Bumiputera
  • Dana Pembiayaan Bumiputera berjumlah RM1.0 bilion akan disediakan oleh SME Bank untuk membantu PKS membiayai pengambilalihan anak syarikat milik GLC yang menjalankan aktiviti bukan teras dan telah dikenal pasti untuk dijual.
  • Skim Jaminan Modal Kerja akan dilanjutkan sehingga Disember 2013, dan diperluaskan kepada syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi serta kelayakan manakala dana pemegang saham syarikat ditingkatkan kepada RM20 juta.
  • Pembiayaan TEKUN bagi usahawan kecil dan sederharna diberi peruntukkan RM350 juta termasuk RM50 juta bagi Skim Usahawan Masyarakat India
  • Skim Dana Pembiayaan Harta Intelek berjumlah RM200 juta akan ditawarkan oleh Malaysia Debt Ventures dengan kerajaan memberi subsidi kadar faedah sebanyak dua peratus dan jaminan 50 peratus melalui Credit Guarantee Corporation bagi membolehkan PKS menggunakan harta intelek sebagai nilai komersial dan instrumen untuk mendapatkan pembiayaan.
  • Peruntukan sebanyak RM19 juta bagi program latihan penilai harta intelek tempatan kendalian Perbadanan Harta Intelek serta mewujudkan platform pasaran harta intelek
  • Syarikat yang melabur dalam syarikat subsidiari yang menjalankan aktiviti mengkomersialkan penemuan R&D diberi potongan cukai bersamaan dengan jumlah pelaburan
  • Syarikat subsidiari yang menjalankan aktiviti mengkomersialkan penemuan R&D diberi pengecualian cukai pendapatan sebanyak 100 peratus ke atas pendapatan berkanun untuk tempoh 10 tahun
  • RM2.4 bilion diperuntukkan bagi pemberian subsidi dan intensif pertanian. Bantuan ini termasuk RM480 juta bagi subsidi dan insentif padi yang merangkumi pemberian subsidi harga padi, RM465 juta pemberian subsidi baja padi, RM80 juta insentif peningkatan hasil padi, RM563 juta insentif pengeluaran harga padi, RM528 juta subsidi harga beras dan RM85 juta subsidi benih padi sah
  • Memperkenalkan Skim Perlindungan Takaful Padi kepada pengusaha sawah di bawah 10 hektar, yang dapat memanfaatkan 172,000 pesawah. Buat permulaan kerajaan memperuntukkan RM50 juta
  • RM41 juta diperuntukkan bagi projek Azam Tani bagi memberi manfaat kepada 6,730 peserta keluar daripada garis kemiskinan
  • RM38.7 diperuntukkan kepada Kementerian Pelajaran meliputi peruntukan mengurus dan pembangunan
  • Peruntukkan tambahan RM500 juta bagi meningkatkan kemahiran guru dalam pengajaran subjek-subjek teras, yakni Bahasa Kebangsaan, bahasa Inggeris, sains dan matermatik melalui pendekatan “Higher Order Thinking Skills”
  • Tambahan RM1 bilion lagi kepada Tabung Khas Pembinaan, Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah khusus bagi keperluan mendesak untuk membaik pulih bangunan sekolah, penyelenggaraan, pembelian peralatan dan pembinaan blok tambahan
  • RM1.2 bilion diperuntukkan bagi pendidikan prasekolah termasuk kepada Jabatan Kemajuan Masyarakat, Kementerian Pelajaran, PERMATA dan Jabatan Perpaduan dan Intergrasi Nasional
  • Peruntukkan RM380 juta disediakan di bawah Kementerian Pelajaran untuk penempatan guru prasekolah
  • Kerajaan mencadangkan geran pelancaran RM10,000 kepada penyedia Pusat Pendidikan Awal Kanak-kanak (ECCE) swasta untuk membantu mereka membuka taska baru yang berkualiti. Dianggarkan 1,000 ECCE swasta baru akan mendapat manfaat
  • Potongan cukai dua kali akan diberi kepada majikan yang menyediakan elaun atau subsidi kepada pekerja dan perbelanjaan penyelenggaraan kemudahan taska dan pusat jagaan



"kerajaan masih ‘menggula-gulakan’ rakyat dengan kebendaan, jauh mengajak manusia bagaimana untuk membawa manusia bertaqwa pada Allah".

Read more: http://www.enciknakal.com/2012/09/laporan-teks-ucapan-belanjawan-bajet-2013.html#ixzz27uVY42io

Ahad, 23 September 2012

"Muet: akhirnya lahir kemanisan"


Bismillahirahmanrahim,, Alhamdulillah......................................................................................................
isu dan masalah pelajar dalam menghadapi Muet telah lama dibincang dengan pihak yang terlibat walau ada yang mengatakan tahap muet bukanlah merupakan syarat bagi pelajar untuk grade atau bergraduasi..

namun, mutakhir ini isu Muet muncul dan dibawa oleh para MPP kepada dato NC bagi membincangkan perihal pelajar yang masih tidak melepasi tahap Muet band 3 sekurangnya untuk melayakkan pelajar tersebut bergraduasi. perjumpaan NC bersama pelajar baru diadakan sebelum ini membawa berita baik kepada pelajar-pelajar akhir bagi tahun ini dengan menetapkan syarat bergraduasi adalah hanya band 2, namun ia hanyalah buat tahun ini sahaja.. beratus dan perpuluh duit pelajar yang telah dibelanjakan hanya untuk melepasi Muet band 2, pelbagai inisiatif kelas yang diadakan bagi pelajar dan termasuk dalam yuran pelajar juga. semuanya mempunyai nilaiaan yang banyak hanya untuk melepasi Band 2 dan mendapatkan Band 3.. akhirnya ia turut mempengaruhi ranking universiti hasil daripada permasalahan yang berlaku.

positifnya mungkin universiti ingin menjadikan ini sebagai suatu contoh kepada universiti lain dengan menyerapkan kaedah yang digunakan di universiti ini kepada universiti lain, namun bagi mencapai matlamat tersebut banyak yang perlu dikorbankan dan mahasiswa bukanlah suatu alat yang digunakan sebagai alat ujian dalam mencapai GOAL yang diinginkan dengan memberatkan mahasiswa dengan sesuatu yang tidak sepatutnya, ia mungkin positif dari sudut pemikiran lain akan tetapi berapa banyak yang mahasiswa mampu spend the money for their Muet until the last?

 lastly, setelah hanya berapa kali ambil Muet akhirnya Allah memudahkan segala urusan fi dunya ini, Alhamdulillah.... semoga sahabat yang lain akan turut berjaya mendapat keputusan yang terbaik dalam test Muet mereka yang akan datang, moga kalian dipermudahkan oleh Allah dan banyakkan berdoa, insyaAllah mudahan hasilnya adalah kemanisan di akhirnya..