Zuhud ertinya Berpaling dari sesuatu kerana hinanya sesuatu tersebut dan kerana (seseorang) itu tidak memerlukannya.
Dalam bahasa Arab terdapat ungkapan “syaiun zahidun” yang membawa maksud “sesuatu yang rendah dan hina”.
Istilah (Menurut Istilah) :
Ibnu Taimiyah berkata – sptmana yang dinukilkan oleh muridnya, Ibnu Al-Qayyim – Bahawa “zuhud” adalah meninggalkan apa yang tidak bermanfaat demi kehidupan Akhirat.
Abu Hazim az-Zahid pernah ditanya, “Berupa apakah hartamu?” Beliau menjawab, “Dua
macam. Aku tidak pernah takut miskin kerana percaya kepada ALLAH, dan
tidak pernah mengharapkan apa yang ada di tangan manusia.” Kemudian beliau ditanya lagi, “Engkau tidak takut miskin?” Beliau menjawab, “(Mengapa) aku harus takut miskin, sedangkan ROBB-ku adalah pemilik langit, bumi serta apa yang berada di antara keduanya.”
Imam Al-Hasan Al-Bashri menyatakan bahawa “zuhud” itu bukanlah
mengharamkan yang halal atau menyia-nyiakan harta, akan tetapi zuhud di
dunia adalah engkau lebih mempercayai apa yang ada di tangan Allah
daripada apa yang ada di tanganmu. Keadaanmu antara ketika ditimpa
musibah dan tidak adalah sama saja, sebagaimana sama saja di matamu
antara orang yang memujimu dengan yang mencelamu dalam kebenaran.
zuhud itu letaknya dalam diri kita iaitu qulub (hati),
iaitu dengan keluarnya rasa cinta dan ketamakan terhadap dunia dari
hati seseorang hamba itu. Pasti dia akan jadikan dunia (hanya) di
tangannya, sementara hatinya dipenuhi rasa cinta juga mahabbah kepada
ALLAH s.w.t dan Akhirat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan