Selasa, 1 Januari 2013

::selamat tahun baru 2013!!!::

2013: Runtuhkan kezaliman gantikan dengan keadilan...

Harapan saya setiap hari hanyalah untuk melihat tertegaknya Islam sebagai agama yang syumul di bumi Malaysia ini. Sudah terlalu lama sekular berakar umbi dalam politik sehingga mengakibatkan kerosakan yang dahsyat. Jika dibiarkan berterusan, Melayu pun tidak terbela, Islam pun entah ke mana.

Sempena kedatangan tahun baru 2013 ini, saya menyeru semua pihak agar memperbaharui tekad untuk meruntuhkan kezaliman dan menggantikannya dengan keadilan. Perlihatkan keindahan Islam di dalam kehidupan di segenap sudut agar ia dipandang tinggi oleh orang lain. Saya optimis masa depan yang cerah untuk Islam di seluruh pelosok dunia. Insya-Allah.

Tahun 2013 ini juga akan menyaksikan berlakunya pilihan raya umum ke-13. Gunakanlah hak untuk memilih ini dengan sebaik-baiknya. Jangan silap membuat pilihan. Jika silap akan menyebabkan kita menyesal di hari Akhirat.

Yakinlah, setiap anggota badan termasuk tangan yang mengundi juga akan menjadi saksi terhadap amalan manusia di padang Mahsyar.

Semoga kita semua terus diberikan hidayah dan taufik oleh Allah SWT dan memasukkan kita di dalam golongan hamba-hamba-Nya yang beriman.

Amin.
Kota Darulnaim,

Sabtu, 29 Disember 2012

::Diakah Sahabat?...::

 

Diakah Sahabat?...

"Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau. "

Isnin, 17 Disember 2012

::BUAT SAHABATku USIM :) ::



Salam sahabat,

U.S.I.M,
University Sains Islam Malaysia,
Dibawah payung ini semua cerita bermula,
Suka, duka, gembira antara kita,
Kuliah, kelas, assignment, presentation kerja bersama,
Tido, ngantuk, rehat semuanya indah belaka,

Dari jauh aku bertandang,
Usim menyahut ku datang,
Entah berapa lama lagi masa pulang,
Aku hanya mampu memungut kenangan..

Sahabat,
Sem 1 kita bertemu,
Perjalanan rasa begitu jauh hari itu,
aku, mereka, kita dan kamu,
Berjuang dimedan ilmu,
Mengisi, mencari segunung harapan ayah dan ibu,
Dan kini aku, mereka, kita dan kamu bertamu..

Mannu salwa,
Bagai rumah  kedua,
Lepak, makan, minum dan bercerita,
Satu, dua, tiga jam masih muda bila bola bermula,
Semuanya minat antara kita,
Walau kadang pasukan berbeza,
Namun kita tetap sama,

Family day,
Hari yang ceria buat semua,
Perjalanan dari usim ke PD terasa bersama,
Indah permandangan pantai menjemput kita,

Hari ini,
Sem terakhir buat semua,
Kolej, asrama, katil, semuanya terpahat nama,
Entah bila lagi kita boleh bersua,
Berbicara, bergurau senda bersama,
Walau sedih bermain dimata,
Usah berduka wahai hati-hati bersama,

Sahabat,
Detik ini, saat ini dan tika ini,
Aku, kamu, mereka dan kita tetap bersama,
Walau masa mendahului segalanya,
Tahulah bahawa ini bukanlah pemula dan pengakhir buat semua,
Indahnya pertemuan,
Indahnya perpisahan,
Usah tangis mengisi tawa,
Biarlah senyumanmu menemani perjalanan pulangku..
Terima kasih semua TAA1,TAA2,TAA3 dan TAA4 Kerna menjadi sahabat aku.. (o____O)

"Jom tahu Bacaan Dalam Solat :D"


                               












 





 “YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”

“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”

Dari Abdullah r.a., sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Ditegakkan Islam atas lima perkara: pengakuan syahadah iaitu tiada tuhan yang disembah dengan sebenarnya melainkan allah, pengakuan bahawa nabi muhammad itu rasulullah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, menunaikan fardhu haji dan berpuasa di bulan Ramadhan.” (Hadis sahih Muslim)

Sabda Rasulullah SAW yang bermakdus, “Solat itu tiang agama, barangsiapa yang mengerjakannya maka ia menegakkan agamanya dan barangsiapa yang meninggalkannya ia meruntuhkan agamanya.” (Hadis riwayat Al-Bahari dan Muslim)

Khamis, 13 Disember 2012

"USIM-Pondok Modern Darussalam Gontor,INDONESIA"


USIM TO Pondok Modern Darussalam Gontor
JOM kenali...

Pondok Pesantren, selama berabad-abad, telah menjadi sebuah institusi pendidikan yang memiliki peranan cukup signifikan di Indonesia. Sebagai wadah penggemblengen generasi muslim, Pondok Pesantren tanpa henti menanamkan akhlaq dan adab, dan menjadi media transformasi ilmu pengetahuan.
Pondok Modern Darussalam Gontor adalah salah satu Pondok Pesantren yang turut mewarnai dunia pendidikan Indonesia. Terletak di sebuah desa di Jawa Timur yang bernama Gontor, Pondok Modern Darussalam Gontor mengerahkan segenap konsentrasi dan potensinya untuk dunia pendidikan Islam. Hal ini semakin dipertegas dengan tidak terlibatnya Pondok Modern Darussalam Gontor dalam politik praktis. Karena Pondok ini tidak berafiliasi kepada partai politik ataupun organisasi kemasyarakatan apapun, ia dapat secara independen menentukan langkahnya, sehingga memiliki ruang gerak yang lebih luas dalam pendidikan dan pengajaran.
“Pondok Modern di atas dan untuk semua golongan.” Demikian prinsip yang dipegang Pondok Modern Darussalam Gontor sejak pertama kali didirikan. Dengan terbebasnya institusi ini dari muatan politis, pondok ini dapat lebih memfokuskan diri dalam menunaikan amanat pendidikan dan pengajaran yang berada di pundaknya. Iklim pendidikan yang lebih tenang dan kondusif pun tercipta, dengan didasari jiwa keikhlasan dan tanpa dipengaruhi oleh kepentingan apapun.
Salah satu nikmat yang dianugerahkan oleh Allah Swt. Bahwa  instusi ini, dalam usianya yang ke-84, dapat terus meningkatkan peran dan eksistensinya dalam mendidik generasi muda muslim yang berkualitas. Para alumninya kini bergerak dalam berbagai bidang; agama, sosial, kemasyarakatan, dan pemerintahan. Beberapa di antaranya meneruskan studi di berbagai perguruan tinggi di Indonesia, maupun di perguruan tinggi di negara-negara Timur Tengah dan Barat. Peran serta prestasi para alumni inilah yang mengharumkan nama Pondok Modern Darussalam Gontor sebagai lembaga pendidikan Islam yang disegani di Asia Tenggara. Dan dengan dukungan mereka pula, pondok ini menjadi kokoh dan teguh dalam menghadapi pelbagai tantangan dan cobaan.
share from :: Pondok Modern Darussalam Gontor website

Rabu, 28 November 2012

"6 sebab punca bumi Mesir bergolak kembali..."



Dr Morsi telah membuat 6 keputusan besar yang menakutkan saki baki rejim Mubarak dan sekular serta anti Islam :

1) Memutuskan semua kes-kes mahkamah berkaitan pembunuhan penunjuk perasaan dibicarakan semula.2) Semua keputusan dan undang-undang yang dikeluarkan oleh Presiden adalah muktamad dan automatik terlaksana serta tidak boleh dibantah di mana-ma
na mahkamah.3) Apabila terdapat anasir yang mengancam Revolusi 25 Januari atau kehidupan rakyat atau kesatuan negara atau keselamatan tanahair atau merosakkan institusi negara dari meneruskan tanggungjawabnya, maka Presiden perlu mengambil langkah-langkah yang sepatutnya bagi berhadapan ancaman ini berdasarkan lunas undang-undang.
4) Melanjutkan tempoh bagi Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan dari 6 bulan kepada 8 bulan dan tidak boleh mana-mana pihak membubarkan Dewan Senat atau Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan.

5) Presiden berhak melantik Peguam Negara dari kalangan anggota badan kehakiman selama 4 tahun yang dikira bermula dari tarikh perkhidmatannya dan meletakkan syarat umurnya tidak kurang 40 tahun dan ia berkuatkuasa kepada Peguam Negara yang baru.

6) Mursi melantik Tala’at Ibrahim Muhammad Abdullah sebagai Peguam Negara yang baru menggantikan Abdul Majid Mahmoud selama 4 tahun.

#Jika diamati, keputusan-keputusan yang dikeluarkan oleh Dr Morsi adalah bertujuan untuk mengeluarkan semua saki baki fulul (pro rejim Mubarak) daripada ‘membuat kacau’ sekaligus menjaga revolusi 25 Januari.

23 November 2012 | Jumaat:

- Berlaku Dua perhimpunan utama di Kaherah selepas Solat Jumaat iaitu antara penyokong dan pembangkang keputusan Presiden Mursi. Kumpulan rakyat yang menyokong keputusan Mursi telah berhimpun di hadapan Istana Ittihadiyah dan Kumpulan rakyat pembangkang Mursi pula berhimpun di dataran Tahrir.

- Jumlah mereka yang berhimpun yang menyokong keputusan Dr Mursi jauh lebih ramai berbanding mereka yang membangkang.

- Dr Morsi menjelaskan sebab beliau menggunakan kuasa istimewa Presiden Republik adalah bertujuan untuk menyekat ancaman-ancaman dan perancangan jahat fulul saki baki rejim Mubarak.

- Dalam masa yang sama, pembangkang Morsi terus menerus menggelar Dr Morsi sebagai “Diktator” , “bayangan Mubarak” dan lain-lain gelaran melalui lidah-lidah akhbar mereka.

- Antara laungan yang kedengaran dari pembangkang Dr Morsi ialah “Jatuh, jatuh kerajaan Mursyid” (Mursyid merujuk kepada Syeikh Badi’, Mursyidul ‘Am Ikhwan Muslimin)

- Pejabat-pejabat rasmi Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) dan Pejabat Ikhwan Muslimin mula menjadi sasaran. Pejabat FJP Cawangan Iskandariah diserang dan dibakar oleh kumpulan Pejuang Kebebasan Arab Mesir yang anti Islam dan anti Ikhwan Muslimin. (sebahagian besar ahli dan petugas Ikhwan Iskandariah ketika itu menghadiri himpunan di kediaman Mursi di Istana Ittihadiyah, Kaherah)

- Dr.Mohammad Mahsub (Menteri Undang-undang Mesir) mengulas mengenai tindakan kumpulan yang menentang keputusan Dr Mursi sekalipun keputusan tersebut membawa kebaikan kepada negara dan rakyat. Kumpulan penentang ini masih menganggap diri mereka pembangkang kerana berada di bawah rejim Mubarak terlalu lama.

katanya lagi “Rakyat Mesir hidup terlalu lama dalam kezaliman, lebih 30 tahun. Waktu itu mereka adalah pembangkang kepada kerajaan. Hari ini, mereka terus menganggap diri mereka pembangkang kepada kerajaan Mursi sedangkan Mursi telah memberikan peluang kepada semua lapisan masyarakat dan parti politik..Dalam Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan, dalam Parlimen.”

24 November 2012 | Sabtu :

- Siri-siri serangan ke atas pejabat FJP terus berlaku.

- Pejabat Ikhwan Muslimin di ‘Ain Syams diserang dengan molotov oleh pihak yang tidak diketahui yang menyebabkan kebakaran pada pejabat tersebut. Penduduk tempatan berusaha memadamkan kebakaran.

- Pejabat FJP di Jalan Jisr Suez, Alfu Maskan kira-kira 500 meter dari pejabat Ikhwan yang dibakar sebelum itu turut diserang.

- PORT SAID, beberapa orang pemuda dari Parti Perlembagaan (Hizbu Dustur) menyerang pejabat FJP wilayah.

- Di Damanhur, wilayah Buhaira para penyokong Mursi berjaya memberkas 5 orang kumpulan samseng upahan membawa senjata tajam dan molotov cuba menyerang Pejabat Ikhwan Muslimin wilayah

- Abul ‘Izz Hariri, seorang Ahli Parlimen Mesir dari Parti Sosialis Rakyat, berhaluan kiri telah ditangkap sewaktu membayar upah kepada kumpulan samseng bagi membakar pejabat dan markaz Ikhwan Muslimin di Iskandariah.
Beliau antara 13 calon yang bertanding Presiden Mesir pada pusingan pertama semasa Pilihanraya Presiden yang lalu.

- Peguam Negara yang baru, Tala’at Ibrahim memulakan tugas hari pertama hari ini, Sabtu dengan pertemuan dengan anggota Jabatan Pendakwaraya Negara. Beliau berjanji akan kembali membicarakan Mubarak serta orang kanannya terdekat di “mahkamah revolusi”.

Selepas pelantikan Peguam Negara baru Khamis lalu, kerajaan Mesir menyenaraikan nama-nama kroni Mubarak serta bekas-bekas menteri dalam senarai mereka yang dilarang ke luar negara.

- sekumpulan pemuda dipercayai dari Parti Perlembagaan (Hizbu Dustur) dan gerakan kebangsaan menyerang pejabat Ikhwan Aswan. Mereka memecahkan pintu pagar besi bangunan dan mengoyak poster dan iklan yang ditampal sambil melaungkan cercaan kepada Ikhwan dan parti FJP.

- Pusat Operasi laman web Ikhwanonline diserang dan dibakar menyebabkan kemusnahan kepada pintu masuk pejabat

- Kelab Hakim wilayah Iskandariah memutuskan untuk menggantung kerja di semua kompleks hakim di Iskandariah sebagai protes keputusan Mursi.

- Kelab Hakim Mesir sekarang mengadakan Mesyuarat Khas Tergempar bagi membincangkan keputusan Presiden Mursi Khamis lepas.

- Puluhan anggota parti aliran sekular/liberal dan gerakan kebangsaan meneruskan perkampungan di Tahrir meminta Mursi menarik balik keputusan yang dibuatnya Khamis lalu.

25 November 2012 |Ahad :

- GAGAL! Walaupun Kelab Hakim Mesir mengumumkan untuk menggantung kerja di seluruh kompleks mahkamah di Mesir sebagai bantahan keputusan Presiden Dr.Mursi, hakikat yang berlaku pada hari ini agak berbeza.

- Keputusan yang diumumkan oleh Presiden Kelab Hakim Mesir, Ahmed Az-Zindi (yang terkenal dengan orang Mubarak) semalam yang mengugut jika Mursi meneruskan keputusannya, seluruh hakim dan peguam akan memulakan mogok seakan-akan tiada sambutan dengan, para hakim dan kakitangan pendakwaraya di wilayah-wilayah menjalankan tugasan seperti biasa hari ini.

- Ratusan peguam berhimpun di hadapan Kompleks Mahkamah Iskandariah menolak keputusan Kelab Hakim wilayah tersebut.

- Mereka turut mengecam Az-Zindi yang bagi mereka adalah ‘tali barut’ kepada Mubarak dan bekas Peguam Negara, Abdul Majid Mahmoud. Turut dikecam pendirian Presiden Kelab Peguam Mesir, Samih ‘Asyur yang turut menyokong pendirian Az-Zindi.

- Islam Mas’oud berumur 15 tahun, telah dibunuh oleh samseng yang dibayar ketika mempertahankan markaz Ikhwan Muslimin di Damanhur. Terdapat lebih 60 kecederaan. Selama dua hari berturut-turut ketika serangan berlaku, tiada langsung kawalan daripada pihak keselamatan.

- Puluhan ribu rakyat Mesir keluar ke jalan-jalan raya selepas Isyak bagi menyokong keputusan yang dibuat oleh Presiden mereka, Dr.Mursi, Khamis lepas.

- lebih 10,000 rakyat keluar berhimpun di Iskandariah di halaman Masjid Qaid Ibrahim dan mengecam tindakan kumpulan samseng yang membakar Pejabat FJP Iskandariah (Jumaat lalu), yang terletak dekat masjid tersebut

26 November 2012 | Isnin :

- Pemimpin beraliran sekular Mesir, Dr.Mohammad Barad’ie semalam meminta Amerika masuk campur bagi menghalang Presiden Dr.Mursi meneruskan keputusannya Khamis lalu

- Dr.Mohammad Barad’ie antara pengasas Parti Perlembagaan (Hizbu Dustur) yang kini pemuda mereka menggunakan kekerasan dan membakar pejabat Ikhwan di seluruh negara.

- Pejabat Utama Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) di Jalan Al-Bahr, bandar Tanta hari ini pula diserang dengan batu oleh sekumpulan lelaki yang tidak dikenali antara 40 hingga 50 orang.

- Pakatan kumpulan Islam (Gabungan Ikhwan Muslimin, parti FJP, Parti Nur, Jamaah Islamiyah dan Gerakan Salafiyah) yang bercadang mengadakan himpunan menyokong Mursi esok di hadapan Universiti Kaherah memutuskan untuk menangguhkan himpunan kepada satu tarikh yang belum ditentukan setelah melihat situasi politik semasa yang melanda negara.

- Gabungan kebangsaan Mesir bersama-sama parti-parti politik beraliran sekular dan liberal tetap meneruskan himpunan di dataran Tahrir.Mereka telah berkampung di Tahrir sejak Jumaat lepas dan bilangan penyokong mereka dijangka bertambah.

27 November 2012 | Selasa :

- Hamdin Sobahi berkata, parti-parti sealiran dengannya akan berkampung dan meneruskan tekanan serta protes sehingga Mursi ‘kembali berundur’ dengan membatalkan keputusan yang dibuatnya Khamis, 22 November lepas.

- Malam, berlaku pertempuran yang dahsyat antara pemuda Ikhwan Muslimin dengan kumpulan samseng di bandar Mahalah Kubra, wilayah Gharbiyah.

- Dilaporkan Seramai 200 pemuda Ikhwan Muslimin Muhafazah Gharbiyah mengalami kecederaan, dan dikatakan 4 daripada mereka mengalami kecedaraan yang kritikal.

- Serangan dilakukan oleh samseng upahan fulul Parti Watan dan dari sebahagian golongan kiri revolusi Mesir yang diketuai oleh Hamdy Fakhrani. Serangan dilakukan ke atas Markaz Ikhwan Muslimin dan Markaz FJP bandar Mahalla.

- Mangsa kecederaan kritikal dipindahkan ke Hospital Universiti Tanta, Hospital Mahalla Am, dan beberapa hospital swasta di bandar Mahalla.

- Dengan ketiadaan pasukan polis, pemuda pemuda Ikhwan Muslimin seakan menjadi perisai perisai hidup mempertaruhkan nyawa mereka untuk menjaga keselamatan ibu pejabat Ikhwan Muslimin dan FJP.

#Teruskan berdoa untuk kesejahteraan Mesir dan kepimpinan Dr Morsi dalam menegakkan Islam di bumi nil ini. Ini adalah perjuangan antara Islam dan Kuffar! antara Haq dan Bathil! Perjuangan ini tidak mudah, anak-anak fir’aun masih ramai berkeliaran membuat onar.

Mereka merancang, Allah juga merancang, dan Allah adalah sebaik-baik perancang!

Sumber :
Abdul Malik
R.N.N
Ikhwan Online
Page FJParty
Page “Ikhwan Muslimin” Tarbiyah Jihad dan Dakwah
Page Ikhwan Muslimin
Page Ikatan Ikhwan Muslimin Sedunia

IKRAM Mesir 2012

Selasa, 20 November 2012

" Briged Al-Qassam "


 
Jom kenali Brigade Izzuddin al Qassam / " Briged Al-Qassam ".

JIKA :
~ Britain mempunyai British Special Air Service (SAS),
~ Amerika Syarikat dengan Navy Seals nya
dan
~ Israel dengan Shayetet 13,

Palestin mempunyai kelas tersendiri dengan tentera penggempurnya yang berani mati, Briged Ezzedeen Al-Qassam atau lebih dikenali sebagai Al-Qassam yang amat digeruni oleh rejim Zionis.

Al-Qassam, sebuah sayap tentera Hamas, dipelopori penubuhannya oleh pejuang Palestin seperti Sheikh Ahmad Yassin, Dr. Ibrahim Al-Maqadema dan Sheikh Salah Shehada pada tahun 1984.

Nama Al-Qassam adalah sempena nama pejuang yang syahid berdekatan Jenin pada tahun 1935, Ezzedeen Al-Qassam.

Baru-baru ini, penulis yang berada di Gaza atas tujuan rakaman siri dokumentari dijemput oleh kerajaan pemerintah Gaza, Hamas untuk mengunjungi pusat latihan Al-Qassam bagi menyaksikan satu demonstrasi latihan taktikal serangan briged itu. Difahamkan, peluang itu jarang sekali dibuka kepada rakyat Palestin apatah lagi orang luar.

Penulis diberi taklimat oleh komander yang tidak mahu dikenali atas tujuan keselamatan. Beliau berkata, briged elit itu dianggotai oleh pemuda berusia 30 tahun dan ke bawah sahaja.

"Objektif utama penubuhan Al- Qassam adalah mempertahankan tanah suci Palestin daripada penjajahan Zionis yang zalim, membebaskan tanah Palestin dan seluruh tanahnya yang dirampas di Tebing Barat serta memantapkan semangat jihad dalam kalangan orang Palestin," katanya.

Apabila ditanya jumlah tentera Al-Qassam pada masa ini, komander tersebut yang pada mulanya enggan menjawab memberitahu, bilangannya dalam lingkungan 25,000 orang.

Peraturan " Briged Al-Qassam ".

"Peraturan kami yang paling ketat ialah setiap tentera mesti solat lima waktu sehari secara berjemaah," ujarnya.

Tambah beliau, Al-Qassam juga mempunyai skuad wanita tetapi bukanlah barisan yang paling penting.

"Kami menggunakan wanita apabila keadaan memaksa. Contohnya, pernah sekali tentera kami dikepung oleh tentera Israel dalam sebuah masjid. Kami menghantar tentera wanita untuk masuk ke dalam masjid bagi menyerahkan baju lain kepada anggota yang terperangkap. Kemudian mereka berlakon keluar seperti orang biasa.

"Walaupun kami kehilangan tiga wanita dalam operasi itu, kami tetap berjaya kerana begitu ramai askar yang dapat diselamatkan," katanya.

Sudah menjadi perkara biasa apabila kedengaran letupan dan bunyi tembakan di Gaza bukan kerana serangan tentera Israel sebaliknya sesi latihan Al-Qassam.

"Di daerah Al-Zaytun, tentera Israel hanya memerlukan 10 minit untuk memasuki tanah Gaza dengan kereta kebal. Oleh itu, kami terpaksa bersedia setiap masa," kata seorang tentera Al-Qassam.

Briged ini juga terkenal dengan roket Al-Qassam, roket artileri buatan sendiri yang dikeluarkan dalam tiga model sepanjang tahun 2001 hingga 2011. Roket itu ditembak dari Gaza dan sering membawa kemusnahan yang dahsyat sehinggakan media Israel menggelarkan setiap roket yang memasuki Semenanjung Barat sebagai Qassam.

Penulis disajikan dengan satu demonstrasi selama lima minit dengan 20 tentera yang memainkan pelbagai peranan. Demo teknikal itu membabitkan dua kumpulan yang menyerang sebuah rumah kosong manakala sebuah kumpulan lain bertindak sebagai pasukan bantuan. Satu lagi pasukan akan memastikan tiadanya bantuan daripada tentera musuh (Israel).

Demonstrasi itu menggunakan peluru hidup, bom tangan, mesingan, senapang AK-47 dan roket grenad. Demonstrasi itu cukup membuktikan betapa hebatnya generasi muda ini dan wajarlah tentera Israel seramai 700,000 orang cukup gerun dengan Al-Qassam.

Sesudah sesi latihan itu, kesemua askar tersebut berkumpul dan bersujud syukur - satu amalan penting setiap kali sesudah satu peperangan melawan tentera Zionis.

Penulis juga dibawa berjumpa dengan beberapa tentera Al-Qassam sebelum mereka bergegas untuk menunaikan solat Asar. Namun, penulis diberitahu rakaman gambar tidak dibenarkan kerana ingin merahsiakan identiti setiap anggota mereka.

Penulis terkejut apabila mereka membuka topeng hitam mereka, kesemuanya mempunyai muka bersih dan bersinar, jelas nampak keikhlasan untuk menjadi tentera Islam yang tidak takut mati.

Salah seorang tentera bertanyakan negara asal penulis dan apabila disebut Malaysia, beliau menjawab: "Tanah ini milik kamu juga."

Jawapannya membuat penulis terkedu kerana maknanya sangat mendalam.

Sejak Intifada pada tahun 2000, seramai 800 askar Al-Qassam telah mati syahid. Bahkan apabila seseorang tentera Al-Qassam pulang daripada peperangan, mereka sering akan bertanyakan kepada diri sendiri -