Ahad, 25 September 2011

" Hari Raya Aidil Fitri "


Bismillah rahman rahim,, selawat dan salam atas Nabi junjungan Muhammad s.a.w, syukur kehadrat Ilahi diatas segala kesempatan yang masih diberikan sehingga hari ini, setelah sebulan berpuasa, akhirnya kita menyambut Hari yang sentiasa ditunggu oleh anak-anak dan budak-budak terutamanya yaitu " Hari Raya Aidil Fitri " yang menggamit berjuta warna zaman yang penuh ceria dan gembira.. syukurlah setelah berhempas pulas, berpenat lelah dalam mengecapi erti kemanisan iman dalam beribadat pada Ilahi, dan kini ganjarannya insyaAllah,, kemenangan yang pasti bagi setiap mu'min yang istikomah dalam garis permula ibadat hingga penamat, namun begitu sentiasalah istikomah agar amalan ibadat yang dilakukan sewaktu ramadhan tidak hanya terhenti disitu sahaja.. jadikan ia sebagai baja yang sentiasa menyubur iman dan ketakwaan seterusnya "keredhaan dan rahmat-NYA " bersama selamanya...
Aidil Fitri menjelang tiba, syahdu takbir memecah kedinginan pagi itu.. Alhamdulillah, ana dan family beraya bersama lagi, cukup indah pabila semua dapat berkumpul bersama pada syawal yang mulia ini, semoga restu bonda sentiasa disisi dan bacaan surah Al Fatihah buat abah yang tiada bersama, namun tetap dihati anak-anakmu ini, semoga dirahmati dan diredhai Allah s.w.t. aminnn... "sesungguhnya kami merinduimu..".
Selamat Hari Raya Aidilfitri Buat semua teman dan sahabat handai yang mengenali diri, Ahlan wasahlan pada yang belum mengenali, semoga ukhuwwah terus terbina dan terjalin atas nama ISLAM, "sesungguhnya sesama muslim itu adalah bersaudara "..