Selasa, 29 Mei 2012

"Syeikh Ahmad Yasin dan Rantisi Dalam Kenangan"



Kata Syeikh Ahmad Yasin, Sesungguhnya aku, seorang tua yang lemah, tidak mampu memegang pena dan menyandang senjata dengan tanganku yang sudah mati(lumpuh), Aku bukan seorang penceramah yang lantang yang mampu menggegarkan semua tempat dengan suaraku(perlahan).

Aku tidak mampu untuk ke mana-mana tempat untuk memenhi hajatku kecuali jika mereka menggerakkan(kerusi roda) ku.


Aku, yang sudah beruban putih dan berada di penghujung umurku. Aku, yang di serang pelbagai penyakit dan di timpa berbagai penderitaan. Adakah segala macam penyakit dan kecacatan yang tertimpa ke atasku turut menimpa bangsa Arab hingga menjadikan mereka begitu lemah? Adakah kalian semua begitu wahai Arab, kalian diam membisu dan lemah, ataukah kalian semua telah mati binasa.


Adakah hati kalian tidak bergelora melihat kekejaman yang berlaku terhadap kami sehingga tiada satu kaum pun bangkit menyatakan kemarahan kerana Allah. Tiada satu kaum pun yang bangkit menentang musuh-musuh Allah yang telah mengistiharkan perang antarabangsa ke atas kami dan menukarkan kami daripada golongan mulia yang dianiaya dan dizalami kepada pembunuh dan penjenayah serta pengganas. Tidak adakah yang mahu di antara kalian, bangkit menentang musuh-musuh yang telah berjanji setia untuk menghancurkan dan menghukum kami.

Tidak malukah umat Islam ini terhadap dirinya yang dihina sedangkan padanya ada kemuliaan. Tidak malukah negara-negara umat Islam ini membiarkan penjenayah Zionis dan sekutu antarabangsanya tanpa memandang kami dengan pandangan yang mampu mengesat air mata kami dan meringankan bebanan kami.


Adakah pertubuhan-pertubuhan umat Islam ini, pasukan tenteranya, parti-partinya, badan-badannya dan tokoh-tokohnya tidak mahu marah kerana Allah dengan kemarahan sebenarnya lalu mereka keluar beramai-ramai sambil melaungkan, “Ya Allah, perkuatkanlah saudara-saudara kami yang sedang dipatah-patahkan, kasihanilah saudara-saudara kami yang lemah ditindas dan bantulah hamba-hambaMu yang beriman!


Adakah kalian tidak memiliki kekuatan berdoa untuk kami? Seketika nanti kalian akan mendengar mengenai peperangan besar ke atas kami dan ketika itu kami akan terus berdiri dengan tertulis di dahi kami bahawa kami akan mati berdiri dan berdepan dengan musuh, bukan mati membelakang(melarikan diri dari musuh)dan akan mati bersama-sama kami, anak-anak kami, wanita-wanita, orang-orang tua dan pemuda-pemuda.
Kami jadikan di kalangan mereka sebagai kayu bakaran buat umat yang diam dalam kebodohan! Janganlah kalian menanti hingga kami menyerah atau mengangkat bendera putih kerana kami telah belajar bahawa kami tetap akan mati walaupun kami berbuat demikian(menyerah). Biarkan kami mati dalam kemuliaan sebagai mujahid.


Jika kalian mahu, marilah bersama-sama kami sedaya mungkin. Tugas membela kami terpikul di bahu kalian. Kalian juga sepatutnya menyaksikan kematian kami dan menghulurkan simpati. Sesungguhnya Allah akan menghukum sesiapa sahaja yang lalai daripada menunaikan kewajipan yang diamanahkan.


Dan kami berharap kepada kalian supaya jangan menjadi musuh yang menambah penderitaan kami. Demi Allah, jangan menjadi musuh kepada kami wahai peminpin-pemimpin umat ini, wahai bangsa umat ini.

Ya Allah, kami mengadu kepadaMu… kami mengadu kepadaMu.. kami megadu kepadaMU… kami mengadu kepadaMu lemahnya kami dan kurangnya helah kami. Demikianlah kami di hadapan manusia. Engkaulah tuhan kepada orang-orang yang lemah. Dan Engkaulah Tuhan kami. Kepada siapa Engkau tinggalkan kami. Adakah kepada orang yang jauh yang akan menyerbu kami. Ataukah kepada musuh yang berkuasa ke atas kami?


Ya Allah, kami mengadu kepadaMu darah-darah yang tertumpah, maruah yang ternoda, kehormatan yang diperkosa, kanak-kanak yang diyatimkan, wanita-wanita yang di jandakan, ibu-ibu yang kehilangan anak, rumah-rumah yang diruntuhkan, tanaman-tanaman yang dirosakkan.

Ya, Allah, kami mengadu kepadaMu, berseleraknya kesatuan umat kami, berpecahnya perpaduan kami, berbagai-bagainya jalan kami, terkebelakangnya kami.

Kami mengadu kepadaMu betapa lemahnya kaum kami, betapa tidak bermayanya umat di sekeliling kami dan betapa berjayanya musuh-musuh kami….”

Sabtu, 26 Mei 2012

"Dakwah bagi para ahli dakwah:"

Dakwah bagi para ahli dakwah:

Muhammad al-Ghazali memberi penerangan istilah dakwah sebagai satu program (barnamij) yang lengkap, yang kesemua peringkatnya mengandungi semua ilmu pengetahuan yang menjadi satu keperluan kepada manusia bagi menjelaskan tujuan dan matlamat hidup dan bagi menyingkap panduan jalan yang menjadi petunjuk kepada mereka.

Dr. Yusuf al-Qaradawi pula, beliau mendefinisikan dakwah sebagai usaha membawa orang lain kepada agama Islam, supaya mengikut petunjuk agama ini, melaksanakan segala ketetapannya di muka bumi ini, mengkhususkan segala bentuk penghambaan diri, permohonan dan taat kepada Allah sahaja, melepaskan diri dari segala kongkongan yang bukan daripada Allah (taghut) yang terpaksa dipatuhi, memberi hak kepada orang lain yang ditentukan hak oleh Allah, menyeru kepada kebaikan dan mencegah segala kemungkaran, dan bejihad pada jalan-Nya.

Adam Abdullah al-Auri dalm kitabnya Tarikh al-Dakwah al-Islamiyah baina al-Ams ila al-Yaum menjelaskan bahawa dakwah ialah memalingkan pandangan dan pemikiran manusia kepada pandangan dan pemikiran yang berdasarkan akidah, kerana dakwah merupakan satu seruan bagi menyelamatkan manusia daripada kesesatan yang hampir-hampir mereka terjerumus kedalamnya.

Dr. Abu al-Majd al-Sayyid Nawfal menjelaskan bahawa yang dimaksudkan dengan dakwah itu ialah usaha golongan yang mempunyai kemampuan memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada sasaran untuk membawa mereka kepada Islam dan menjauhkan mereka daripada kepercayaan selain kepada Allah dengan cara-cara tertentu.

Dr. Ra’uf Shalabi menerangkan bahawa dakwah Islamiah itu ialah gerakan membawa atau mengubah masyarakat daripada keadaan kekufuran kepada keadaan keimanan, daripada keadaan kegelapan kepada keadaan cahaya dan daripada keadaan sempit kepada keadaan lapang, di dunia dan di akhirat.

"Dr. Yusof Al- Qardawi"



1. Kelahiran dan Kelayakan.
Lahir di salah sebuah perkampungan Safat Turab Markaz Mahallah Kubra Muhafazah Gharbiah Republik Arab Mesir pada 9 September tahun 1926M. Merupakan seorang anak yatim. Beliau dipelihara oleh bapa saudaranya dan dibawa kepada salah seubah kelas dari kader-kader kampung. Beliau adalalah seorang budak yang memahami dan cerdik. Sempurna menghafaz al quran Al Karim dan mendalami(mahir) hukum-hukum tajuwid sedangkan ketika umurnya belum menjangkau 10 tahun. Masyarakat kampung mengutamakan beliau untuk menjadi imam dalam sembahyang khususnya waktu solat Subuh, dan jarang sekali dari mereka yang tidak menangis dibelakangnya ketika itu.

Kemudian beliau menghabiskan pelajaran rendah dan menengahnya di Maahad Azhari. Beliau adalah penuntut terbaik. Bukti kecemerlangannya terpancar sejak kecil lagi sehingga beliau digelar Al A’lamah pada tahap 4 rendah. Kedudukan sijil menengahnya pula adalah yang kedua terbaik di seluruh Mesir. Beliau seterusnya meneruskan pengajian dalam kuliah Usuluddin di Universiti Al Azhar, dari situ beliau mendapat ijazah tertinggi pada tahun 1952-1953. Beliau adalah penuntut terbaik dari jumlah semua 180 orang. Kemudian memperolehi ijazah Alamiah dan diploma pendidikan dari kuliah bahasa Arab 1954 dengan kedudukannya di tempat pertama dari jumlah mereka 500 orang pelajar.
Pada tahun 1958 beliau berjaya mendapat diploma maahad pengajian bahasa arab tertinggi dalam bahasa dan sastera. Tahun 1960 beliau berjaya mendapat pengajian tertinggi yang menyamai Master degree dalam jabatan ulum quran dan sunnah kuliah usullddin. 1973 beliau mendapat gelaran Doktor falsafah dengan pangkat cemerlang bersama Syaraf ula dalam kuliah yang sama. Tajuk risalahnya ialah mengenai zakat dan kesannya dalam menyelesaikan keadaan gejala sosial. Beliau terlewat mendapat ijazah ini akibat dari keadaan politik mesir.

2. Pekerjaan Rasmi.
Tugas yang biasa baginya ialah dengan berkhutbah dan menjadi tenaga pengajar di Masjid, kemudian menjadi Musyrif Maahad bagi imam-imam naungan di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mesir (Auqaf). Seterusnya beliau ditukarkan ke pejabat umum bagi thaqafah Islamiah di Al Azhar Syarif untuk menyelaraskan sistem percetakannya dan konsep amal di pejabat kesenian bagi pentadbiran dakwah dan pertunjuk (Irshad).
Pada tahun 1961M, beliau dipinjamkan ke Maahad menengah agama. Di sana beliau membangunkannya dengan metod kombinasi manhaj turasi dan moden. Tahun 1973, kuliah tarbiah bagi banin dan banat dibangunkan sebagai asas Universiti Qatar lalu beliau dipindahkan ke situ untuk mengasaskan jabatan agama pengajian Islam dan mengetuainya. Tahun 1977, beliau mengetuai pengasasan kuliah syariah dan pengajian Islam di Universiti Qatar. Beliau tetap di situ sebagai rektornya hingga akhir tahun 1990. Beliau juga menjadi mudir dan pengasas pengkajian sunnah dan sirah Nabawiah Universiti Qatar dan masih lagi di bawah pentadbiranya hingga hari ini. Beliau pernah dipinjamkan dari daulah Qatar ke Republik Algeria pada tahun 1990/91 untuk mengetuai majlis-malis keilmuan bagi universiti dan maahad Islam, kemudian beliau kembali ke Qatar sebagai mudir bagi markaz pengkajian sunnah dan sirah.

3. Usaha Dan Aktivitinya Dalam Khidmat Islam.
Ustaz Syiekh Dr. Yusuf Qardawi salah sorang ulama Islam yang berketrampilan masa kini dalam keilmuan idea dakwah pentarbiahan dan jihad dalam dunia Islam seluruhnya timur dan barat. Jarang sekali wujud seorang muslim kini melainkan pasti akan bertemu dengannya samada diarena pembacaan, kitab risalah,maqalah, fatwa, atau muhadaroh, khutbah pengajian, hadith, jawapan dijami` atau jamiah, nadi atau penyiaran, tv dan keset serta seumpamanya. Aktivitinya tidak terhad kepada khidmat Islam sahaja disatu segi atau bidang tertentu bahkan luas dari itu dan berbagai bidangnya di setiap lapangan terdapat alamat kewujudanya.

4. 10 Bidang Yang Terpenting Yang Diceburi Oleh Beliau.
1. Penulisan Ilmiah.
2. Feqah dan Fatwa.
3. Dakwah dan Taujih.
4. Forum dan Simposium.
5. Perekonomian Islam.
6. Lawatan dan Muhadharat.
7. Aktiviti Kemasyarakatan.
8. Tarsyid dan Sohwah.
9. Aktiviti Haraki dan Jihad.
10. Pengelibatan di dalam keahlian intitusi intitusi dan badan rasmi.

5. Bidang penulisan ilmiah.
Penulisan dan karangan merupakan antara bidang yang paling teserlah pada diri beliau. Beliau merupakan orang yang alim dalam karangan dan muhaqiq,sepetimana yang disifatkan oleh Al A`llamah Abu Hasan AnNadawi di dalam kitabnya Rasail Al I`lam. Tulisan beliau juga disifatkan oleh Al A`llamah Syiekh Abdul Aziz bin Baz sebagai tulisan yang mempunyai pengaruh di dalam dunia Islam.
Melihat hasil tulisan karangan dan pengkajian beliau dapat meyakinkan bahawa beliau adalah seorang penulis dan pemikir yang sebenar. Tidak berulang-ulang tulisannya dan mempunyai ciri penulisan tersendiri mempunyai tajuk-tajuk penulisan yang terkandung sesuatu yang baru di dalamnya seperti pembetulan pemahaman keaslian fikr menjelasksn kekaburan mendetailkan ringkasan menjawab keraguan dan kesangsian yang di lontarkan serta keteterangan falsafah.
Beliau telah menulis di dalam pelbagai bidang thaqafah Islam yang mana bilangan menjangkau ratusan.dan ianya dibaca oleh para cendiakwan dunia Islam dengan pelbagai riaksi dan sambutan. Jesteru itu tulisan beliau dicetak di dalam bahasa Arab beberapa kali dan sebahagian besarnya diterjemah ke bahasa tempatan dunia Islam. Jika ditinjau di negara-negara Islam didapati kitab beliau di sana samada di dalam bahasa arab atau di dalam bahasa tempatan.
Terdapat beberapa keistimewaan di dalam tulisan beliau di antaranya adalah seperti berikut:
1. Tulisan beliau secara asas bersandarkan turath ilmu Islam yang berpegang quraan dan sunnah metodologi salaffussaleh tetapi tidak mengabaikan perkembangan zaman moden menghimpunkan di antara keaslian turath dan perkembangan semasa dengan cara sebenar.
2. Mnghimpunkan antara penyaringan ilmi dan penelitian fikr dan taujih islahi.
3. Membebaskan daripada taqlid dan taasub mazhab sepertimana membebaskan dari mengikut pemikiran mazhab-mazhab yang diambil dari barat mahupun timur.
4. Uslub tulisan beliau di kenali sebagai uslub yang mudah mumtani` iaitu uslub ahli sastera yang mahir lagi unggul.
5. Tulisan yang berbentuk sederhana tidak melampau dan tidak pula sebaliknya.
6. Berdiri teguh dalam mengahadapi serangan dakwaan yang meruntuhkan yang datang dari luar dan dawaan pemalsuan dan pembelotan dari dalam dan beriltizam dengan Islam yang sebenar seta menafikan pelmalsuan yang melampau dan penakwilan yang jahil.
Disamping itu juga beliau berkerjasama di dalam menyusun buku bagi pihak kementerian pendidikan di negara Qatar dan Maahad agama khas yang jumlahnya melebihi dua puluh dan ia diperakui oleh kementeriannya Penyusunan tersebut mencakupi selivers bagi mata pelajaran Tafsir, Hadis, Akhlak, Tauhid, Fekah dan Kemasyarakatan Islam pengkajian Islam Falsafah dan Akhlak.

6. Feqah dan Fatwa.
Di antara usahanya yang terserlah ialah usaha beliau di dalam bidang fekah dan fatwa. Beliau tidak menyampaikan ceramah atau dilihat di dalam mu`tamar atau nadwah melainkan beliau dihujani soalan-soalan yang pelbagai mengenai Islam untuk dijawab dan jawapan yang diberi diterima pakai oleh orang ramai yang terdiri daripada cendiakiawan muslimin yang mana jawapan tersebut bercirikan tiori ilmiah dan begitu rasional untuk diterima pakai.
Beliau juga merupakan tempat rujuk yang dipercayai dikalangan muslimin di dunia Islam mahupun di luar dunia Islam. Hal ini dapat diketahui melalui surat-surat yang begitu banyak menghujani beliau dan juga permohonan fatawa yang sampai kepadanya sehinggakan beliau menyatakan tidak mampu untuk menjawab keseluruhanya. Selain dari menjawab secara langsung beliau kadangkala selalu menjawab segala persoalan atau fatwa melalui telefon ditambah pula siaran khas atau rancangan tetap yang di selenggarakan Radio dan TV Qatar bagi menjawab soalan soalan para pendengar dan penonton.
Metod fatwa beliau telah diterangkan di dalam pendahuluan bukunya Fatwa Mua`sarah.

7. Dakwah dan Taujih.
Melalui minbar masjid dengan berkhutbah dan mengajar, beliau menyampaikan dakwah.Semasa beliau masih
menuntut di kuliah usuluddin beliau berkhutbah di Masjid Al Toha di Mahallah Kubra salah satu bandar yang terkenal masjid tersebut di sebut sebagai masjid Syeikh Yusuf. Beliau telah mengimamkan ribuan makmum di dalam solat Jumaat.
Setelah beliau keluar dari penjara pada tahun 1956 beliau telah dipanggil Kementerian Auqaf setelah tamat peperangan Suez untuk berkhutbah di masjid Zamalik di Kaherah. Beliau telah mengimamkan ribuan makmum sehinggakan beliau dilarang untuk berkhutbah di zaman Abdul Nasir Presiden Mesir yang kedua.
Ketika dipinjamkan ke Qatar pada tahun 1961 beliau menjadikan masjid sebagai wasilah bagi menyebarkan dakwah. Beliau berceramah dan mengajar dan berfatwa sehingga hari ini. Beliau menyampaikan Khutbah Jumaat di Masjid Umar bin Khattab yang disiarkan secara langsung melalui TV negara Qatar. Begitu juga khutbah di dua hari raya, Aidilfitri dan Adha. Di dalam media massa pula beliau menyampaikan dakwah seperti mengajar di tv dan radio Qatar. Sebagai contohnya beliau mengajar Hadis dan Tafsir di dalam rancangan Nur dan Hidayah,Huda Al Islam di setiap petang jumaat rancangan ini ditonton juga oleh penonton luar dari negara Qatar seperti Bahrin, Imarat dan Saudi. Terbaru pula beliau menceburi di dalam dakwah melalui tv setelit yang mana rancangan yang paling popular Syariah Wal Hayah yang dapat diikuti melalui Chanel Al Jazirah.
Manakala makalah dan kajian Ilmiah beliau di cetak dan disebarkan melalui majalah Al Azhar, Nur Islam, Minbar Islam, Dakwah, Sya`ab, Ahram, Afaq Arabi, Liwa Islami, di Mesir. Hadhorah Islam di Damsyik, Alwa`yu Islami, Al Arabi, Almujtama` di Kuwait, Alsyihab di Berut, Al Baa`th di India, Manar Islami di Abu Dhabi.
Manakala di media elektronik pula terdapat Laman Web Yusuf Qardhawi dan beberapa kajian beliau telah di CD kan seperti Feqah dan Fatwa, Akhlak dan Tazkiah.

8. Mu`tamarat dan Nadawat.
Di dalam beberapa Mutamar di peringkat antarabangsa yang telah diadakan telah menyaksikan kehadiran beliau memberi kesan dan kejayaan.terhadap mu`tamar tersebut.
Di antara mu`tamar yang telah beliau sertai:
1. Mu`tamar Iktisad Islami Sedunia yang pertama di bawah tajaan Universiti Malik Abduk Aziz di Makkah Al Mukarramah.
2. Mu`tamar Taujih Al Da`wah Wa I`dad Dua`h Sedunia yang pertama di bawah Ria`ayah Universiti Islam di Madinah.
3. Muktamar Feqah Islam Sedunia yang pertama yang diadakan di Riadh, dan banyak lagi.
5. Bidang Ekonomi Islam.
Keterlibatan beliau di dalam ekonomi Islam samada dari segi tiori ataupun praktikal sudah begitu lama.
Dari segi tiori beliau telah mememberi penerangan kebanyakanya melalui muhadharat dan durus tentang ekonomi Islam dan beliau telah mengarang beberapa buah buku yang begitu masyhur di dunia Islam antaranya Feqh Zakat, masalah kemiskinan dan bagaimana Islam mengatasinya.
Keperhatinan beliau di dalam ekonomi Islam dapat dilihat di dalam pendahuluan bukunya yang bertajuk “Bai` Al Murabahah” menurutnya aku amat mengambil berat tentang ekonomi Islam adalah sebahagian keperhatinanku dengan syariat Islam dan menyeru kepada menggunakanya di dalam kehidupan harian dan menjadikannya sebagai alternatif kepada sistem ekonomi ciptaan maknusia.
Dengan usaha beliau ini lajnah bank pembangunan Islam telah memutuskan untuk memilih beliau bagi memenangi anugerah bank tersebut pada tahun 14 11 H di dalam ekonomi Islam di atas sumbangan beliau begitu banyak dalam bidang ini.
Begitu juga beliau pernah mendapat Anugerah Malik Faisal dengan kenyataan dalam pengajian Islam tahun 1413H. Tahun 1996 beliau mendapat Anugerah A’to Ilmi daripada Rektor Universiti Islam Antarabangasa Malaysia. Beliau juga mendapat anugerah dari Sultan Hasanah Bolkiah (sultan Brunai) pada tahun 1997 dalam Feqh Islami.

9. Di Antara Buku Karangan Beliau.
1. Feqh Wa Usuluh
2. Halal Wal Haram Fil Islam
3. Fatawa Al Muasirah 1.2.3
4. Ijtihad Fi Syariati Islam
5. Min Feqh Daulah Fi Islam
6. Fatawa baina Indhibat Wal tasib
7. Iqtisad Islam
8. Feqh Zakah
9. Fawaid Bunuk Hia Riba Haram
10. Bai` Murabahah Lil Amri Bil Syira
11. Musykilah Faqr Wakaifa A`lijuha Islam
12. Ulim Al Quraan Wa Sunnah
13. Sobr Fil Quran AlKarim
14. Aqlu Wal I`lmu Fil Quraan Al Karim
15. Kaifa Natamal Maal Quraan Al Azim
16. Kaifa Nataamal Maal Sunnah Nabawiah
17. Al A`qidah
18. Iman Wal Hayah
19. Wujud Allah
20. Haqiqatul Tauhid
21. Aliman Bil Qadar
dan banyak lagi.

Sumber: Buku Qardhawi Faqihan, Oleh I`sam Talimah Darul Tauzi` Wa Nasyr.

Rabu, 2 Mei 2012

“BERSIH 3.0”



Bismillah rahman rahim, dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani, selawat dan salam atas junjungan Nabi Muhammad saw, keluarga serta sahabat baginda saw.
 " BERSIH 3.0? siapakah yang bersalah? ada yang menuding jari sana dan sini tanpa mengira kita adalah  Islam yang percaya dan beriman dengan kalimah syahadah, dan cuba mempertahankan hujah masing-masing dengan hikmah ilmu yang diberi oleh Allah swt pada hambanya, akhirnya apa yang dicari dan diadili.. adakah suatu perbezaan itu suatu yang begitu sukar untuk diterima sehingga ada yang kecundang baru kita sedar menang jadi arang kalah jadi abu.. suatu perbezaan itu adalah Rahmat dari Allah, dan ia merupakan suatu untuk kita mencari satu titik persamaan, persamaan dengan apa yang telah Allah nyatakan dalam kitabullah Al-quran dan sunnah Rasulullah saw. apakah yang kita cuba perjuangkan? adakah meninggikan kalimat Allah? dimana kita saat Allah memanggil kita dengan laungan azan? layakkah kita berkata itu dan ini tanpa kita menilai apa yang ada pada diri kita, mengenali siapa kita disisi pandangan yang Maha Esa.. BERSIH 3.0 bermula kembali, duduk dan bantah sehingga hampir beberapa jam tanpa ada sebarang rusuhan dan akhirnya tragedi berulang tiba.. mengapa? siapa yang harus dipersalahkan? polis, kerajaan, atau pembangkan..? atau sama-sama salah kerana tiada persefahaman..? namun begitu, hujahlah dengan berhemah dan berhikmah moga tujuannya adalah satu kerna Allah.. agar apa yang dicari, dipertahankan, diperjuangkan mendapat keredhaan-NYA.
Adalah sesuatu yang mustahil untuk menyatukan seluruh manusia dalam satu pandangan atau pemikiran tertentu kerana masing-masing mereka dianugerahkan oleh Allah swt perbezaan dalam:
1. Pandangan.
2. Ilmu.
3. Tujuan.
4. Keperluan.
5. Situasi.
6. Keadaan lingkungan.
yang sangat berpengaruh terhadap paradigma dan cara mereka berfikir.
Ini adalah kerana manusia memang diciptakan berbeza-beza bahkan tidak keterlaluan jika dikatakan bahwa beberapa "perbezaan" itu memang dimaksudkan atau diinginkan oleh Pembuat Syariat iaitu Allah swt.
Jika Allah swt berkehendak untuk menurunkan Al-Quran dengan hanya memiliki satu interpretasi sahaja, maka perkara itu tidak sukar bagiNya. Begitu juga dengan Sunnah Rasulullah saw. Bahkan telah masyhur di kalangan ulama’ bahwa perbezaan dalam umat ini adalah rahmat.
Dunia Islam kini menyaksikan lahirnya berbagai harakah, tanzim, jamaah dan firqah Islamiyah yang beraneka ragam. Terdapat bermacam-macam madrasah pemikiran yang masing-masing memiliki manhaj tersendiri dalam berkhidmat dan berjuang menegakkan Islam di muka bumi sesuai dengan :

1.      Penentuan sasaran.
2.      Keutamaan.
3.      Tahapan.
Dr Yusuf Al Qardhawi dalam kitabnya ‘Fiqhul Ikhtilaf’ menyatakan bahwa tidaklah menjadi masalah adanya beberapa kelompok dan jamaah yang berjuang untuk menegakkan Islam selagimana perkara itu merupakan :
1.      Perbezaan yang bersifat variatif (ta’addudu tanawwu’)
BUKAN
1.      Perbezaan yang bersifat kontradiktif (‘ta’addudu ta’arudh’)”.
Di zaman Imam Ahmad bin Hanbal, ada seorang ulama’ pernah menulis sebuah kitab dengan judul"Kitabul Ikhtilaf" (kitab perbezaan) dan apabila ia menunjukkan kitab itu kepada Imam Ahmad, beliau lalu berkata :
"Jangan namakan kitab perbezaan, tapi namakan ia kitab keluasan."
DI MANAKAH KITA MESTI SEKATA DAN DI MANA BOLEH BERBEZA?
Memang benar bahwa perbezaan mesti ditangani dengan sikap toleransi yang tinggi tetapi perbezaan yang dibenarkan adalah perbezaan yang memang boleh ditoleransi.
Untuk mengetahui samada sebuah perbezaan boleh ditoleransi atau tidak, perlu ada kejelasan terhadap kedudukan di mana letaknya umat Islam mesti bersatu dan di mana letaknya mereka boleh berbeza.
Allah swt berfirman :
"Dan janganlah kamu seperti orang yang berpecah-belah dan berselisih, padahal sudah datang kepada mereka keterangan yang nyata." (QS Ali Imran : 105)

Simfoni cinta usim:”siapa cinta ku selepas Allah dan Rasul” part 2



Simfoni cinta usim:”siapa cinta ku selepas Allah dan Rasul” part 2

"Wahai umatku, kita semua berada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al-Quran dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku."

Pabila ahli panel kedua berbicara, antara soalan yang diajukan ialah cinta itu sebagai penaik semangat, study sama-sama.. berdua-duaan dan mungkin mereka mempunyai visi dan misi dalam study dan peranan teknologi serta adab dalam menggunakannya dengan cara yang tepat.

“siapakah cinta yang paling utama?”, Allah!! Itulah antara jawapan yang paling utama yang bergema dalam dewan, semua orang tahu bahawa cinta itu agung adalah milik Allah, namum adakah kita memahaminya apakah cinta itu kepada Allah. Kadang kala pabila kita berjalan ternampak seseorang yang mungkin menarik perhatian kita.. subhanallah cantiknya ciptaan Allah, hensemnya ciptaan Allah sehingga jatuh hati atau cinta kepada si dia, adakah si dia seseorang yang kita redhai akhlak dia, adakah akhlak si dia diredhai Allah.. dan adakah cinta yang cuba untuk kita bina adalah kerana Allah.. selalunya cinta membuatkan kita lupa dan terleka hubungan kita dengan Allah, entah bagaimana pula antara dua ibu dan bapa, adakah kasih mereka lenyap begitu saja tatkala ada seseorang yang hanya beberapa hari, minggu dan bulan bermain cinta dimata hingga berbunga taman-taman jiwa seorang remaja. Akhirnya cinta yang bakal dibina bertukar menjadi cinta fitnah..

pabila semua tiada terjaga, hati terus berkata..
bila masa kita berdua, tangan pula menjadi mata..
malaikat disisi terus lupa, mencatit amalan tanpa lupa..
ingatlah Allah itu ada, CINTA pada hambanya..

pabila kita menggunakan internet, apakah kegunaanya..? fb, twitter, myspace dan sebagainya banyak manfaatnya seandai kita guna dengan cara yang betul pada tempatnya, bagaimana? Yaitu dengan menyebarkan da’wah.. sebarkan cinta Islam agar dapat memberi manfaat dan mungkin mereka terfikir pabila mereka membaca dan melihat apa yang kita sampaikan membuatkan mereka tersentuh hati dan mendapat hidayah dari Allah SWT. Namun zaman sekarang ni kalau tengok kat facebook(fb) ada yang mencari cinta, mencari jodoh, mencari keseronokan, memenuhi kebosanan dan sebagainya, ada yang meletakkan pelbagai gambar dengan pelbagai gaya.. terutama bagi muslimat yang dicintai Allah, jagalah perhiasan yang paling indah yang Allah anugerahkan kepada kamu agar ia tidak menjadi fitnah dan  murka Allah SWT.

Ahli panel yang ketiga, “unsur cinta” lagu, filem, novel.. pabila kita sebut tentang cinta, apakah yang terbayang dalam fikir kita.. “L.o.v.e” “h.a.t.i”. namun kadang-kadang kita lupa unsur hati itu agar kita dapat memahami cinta hingga membawa kesyurga.. berapa banyak filem dan novel yang menyatakan tentang cinta dan ada yang datangnya cinta itu dari barat rasa macam islamic, namun disini apabila kita berbicara tentang cinta.. dalam surah Al-ahzab ayat 21, yang menyebut tentang kemuliaan Nabi sebagai suatu ikutan yang terbaik, orang yang betul-betul mencari nabi yang pertama ialah mengharap keredhaan Allah, mengharap  Akhirat dan cinta kita masuk syurga dan cinta sentiasa diiringi zikrullah.. maka kita seharusnya muhasabah dari situ kalau siapa yang sudah berani melangkah kealam cinta status kita sebagai seorang mahasiswa..

Model cinta yang Allah jadikan dengan hidupkan ayat-ayat Al-quran dan sunnah pada Nabi Muhammad saw.. itulah cinta yang dibawa oleh Nabi saw sebagai ikutan kepada kita, namun mungkin ada yang tersentuh dengan tulisan novel, alunan nasyid, dan filem yang dipelopori oleh orang yang memahami atau paham keindahan Islam agar apa yang disampaikan itu tidak lari dari matlamat yang sebenar adalah kerana Allah swt. Apabila kita bercakap tentang cinta kita lihat bagaimana Allah memulakan ayat Al-quran pada penciptaan manusia yang mana manusia itu terbentuk dan terjadi pada rahim ibu, disini apabila difikirkan dan sebenarnya dapat kita lihat air mani itu terhasil daripada apa? Bukankah daripada perasaan cinta.. kasih sayang.. dan kasih sayang yang dimaklumkan didalam Al-quran itu adalah kasih sayang yang suci, yang luhur dengan akad yang sah.. bukan sesama manusia tetapi ia terus kepada Allah swt.. untuk memindahkan amanah daripada bapa kepada si suami..

segalanya bermula pabila kita sedar asal kejadian kita, bagaimana Allah ciptakan dengan penuh kasih sayang.. kadang-kadang ramai yang pandai buat anak tapi tak pandai nak azan.. isteri baru lepas jihad tu melahirkan anak, tapi si suami tak tahu nak azan pulak akhirnya guna je ipad ker iphone.. bukan sahaja azan yang diinginkan, kadang-kadang dah sedap azan tapi lupa makna.. azan tak payah sedap atau kuat ti  pekak budak tu.. tapi bagi tiup ruh Islami dan cinta Allah itu pada bayi tu daripada hati agar anak tu kenal suara bapaknya ajar dia betapa besar Allah berbanding dunia.. maka apatah lagi cinta sesama manusia bolehkah cinta sesama manusia meniggalkan cintanya kepada Allah, very-very simple, dan dengan cinta yang kita baru kenal sebulan dua sanggup tinggal ibu dan ayah.. kedua ibu bapa, ini reality ini yang berlaku sebab gagalnya kita faham makna kita sebagai seorang muslim..

Pabila cinta yang pertama kita lulus maka cinta yang seterusnya akan menyusur tiba..
Jadi yang manakah yang kita utamakan dalam hidup kita? Jom bermuhasabah..
agar setiap amalan yang kita lakukan adalah kita meletakkannya pada suatu yang tepat..
"Duhai wanita, jagalah pandanganmu dan tundukkanlah hatimu dengan rasa keimanan yang teguh kepada Allah swt. Janganlah kau menyalahkan takdir atas perkara yang kau tidak sukai namun sebaliknya bersangka baiklah pada Tuhan sekalian alam. Mungkin apa yang disukai olehmu tidak menjanjikan kebaikan padamu dan mungkin yang kau tidak sukai itulah yang menjadi perkara terbaik bagimu."

~END~