Sabtu, 29 September 2012

"sepucuk surat MAHASISWA MALAYSIA"

Cerita sepucuk surat MAHASISWA MALAYSIA yang sedang melanjutkan pelajaran di JORDAN untuk YAB Datuk Seri @Najib Razak

Hasanhusaini, (Ustaz Ihsan Fadhli)

Saya tak pandai menulis surat. Saya hanya pandai bercerita. Blog saya juga adalah blog cerita. Ini cerita baru, ini pula cerita lama kalau sudi untuk dibaca. Cerita ini untuk Yang Amat Berhormat Datuk Seri Memanda Perdana Menteri Malaysia, tanah air saya. Juga untuk mereka
yang sudi menadah telinga dan mata untuk membaca lantas menyebarkannya. Demi agama, bangsa dan negara.

Jumaat akan datang, tinggal beberapa hari sahaja lagi. 28 September 2012. Pada hari itu, Kabinet akan bersidang, Memanda Perdana Menteri akan membentangkan bajet kewangan bagi tahun 2013. Bajet yang sedia ditunggu oleh seluruh lapisan masyarakat yang berbilang kaum dan bangsa di Malaysia. 1.3 juta penjawat awam semestinya menjadi orang paling awal tersenyum sambil mendengar bajet diumumkan untuk mereka. Tapi kami...?

Saya terdengar cerita dari Malaysia, setiap kali beralih tampuk kepimpinan mahasiswa di IPT dalam negeri, mereka disediakan dengan sut persalinan lengkap. Saya tak tahu berapa nilainya. Presiden Mahasiswa Malaysia di Jordan hanya memakai jaket bundle. Majlis Perwakilan Mahasiswa dalam negeri juga diberikan bajet tahunan untuk memudahkan proses mereka mengurustadbir hal ehwal ahli di bawah jagaan mereka. Pejabat operasi disediakan oleh pihak universiti secara percuma malah berhawa dingin pula. Mereka bermesyuarat dengan tenang, tanpa pening memikir sumber kewangan untuk mengatur langkah bagaimana ingin menebar manfaat kepada agama, bangsa dan negara.

Petrol di Malaysia jauh lebih murah berbanding di Jordan. Kenderaan awam juga jauh lebih selesa dan terurus berbanding perkhidmatan yang disediakan kepada kami di sini. Perhubungan di Malaysia sangat efektif. Kami hanya ada bas yang akan bergerak apabila penumpang penuh.

Datuk Seri, pada September 2012, Kementerian Pengajian Tinggi telah meluluskan permohonan lebih 1300 pemohon ke Jordan. Dari jumlah itu, lebih 1089 bertandang. Kawan-kawan saya bertungkus-lumus menyambut adik-adik baru yang tak pernah mereka kenali, tapi cukup mereka sayangi. Rumah dan penginapan dicari untuk dihuni. Menyewa van dan bas selepas bertengkar dengan kedegilan arab untuk menyambut mereka di lapangan terbang. Letih dan jerih mereka tak pernah berbayar, Datuk Seri. Mereka berkhidmat untuk Malaysia, tanah air yang mereka cinta. Saya hanya tukang cerita, menyampaikan berita.

Di tempat saya mengaji, Mu'tah University. Pekan kecil yang dipenuhi debu. Rumah kecil 3 bilik dengan dapur sempit dan ruang tamu kosong dan tangki air bersih yang terhad perlu disewa dengan harga lebih RM500. Kebanyakan kami pula datang dengan tanggungan sendiri selepas mendapat izin dari KPT.

Di pekan kecil ini, lebih 700 warganegara Malaysia berteduh. Dengan kesedaran tanggungjawab sosial, sebuah persatuan ditubuhkan untuk memudahkan urusan antara kerajaan Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi, Kedutaan Malaysia Jordan dan Educatian Malaysia Jordan.

Di Persatuan Mahasiswa Malaysia Universiti Mu'tah, juga persatuan lain di Jordan, kawan-kawan saya bekerja tanpa gaji. Kesedaran sosial mereka sangat tinggi. Atas dasar tanggungjawab, mereka rela menipiskan perut untuk berkhidmat. Keluarkan duit poket sendiri untuk tambang bas dan isi minyak demi menghadiri mesyuarat, pertemuan dan taklimat.

Kenapa tak tuntut dari persatuan? Persatuan kami, sangat miskin, Datuk Seri.

Saban tahun, kawan-kawan saya pening, bagaimana ingin dicari sejumlah wang untuk menampung kos pengurusan persatuan kecil itu. Kawan-kawan yang pulang bercuti di Malaysia pula, menebalkan muka memanjat lif dan tangga, menghulurkan surat dan proposal untuk mencari sumbangan dan derma. Kos pengurusan rumah pejabat di pekan kecil Mu'tah menelan lebih RM 20000 untuk setahun. Tidak termasuk dengan program jatidiri, pembangunan mahasiswa, kebajikan dan tanggungjawab sosial yang dilaksanakan.

Itu di pekan kecil bernama Mu'tah, terletak berhampiran dengan kota Karak yang masyhur. Di Irbid dan Amman bahkan Mafraq, kosnya pasti lebih tinggi. Mereka di bandar maju.

Kami ada idea untuk memacu dan men-transformasi-kan ekonomi pelajar Malaysia di Jordan, tapi kami tidak punyai dana dan biaya kewangan.

Datuk Seri pernah mengajar kami, anak muda dan mahasiswa adalah aset penting negara. Mahasiswa pembentuk negara pada masa akan datang. Kami pula sangat yakin akan peranan kami untuk Malaysia. Atas sebab itu, meski kami tahu kami akan letih dan sedih, kami tetap berhijrah ke negeri asing untuk menjana transformasi diri agar lebih maju dan mampu untuk memacu negara pada masa akan datang.

Datuk Seri, saya empati kepada nasib mereka, lantas saya menulis. Saya harap, Datuk Seri turut menaruh simpati kepada kami, rakyat Datuk Seri yang bakal kembali ke Malaysia, menyambung legasi 1 Malaysia. Justeru, apa salahnya andai dicelah ratusan billion yang bakal Datuk Seri umumkan pada Jumaat nanti, selitkan juga barang sejuta dua untuk kami di luar negara. Ianya bakal meringankan beban kami, agar tidak perlu berletih jerih mencari dana saban Ramadhan. Moga nanti, masa keemasan dan pengurusan cemerlang hasil bantuan dan bajet kewangan itu dapat kami tumpukan untuk berbakti kepada agama, bangsa dan negara.

Datuk Seri, saya bercerita tentang Jordan yang saya kenali, tapi sebenarnya, mungkin seluruh dunia saya wakili.

1Malaysia, Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan.

Penulis ialah Naib Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa Malaysia Jordan, Presiden Persatuan Mahasiswa Malaysia Universiti Mu'tah, mantan Yang Dipertua Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan Darul Muttaqin, Mu'tah, Jordan.

"laporan teks ucapan belanjawan bajet 2013"

gambar najib bajet 2013 laporan teks ucapan belanjawan bajet 2013
Pembentangan belanjawan bajet 2013 oleh Perdana Menteri Yab Dato’Seri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak di dewan parlimen yang berlangsung pada pukul 4 hingga 6.30 petang Jumaat 28 September 2012 telahpun selesai dengan jayanya
Antara Intipati bajet 2013 yang membawa tema Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati adalah seperti berikut
  • Peruntukan RM251.6 bilion bagi melaksanakan semua langkah, program dan projek pembangunan
  • RM201.9 bilion diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus dan RM49.7 bilion bagi peruntukkan pembangunan
  • RM58.6 bilion diperuntukkan bagi Emolumen dan RM33.7 bilion bagi perkhidmatan dan bekalan
  • RM30 bilion diperuntukkan bagi sektor ekonomi untuk menampung keperluan infrastruktur perindustrian serta pertanian dan pembangunan luar bandar
  • RM11.1 bilion diperuntukkan bagi sektor sosial termasuk pendidikan dan latihan, kesihatan, kebajikan, perumahan serta pembangunan masyarakat
  • RM4.6 bilion diperuntukkan bagi pembangunan sektor keselamatan, RM2 bilion bagi pentadbiran am dan RM2 bilion untuk simpanan luar jangka
  • Kerajaan akan terus memperhebat pelaksanaan 12 Bidang Keberhasilan Utama Ekonomi (NKEA) negara
  • RM3 bilion diperuntukkan bagi pelaksanaan Projek Permulaan, termasuk RM1.5 bilion bagi projek pertanian seperti kelapa sawit, getah, herba bernilai tinggi dan padi
  • RM500 juta diperuntukkan bagi projek River of Life bagi mengindahkan Sungai Klang, RM300 juta untuk projek pemulihan rangkaian paip dan pembetungan bagi perkhidmatan dan kemudahan air
  • RM358 juta diperuntukkan di bawah perbelanjaan pembangunan sempena Tahun Melawat Malaysia 2013/2014
  • Lanjutan pengecualian cukai pendapatan selama tiga tahun bagi pengusaha pelancongan yang mengendalikan sekurang-kurangnya 750 pelancong asing atau 1,500 pelancong tempatan setahun
  • Memberi penekanan kepada sektor pertanian untuk meningkatkan pendapatan negara dan memastikan kelestarian jaminan bekalan makanan. RM5.8 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
  • RM30 juta diperuntukkan bagi pembangunan program pertanian merangkumi aplikasi penggunaan teknologi tinggi dalam pengeluaran buah dan sayuran, peningkatan bekalan benih berkualiti, kestabilan harga melalui jualan terus dari ladang, pewujudan pasar ikan rakyat serta penambahbaikan institusi latihan pertanian
  • DanaInfra Nasional Bhd akan terbitkan bon runcit bernilai RM300 juta akhir tahun 2012 untuk biayai pembangunan MRT.
  • Perbelanjaan tambahan menerbitkan bon dan sukuk runcit akan diberi potongan cukai dua kali mulai tahun taksiran 2012 hingga 2015
  • Pelabur individu diberi pengecualian duti setem ke atas surat cara yang terlibat dalam urus niaga bon dan sukuk runcit
  • Suruhanjaya Sekuriti perkenal inisiatif Graduate Representative Program dengan sektor swasta bagi melatih 1,000 graduan
  • Peruntukan modal Danajamin ditambah sebanyak RM400 juta dalam tempoh dua tahun. Suntikan ini dapat melipatgandakan nilai terbitan antara RM4.0 bilion hingga RM6.0 bilion
  • RM100 juta disediakan kepada Yayasan Pasaran Modal melalui Tabung Pembangunan Pasaran Modal di bawah kawal selia Suruhanjaya Sekuriti
  • Pengecualian cukai pendapatan bagi tempoh 10 tahun kepada syarikat berstatus Tun Razak Exchange, pengecualian duti setem berstatus TRX Marquee dan pengecualian cukai bagi pemaju hartanah
  • Yayasan Wakaf Malaysia, di bawah Jabatan Wakaf Zakat dan Haji diberi tanggungjawab untuk merangka pelan induk Wakaf Korporat dengan mengambil kira struktur perundangan Agama Islam Negeri
  • RM9.0 bilion atau 43 peratus daripada nilai kos infrastruktur projek MRT diperuntukkan kepada syarikat Bumiputera
  • Dana Pembiayaan Bumiputera berjumlah RM1.0 bilion akan disediakan oleh SME Bank untuk membantu PKS membiayai pengambilalihan anak syarikat milik GLC yang menjalankan aktiviti bukan teras dan telah dikenal pasti untuk dijual.
  • Skim Jaminan Modal Kerja akan dilanjutkan sehingga Disember 2013, dan diperluaskan kepada syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi serta kelayakan manakala dana pemegang saham syarikat ditingkatkan kepada RM20 juta.
  • Pembiayaan TEKUN bagi usahawan kecil dan sederharna diberi peruntukkan RM350 juta termasuk RM50 juta bagi Skim Usahawan Masyarakat India
  • Skim Dana Pembiayaan Harta Intelek berjumlah RM200 juta akan ditawarkan oleh Malaysia Debt Ventures dengan kerajaan memberi subsidi kadar faedah sebanyak dua peratus dan jaminan 50 peratus melalui Credit Guarantee Corporation bagi membolehkan PKS menggunakan harta intelek sebagai nilai komersial dan instrumen untuk mendapatkan pembiayaan.
  • Peruntukan sebanyak RM19 juta bagi program latihan penilai harta intelek tempatan kendalian Perbadanan Harta Intelek serta mewujudkan platform pasaran harta intelek
  • Syarikat yang melabur dalam syarikat subsidiari yang menjalankan aktiviti mengkomersialkan penemuan R&D diberi potongan cukai bersamaan dengan jumlah pelaburan
  • Syarikat subsidiari yang menjalankan aktiviti mengkomersialkan penemuan R&D diberi pengecualian cukai pendapatan sebanyak 100 peratus ke atas pendapatan berkanun untuk tempoh 10 tahun
  • RM2.4 bilion diperuntukkan bagi pemberian subsidi dan intensif pertanian. Bantuan ini termasuk RM480 juta bagi subsidi dan insentif padi yang merangkumi pemberian subsidi harga padi, RM465 juta pemberian subsidi baja padi, RM80 juta insentif peningkatan hasil padi, RM563 juta insentif pengeluaran harga padi, RM528 juta subsidi harga beras dan RM85 juta subsidi benih padi sah
  • Memperkenalkan Skim Perlindungan Takaful Padi kepada pengusaha sawah di bawah 10 hektar, yang dapat memanfaatkan 172,000 pesawah. Buat permulaan kerajaan memperuntukkan RM50 juta
  • RM41 juta diperuntukkan bagi projek Azam Tani bagi memberi manfaat kepada 6,730 peserta keluar daripada garis kemiskinan
  • RM38.7 diperuntukkan kepada Kementerian Pelajaran meliputi peruntukan mengurus dan pembangunan
  • Peruntukkan tambahan RM500 juta bagi meningkatkan kemahiran guru dalam pengajaran subjek-subjek teras, yakni Bahasa Kebangsaan, bahasa Inggeris, sains dan matermatik melalui pendekatan “Higher Order Thinking Skills”
  • Tambahan RM1 bilion lagi kepada Tabung Khas Pembinaan, Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah khusus bagi keperluan mendesak untuk membaik pulih bangunan sekolah, penyelenggaraan, pembelian peralatan dan pembinaan blok tambahan
  • RM1.2 bilion diperuntukkan bagi pendidikan prasekolah termasuk kepada Jabatan Kemajuan Masyarakat, Kementerian Pelajaran, PERMATA dan Jabatan Perpaduan dan Intergrasi Nasional
  • Peruntukkan RM380 juta disediakan di bawah Kementerian Pelajaran untuk penempatan guru prasekolah
  • Kerajaan mencadangkan geran pelancaran RM10,000 kepada penyedia Pusat Pendidikan Awal Kanak-kanak (ECCE) swasta untuk membantu mereka membuka taska baru yang berkualiti. Dianggarkan 1,000 ECCE swasta baru akan mendapat manfaat
  • Potongan cukai dua kali akan diberi kepada majikan yang menyediakan elaun atau subsidi kepada pekerja dan perbelanjaan penyelenggaraan kemudahan taska dan pusat jagaan



"kerajaan masih ‘menggula-gulakan’ rakyat dengan kebendaan, jauh mengajak manusia bagaimana untuk membawa manusia bertaqwa pada Allah".

Read more: http://www.enciknakal.com/2012/09/laporan-teks-ucapan-belanjawan-bajet-2013.html#ixzz27uVY42io

Ahad, 23 September 2012

"Muet: akhirnya lahir kemanisan"


Bismillahirahmanrahim,, Alhamdulillah......................................................................................................
isu dan masalah pelajar dalam menghadapi Muet telah lama dibincang dengan pihak yang terlibat walau ada yang mengatakan tahap muet bukanlah merupakan syarat bagi pelajar untuk grade atau bergraduasi..

namun, mutakhir ini isu Muet muncul dan dibawa oleh para MPP kepada dato NC bagi membincangkan perihal pelajar yang masih tidak melepasi tahap Muet band 3 sekurangnya untuk melayakkan pelajar tersebut bergraduasi. perjumpaan NC bersama pelajar baru diadakan sebelum ini membawa berita baik kepada pelajar-pelajar akhir bagi tahun ini dengan menetapkan syarat bergraduasi adalah hanya band 2, namun ia hanyalah buat tahun ini sahaja.. beratus dan perpuluh duit pelajar yang telah dibelanjakan hanya untuk melepasi Muet band 2, pelbagai inisiatif kelas yang diadakan bagi pelajar dan termasuk dalam yuran pelajar juga. semuanya mempunyai nilaiaan yang banyak hanya untuk melepasi Band 2 dan mendapatkan Band 3.. akhirnya ia turut mempengaruhi ranking universiti hasil daripada permasalahan yang berlaku.

positifnya mungkin universiti ingin menjadikan ini sebagai suatu contoh kepada universiti lain dengan menyerapkan kaedah yang digunakan di universiti ini kepada universiti lain, namun bagi mencapai matlamat tersebut banyak yang perlu dikorbankan dan mahasiswa bukanlah suatu alat yang digunakan sebagai alat ujian dalam mencapai GOAL yang diinginkan dengan memberatkan mahasiswa dengan sesuatu yang tidak sepatutnya, ia mungkin positif dari sudut pemikiran lain akan tetapi berapa banyak yang mahasiswa mampu spend the money for their Muet until the last?

 lastly, setelah hanya berapa kali ambil Muet akhirnya Allah memudahkan segala urusan fi dunya ini, Alhamdulillah.... semoga sahabat yang lain akan turut berjaya mendapat keputusan yang terbaik dalam test Muet mereka yang akan datang, moga kalian dipermudahkan oleh Allah dan banyakkan berdoa, insyaAllah mudahan hasilnya adalah kemanisan di akhirnya..

Sabtu, 22 September 2012

"Plilihan raya kampus pro mahasiswa vs pro aspirasi:Jangan kotori pilihan raya kampus ke-13"


"Plilihan raya kampus pro mahasiswa vs pro aspirasi:Jangan kotori pilihan raya kampus ke-13"



sarotan sejarah "Demam pilihan raya kampus bermula lagi. Pertembungan lama di kampus sejak 1960an antara mahasiswa nasionalis dan sosialis bersambung kembali. Episod baru pilihan raya kampus, bermula antara kumpulan reformis dan transformasi (perubahan) sejak 1999 lagi, ianya berlarutan hingga tahun 2012".

Musim pilihan raya IPT hangat kembali, Pilihan raya kampus mula menghangatkan suasana medan juang mahasiswa/I dengan plbagai manifesto yang dikemukakan kepada mahasiswa/i bagi meyakinkan para pengundi masing-masing, perlu sedar suatu amanh yang akan dibebankan dibahu insan bergelar MPP.

Sedar tak sedar pemilihan calon da bermula dan seterusnya undian akan turut bermula tak lama lagi.. suatu amanat dan amanah.. isu kebajikan pelajar kampus yang telah lama diperjuangkan.. dan pelbagai isu lain yang hanya bicara di perhentian bas dan meja bulat, moga pilihan raya ini tidak hanya sebagai batu loncatan bergelar selebriti mahasiswa namun harus sedar undi yang diberi pada ANDA tidak hanya satu UNDI!

pro-mahasiswa vs pro-aspirasi! dunia  kampus kini hangat dengan pelbagai isu terutamanya pro-aspirasi yang telah menguasai 7 universiti. penglibatan dunia politik kerajaan dan sebagainya, seterusnya ini sekaligus menaikkan semangat pro-mahasiswa dalam mempertahankan kerusi yang ada.


Keputusan Terkini Pilihanraya Kampus 2012

Keputusan yang baru kami perolehi melibatkan keputusan terkini Pilihanraya Kampus 2012:

1.      Keputusan Pilihanraya Kampus di UTeM – Pro Aspirasi menang majoriti.
2.      Keputusan Pilihanraya Kampus di. UniSZA – Pro Aspirasi menang 100%.
3.      Keputusan Pilihanraya Kampus di UiTM – Pro Aspirasi menang 100% (Seperti dijangka. Kubu kuat Pro Aspirasi)
4.      Keputusan Pilihanraya Kampus di UniMAP – Pro Aspirasi menang majoriti.
5.      Keputusan Pilihanraya Kampus di UTHM – Pro Asprasi menang majoriti.

masyarakat mahukan mahasiswa tidak hanya gah bertanding dalam Pilihanraya Kampus tetapi :

1.      Ahli-ahli Majlis Perwakilan yang yang bertanding dan dipilih oleh komuniti mereka mampu mengalas tugas dan tanggungjawab mereka sebagai pelajar dengan menimba ilmu dengan baik dan berjaya
2.      Pastikan semasa di bawah pentadbiran mereka, kebajikan pelajar dijaga termasuklah masalah air, yuran kos yang membankan pelajar, bas, infrastruktur diuruskan dengan baik


"UBAHLAH!!! Diharapkan pemilihan kali ini tidak kira siapa yang menang atau kalah semasa keputusan Pilihan raya Kampus 2012 ini, yang penting kebajikan pelajar terus dijaga tanpa mengabaikan prestasi pelajar di Universiti seterusnya mampu melahirkan bakal pemimpin yang ADA KUALITINYA",

"namun, Baik pelajar, aktivis pelajar, bekas pemimpin pelajar dan orang politik, keputusan pilihan raya kampus yang akan diketahui sebelum pilihan raya umum kali ini adalah begitu penting sekali. Pilihan raya kampus yang ke-13 dan pilihan raya umum ke-13, kedua-duanya akan menjadi penentu masa depan negara. Mahasiswa sudah bijak memilih, kelangsungan negara ini tidak akan diserahkan pada pihak yang tidak sepatutnya, teruskan agenda mahasiswa. Jangan kotori pilihan raya kampus ke-13".
 
Tahniah buat calon yang dicalonkan, sungguhnya harapan pelajar adalah semoga MPP pada kali ini mampu diumpamakan sehebat pejuang-pejuang ISLAM yang mana matlamatnya tidak pada nama dan harta, bahkan meninggikan kalimat Allah, amar ma’ruf nahy munkar.. tidak tunduk kepada pemerintah yang zalim dan mampu mengerakkan nadi ummat MAHASISWA bersama dalam USRAH menbina jasmani dan rohani insan agar mampu meneraju bersama Universiti Sains Islam Malaysia USIM dalam mematangkan mahasiswa minda kelas pertama.. no more 3K(kampus, kuliah dan katil).

Faculty of Leadership And Management
"Leading the way of life" 
universiti sains islam malaysia 2012