Rabu, 13 Julai 2011

Result??



" Result..!! HUH berapa la aku dapat ni, lebih baik aku gi check dulu kat internet..
oo.... huuuu..... hmm..... berpusing dan terus bermain di minda, itulah yang terjadi tatkala kita bakal memperolehi result..

kadang-kadang takut pun ada, terfikir berapa result yang akan dapat nanti ni?? meningkat atau menurun?? makin baik or tidak?? kebimbangan sentiasa cuba mngintai jendela kerisauan seorang manusia, namun segalanya telah tertulis, termaktub.. itulah yang dicoretkan..
adakah kita tak dapat nak mengubahnya, betul, setiap sesuatu itu memang telah ditetapkan oleh Allah swt, ajal maut, jodoh pertemuan dan rezeki.. semuanya memang dah ditentukan Allah swt, namun ingatlah Allah swt juga mampu mengubahnya berdasarkan segala usaha yang kita usahakan dalam hidup ni.. andai usaha itu terbaik, maka terbaiklah hasilnya.. umpama kita mempunyai sebidang tanah yang sangat luas, tapi dibiarkan sahaja tergendala tanpa ada usaha untuk mengerjakannya, maka hasilnya adalah tanah itu akan menjadi hutan dan tempat yang terbiar dipenuhi semak samun dan haiwan berbisa, ia jauh berbeza pula andai tanah itu kita usahakan dengan setiap keringat titik peluh kita, nescaya buah hasilnya adalah lumayan dan ia bakal mengubah cara hidup kita dan mampu membantu golongan yang menganggur.. segalanya bermula sebagaimana cara kita berfikir.. " the way of thinking, change your life ".

walau apa pun jangan biarkan diri berasa resah gelisah bagai badai menerpa tiba, setiap yang Allah beri pada kita adalah suatu yang terbaik buat kita, sentiasalah BERDOA dalam solat, doa itu tandanya kita adalah seorang hamba yang lemah dan memerlukan pertolongan dari Allah, doa itu mampu mendekatkan seorang hamba pada yang ESA, kerna ia merupakan penghubung bagi memohon, mengadu segalanya kepada Allah swt.. kekadang kita malu menceritakan setiap sesuatu kepada kawan, teman rapat dan sahabat.. tempat yang terbaik untuk dilontarkan atau diluahkan segalanya adalah meluahkan atau menyampaikannya melalui doa, ssungguhnya Allah Maha Mendengar setiap aduan hambanya.. kerna kita adalah HAMBA-NYA, dan jadilah HAMBA yang BERSYUKUR .. perkongsian rasa juga pada ayah dan bonda, mereka juga lebih mengerti.. kerna kita adalah anak, penyejuk mata mereka.. walau apapun keputusan, mereka tetap memberi sokongan, mengukir senyuman.. agar kita faham dan mengerti bahwa andai ada bola api marah yang dilontar ia bukan api kemarahan semata, tapi motivasi agar kita berfikir.. dan berfikir.. semoga kita positifkannya dalam hidup dan tingkatkan usaha, yang bulat tak datang bergolek, dan yang pipih tak datang melayang.. mulakan perubahan, kerna ANDA mampu MENGUBAHNYA " MASA DEPAN ".

Janganlah pula kita lupa berdoa pada ibu bapa, berdoalah untuk mereka.. yang sentiasa turut mendoakan kita tanpa mengira masa dan usia dalam setiap doamu, semoga result yang kita dapat ini mampu mengukirkan kuntum senyuman diwajahmu IBU dan AYAH.. perkongsian buat adik-adik yang terbaik.. semoga berjaya sume.. "buat teman" semoga kalian juga dapat result exam yang terbaik, seterusnya buatlah result, keputusan yang terbaik dalam hidup anda..:) semoga berjaya di DUNIA dan AKHIRAT.. BerUSAHAlah, sesungguhnya tanpa usaha semuanya adalah sia-sia, berDOAlah, sesungguhnya DOA itu senjata orang yang BERIMAN, TAWAKKALlah pada Allah, sesungguhnya dirimu dekat dengan-NYA.. sentiasalah kita cuba menjaga hubungan antara manusia, lebih-lebih lagi hubungan kita dengan PENCIPTA, "HABLUM MIN NAST, HABLUM MIN ALLAH".
"PERKONGSIAN BERSAMA, MUHASABAH BERSAMA".....

Khamis, 7 Julai 2011

Menjelajah thailand



" Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Pengasih Diatas Segala Kurniaan-NYA Pada Diri Ini Dan Keluarga TerCinta.."
Dengan Rahmat Dan Rahim-NYA dapat Ana dan sekelurga menjelajah, makan angin kat bumi Thailand selama 4malam, seronok jugak sekali sekala merantau bersama family ni.. hehe
naik bot.. naik keta.. naik moto plak.. nasib bek tak naik lembu je aritu, nak buat camne, tengok je lembu tu da nak serang.. huhu.. penat.... penat..... :P
first time tiba sana terus ingat makan je, nak buat camne.. makanan semuanya sodap-sodap..!! huh.. murah gi tuh.. untung-untung.......... duit habis sikit, tapi makanan belambak cam bukit.. malam first sampai pown da macam bukit perut rasanya, nak buat camne, makan banyak.. haha
ni la katakan rezeki, ujan emas di negeri orang, ujan batu di negeri sendiri.. memang emas nihh, waduh-waduh....
barang kat sini cam pistol.. murah sangat, cam beli satu dapat satu... :) terkejut pown ada gak, suka ada.. senyum sorang pown ada... adoi!! bukan sakit, tapi sakit mata tengok urah sangat, kang beli satu treler kan tak balik nanti, nikmat-nikmat.... rahmat-rahmat.... subhanallah... indahnya hidup ini Ya Allah Ya Tuhanku.. Alhamdulillah dan syukur ku panjat kan pada-MU ya Rabb atas segalanya..
kalau ana nak citer sume sini sume tak habis ni.. sapa-sapa yang suka melancong melihat kebesaran Allah di bumi Allah nih, teruskan minat,, " jauh perjalanan, luas permandangan, indah ciptaan, anugerah Tuhan ", insya Allah dalam beberapa minggu lagi ana dan family akan merantau lagi, semoga dipermudahkan akan segalanya.. amiinn.. " Usrati, Jannati " :)