Selasa, 21 Jun 2011

Hikmah Berdiam Diri

Renungan

Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kpd manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati org lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka Allah SWT.

Bagi mereka yg beriman, lidah yg dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan utk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan utk mengeluarkan mutiara-mutiara yg berhikmah.

Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia drp mengucapkan perkataan yang sia-sia.

HIKMAH DIAM

1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
2. Perhiasan tanpa berhias.
3. Kehebatan tanpa kerajaan.
4. Benteng tanpa pagar.
5. Kekayan tanpa meminta maaf kpd orang.
6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7. Menutupi segala aib.

HADIS RASULULLAH S.A.W TENTANG DIAM:

* "Barangsiapa yg banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yg banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yg banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya". ( RW ABU NAIM )

* "Barangsiapa yg beriman kpd Alah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yg baik atau diam". ( RW BUKHARI & MUSLIM )

* "Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya".( RW AT-TARMIZI )

MADAH HUKAMA' :

* BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH, BANYAK CAKAP TIDAK SEMESTINYA CERDIK, KRN KECERDIKAN ITU BUAH FIKIRAN, ORG CERDIK YG PENDIAM LEBIH BAIK DR ORG BODOH YG BANYAK CAKAP.

* MENASIHATI ORANG YG BERSALAH , TIDAK SALAH. YANG SALAH MEMIKIRKAN KESALAHAN ORANG..

* KALAU ORG MENGHINA KITA, BUKAN KITA TERHINA, YG SEBENARNYA ORG ITU MENGHINA DIRINYA SENDIRI.

Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dgn diam. Jalan yg terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap! kearah perkara2 yg baik. Bicara yg baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kpd kekuatan iman pada diri manusia.

Rabu, 15 Jun 2011

Cinta Manusia Biasa


"cinta?"

hayati bersama,

“…seorang pemuda yang pertama kali jatuh cinta kepada si dia, pada masa itu perasaan ingin disayangi dan memberi kasih sayang bermula.. pemuda itu merasakan perasaan yang indah bagai baru lahir dalam diri, setiap kerinduan yan berputik, kasih sayang yang mekar, gelak ketawa dan kesedihan pelangi bersama.. disitulah saat indahnya sebuah percintaan bermula pada pemuda ini. Bagaikan bermandikan embun, tidur dirembulan, mimpi mengukir senyuman..

Seorang yang rajin, suka berdikari, tidak suka mengharapkan sesuatu, taat pada ibu bapa dan agamanya.. setiap kerja yang diberikan disekolah pasti dihabiskan murajaahnya dan mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.. semua guru yang mengenalinya disebab sikapnya yang menghormati guru dan baik dengan sahabat-sahabat tanpa ada perbezaan antara satu sama lain, kerna disana tiada berbezaan antara mereka kecuali “ TAKWA “.

Setiap kali masuk waktu solat hatinya mengerakkannya pada yang wajib dalam ibadat, bagai mata sentiasa di jam tangan.. zikir yang tidak mungkin sekali-kali ditinggalkan walaupun ianya sunat, kerna padanya sunat itu akan lebih menyempurnakan yang wajib dan pahala yang lebih dalam beribadat, tiada siapa yang rugi dan tiada kerugian disisi Allah walau hanya sedikitpun.. Al quran yang dibaca dengan segala kelebihan yang terdapat pada isi Al quran itu..

Cintanya semakin indah walau hakikatnya dia belum pernah merasakan “ kasih sayang “ perhatian dan ambil berat terhadap dirinya daripada seorang perempuan yang ajnabi.. hidupnya semakin indah dan sentiasa terikat dengan handphone digengaman walau dimana saja, hatinya bagai terikat suatu yang tidak dapat dilihat yang bersifat subjektif ia adalah “ cinta “…

Cinta ini mula berbunga setelah Berjaya mengikat hati pada si dia, seterusnya ia membawa pemuda ini dalam lamunan cinta fantasi.. dari solat pada waktunya dahulu berkurang lambatnya sesaat, andai al quran sahabat yang paling dekat kini tinggi ketingkat almari, andai dahulu kawan dan pelajaran didahulukan sekarang hati si dia terikat, andai dahulu suruhan ibu diikuti, saat ini alasan berperingkat.. segalanya semakin suram pada jiwa pemuda yang belum mengenal dan membezakan apa itu cinta dalam istilah “ couple ” dan apa yang dia harus beri keutamaan dalam kehidupannya… sesuatu yang lebih “Awwaliyat “.

Adakah hidup ini untuk cinta manusia semata sehingga dia terlupa,, bahawa Allah itu lebih menyayanggi dirinya, jangan sampai Tuhanmu menyapa dengan azab dan seksa, ibu yang selalu menjaga semasa kecil, mendidik sehingga kita mengenal dunia, membelai rasa sehingga seekor nyamuk pun tidak mampu mendarat pada badan kita.. adik-adik yang menjadi tempat berhibur dan bermain bersama walau kadang-kadang ada tangisan berbunyi, ia suatu kenangan yang indah dalam hidup ini, adakah kita mengerti hakikat realiti antara kasih insani..

“ Sesungguhnya tidak sempurna imam seseorang kalangan kamu sehingga kamu mengasihi saudaramu,,“ cinta yang hadir ini adalah fitrah pada jiwa setiap jiwa keturunan ADAM A.S.. namun, dimana dirimu paksikan dan pacakkan cinta itu, adakah tepat pada tempat dan masa yang sepatutnya.. jangan biarkan dirimu diselubunggi “cinta nafsu”. Indahnya “CINTA ILAHI” semoga diri-MU lebih ku dekati..

Isnin, 13 Jun 2011

Menjadi Hebat Dengan Cinta

Assalamualaikum.

Setiap insan pasti bercita-cita untuk menjadi hebat, malah ada yang cemburu kerana kagum terhadap orang-orang yang hebat. Hebat mungkin sesuatu yang subjektif, namun di sini yang ingin dibincangkan adalah kehebatan IMAN kita apabila mencintai Allah S.W.T.

Sesungguhnya, orang yang benar-benar cinta kepada Allah itu berbeza dengan orang yang hanya tahu tentang Allah. Tahu kewujudan-Nya, tahu Allah yang menciptakan segalanya. Orang yang benar-benar cinta kepada Allah akan sentiasa bersedia untuk melakukan segala suruhan-Nya dan menjauhi apa yang dilarang-Nya, sekalipun dilingkungi kesukaran dan cabaran.

Bagaimana untuk melahirkan rasa CINTA itu?

Adapun, orang yang bercita-cita mahu mencintai Allah merasakan tidak cukup dengan hanya mengetahui dalil-dalil tentang kewujudan dan kebesaran Allah, namun lebih dari itu. Mereka akan sentiasa memikirkan kehebatan ciptaan-Nya serta tadabbur hingga tumbuh rasa cinta di dalam hati. Ini dipanggil 'khawash', iaitu mengenali Allah S.W.T melalui rasa hati secara mendalam. Apa sahaja yang dilihat di alam maya dirasai oleh hati bahawa Allah adalah penciptanya. Lantas apabila melihat keindahan alam, hati terus berbisik "Lebih indah lagi Syurga Allah." Apabila merasa lazatnya makanan, hati berbisik "Lebih lazat lagi makanan di Syurga Allah.." Dan jika merasai kesengsaraan atau kesakitan di dunia, hatinya mengingatkan bahawa lebih dahsyat lagi seksa di akhirat.

Orang yang beriman melalui hati yang amat mencintai Allah disebut "Syighaful Qalbi", iaitu orang yang fikiran dan hatinya hanya untuk Allah. Mereka sudah mencapai tahap mahabbatillah yang lebih tinggi dari tahap 'khawash', iaitu tahap 'khawasul khawash' dan Nabi Muhammad sendiri adalah contoh terbaik yang telah mencapai tahap kecintaan ini.

Belajar tentang CINTA daripada Sirah

Sekembalinya Nabi Muhammad S.A.W. dari Isra' Mikraj, baginda bertemu sepupunya Ummi Hani. Baginda menceritakan segala peristiwa Isra' Mikraj kepadanya dan Ummi Hani menggelengkan kepala dengan rasa hairan dan sedih terhadap cerita yang disampaikan oleh baginda Rasulullah S.A.W.

Baginda S.A.W. berhasrat untuk memberitahu penduduk Makkah tentang peristiwa agung itu, namun Ummu Hani meminta baginda membatalkan hasratnya itu. Menurutnya, jika sebelum peristiwa Isra' Mikraj sudah ramai penduduk Makkah membenci Rasulullah, apatah lagi setelah Baginda menghebahkan cerita Isra' Mikraj itu. Pasti bertambah kebencian orang ramai terhadap Nabi.

Namun, bagi seorang rasul yang hatinya sentiasa sarat dengan rasa cinta yang mendalam terhadap Allah S.W.T., maka baginda tidak mempedulikan apa jua gertakan, ancaman dan kebencian manusia terhadapnya. Baginda merasakan ianya suatu KEWAJIPAN bagi dirinya untuk menyampaikan sesuatu daripada Allah kepada umatnya, dan itulah bukti kecintaan baginda kepada Allah S.W.T.

Muhasabah: Hebat, Cinta, Taqwa

Hebatnya penangan CINTA yang sebenar-benar cinta, iaitu kepada ALLAH, Tuhan seru sekalian alam. Dengan mahabbatillah (cinta kepada Allah), kita akan menjadi hebat. Mungkin tidak di mata sesetengah manusia, namun hebat di pandangan Dia, dan untuk menjadi hebat atau mulia di sisi Allah, hanyalah dengan TAQWA, yang pastinya tidak dapat dipisahkan dengan CINTA kepada Allah. Firman Allah dalam Surah Al-Hujurat, ayat 13:

"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal."

Sabtu, 11 Jun 2011

Itu Bukan Jalan Dakwah

سم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين , أما بعد

Perjalanan sebagai seorang naqib atau naqibah merupakan suatu jalan yang cukup mencabar serta betul-betul menguji ketahanan diri. Seringkali kita sebagai nuqaba' atau naqibat mengharapkan kalau boleh setiap hari, jam bahkan detik, hidup ini sentiasa dalam keadaan yang menyoronokkan dan menggembirakan hati. Apa yang saya maksudkan disini ialah hidup sebagai seorang yang senang, tiada yang marah, semua orang suka, selalu dipuji, selalu dirai, selalu disapa, selalu dihargai dan sebagainya.

Tapi, percayalah wahai nuqaba' dan naqibat sekalian, sebenarnya jalan yang kita pilih bukanlah jalan yang mempunyai sifat-sifat yang sedemikian. Jalan yang kita pilih adalah jalan dakwah dan tarbiyah iaitu jalan yang pasti tidak ramai yang akan melaluinya.

Firman Allah SWT dalam Al-Taubah ayat 42 :

"Sekiranya apa yang kamu seru kepada mereka mempunyai keuntungan yang mudah diperolehi dan perjalanan yang tidak seberapa jauh, nescaya pasti mereka akan mengikutimu, tetapi apa yang kamu seru ini adalah sangat jauh dan terdapat duri kesusahan".

Kadang-kadang hidup kita akan diuji dengan Istiqamah. Itulah ujian yang selalu saya rasai sejak ditaklifkan menjadi naqib membawa usrah sejak daripada sekolah menengah lagi.

Bukan senang untuk istiqamah dalam jalan dakwah. Saya akan senaraikan sebahagian istiqamah yang perlu ketika membawa dakwah dan usrah.

1) Istiqamah untuk menjalankan usrah setiap minggu.
2) Istiqamah untuk mengenali anak usrah.
3) Istiqamah dengan manhaj usrah yang kita sampaikan.
4) Istiqamah dengan mengamalkan ilmu yang dipelajari.
5) Istiqamah dengan pembacaan kitab-kitab ilmu dan ktab-kitab haraki.
6) Istiqamah dengan usaha melebihkan diri berbanding dengan anak usrah.
7) Istiqamah untuk sentiasa berada dalam jalan Nuqaba'.

Ulama' sufi yang haraki sering memberi pesanan bahawa istiqamah dalam keimanan kepada Allah SWT dan menyampaikan agamanya akan menghasilkan 3 perkara sepertimana yang disebutkan dalam al-Quran.

1) Berani
Iaitu tidak akan berasa takut dengan keimanan dan kerja yang kita lakukan.

2) Ketenangan
Iaitu tidak akan berasa sedih dengan gerak kerja yang kita lakukan.

3) Optimis
Iaitu suatu semangat yang berapi-api oleh kerana dijanjikan dengan balasan syurga yang penuh dengan nikmat.

Wahai nuqaba' dan naqibat sekalian.

Syaitan akan menghasut manusia daripada pelbagai sudut dan keadaan. Kalaulah kita sebagai seorang yang miskin, maka dia akan datang sebagai seorang yang miskin. Kalau kita sebagai seorang ulama' maka dia akan datang sebagai seorang ulama'. Kalau kita sebagai seorang yang berpangkat, maka dia akan datang sebagai seorang berpangkat. Begitu jugalah kita sebagai seorang naqib atau naqibah, pasti dia akan menguji kita sebagai seorang naqib atau naqibah. Waktu itulah kita akan merasakan bahawa "aku adalah seorang yang hebat sebab pandai bercakap, berhujah, dan mencernakan pemikiran. Maka timbullah riya', sum'ah, ujub dan sebagainya.

-Aku hebat sebab mampu membaca kitab-kitab arab.
-Aku hebat sebab mampu berceramah dan memberi tazkirah di hadapan khalayak ramai.
-Aku hebat. Oleh sebab itulah aku dipuji, disanjungi dan disantuni.

Firman Allah SWT dalam Al-A'raf ayat 17 :

"Kemudian pasti aku (syaitan) akan mendatangi mereka (manusia) dari depan, dari belakang, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur".

Wahai nuqaba' dan naqibat sekalian,

Ketika kita mengharapkan agar senantiasa dipuji dalam hidup, dihargai, disantuni dan seumpamanya, apakah kita mengharapkan semuanya itu datang daripada jiwa yang tulus, jujur dan ikhlas atau sekadar menyedapkan mata dan telinga? Jika kita mahu pujian dan semua itu hanya sekadar untuk menyeronokkan penglihatan, maka sebenarnya kita telah berjaya meraihnya, bahkan berlebihan.

Tetapi, apabila timbul perasaan-perasan tersebut tersebut dalam jiwa nuqaba' dan naqibat, maka sudah tiba masanya fatrah kefuturan dan fatrah perubahan bukan lagi sebagai seorang naqib dan naqibah. Kerana jalan tersebut tidak menguntungkan aku. Tidak menjadikan aku sebagai seorang yang dipandang mulia.

Selamat tinggal jalan dakwah.
Selamat tinggal jalan tarbiyah.
Selamat tinggal jalan yang penuh dengan duri-duri kesusahan.
Selamat tinggal jalan yang selalu mengalirkan air mata.
Selamat tinggal jalan yang belum pasti kesudahannya.

Saya teringat ketika perbahasan berkenaan ciri-ciri seorang kepimpinan islam, Sheikh mendatangkan contoh sirah Khulafa' ar-Rasyidin sebagai teladan bagi pimpinan. Satu kata-kata yang diucapkan oleh seorang sahabat besar Nabi SAW iaitu Saidina Abu Bakar As-Siddiq. Ucapan pertama beliau ketika menggantikan Rasulullah SAW sebagai khalifah umat islam ketika itu…..

"Sesungguhnya aku bukanlah seorang yang paling layak untuk menduduki takhta sebgai seorang khalifah, tetapi aku diberikan taklifan untuk memimpin kamu semua. Maka taatilah aku selagi mana aku tidak menyuruh kamu melakukan maksiat kepada Allah SWT. Dan perbetulkanlah aku sekiranya aku melakukan perbuatan yang dilarang oleh Allah SWT."

Wahai Nuqaba' dan Naqibat sekalian.

Sebenarnya inilah salah satu ciri-ciri kepimpinan islam. Tidak mengharapkan pujian dan sanjungan daripada orang ramai. Sentiasa bersedia untuk ditegur sekiranya melakukan kesalahan. Sentiasa berpegang dengan prinsip dan mauqif demi untuk mencapai hadaf dan matlamat.

Oleh kerana itu, janganlah membina tembok ketahanan diri dengan mad’u yang sentiasa memuji dan menyanjungi kita tetapi pasakkanlah ketahanan diri dengan sifat-sifat para alim ulama' dan sifat-sifat para pejuang Allah SWT. Mereka lansung tidak mengharapkan pujian dan sanjungan daripada orang ramai kerana mereka tahu bahawa…..


Itu Bukan Jalan Dakwah

Wallahu A’lam

Jumaat, 10 Jun 2011

Bekerja dengan Allah..?

assalamualaikum w.b.t.. syukur pada Ilahi atas segala pemberianNYA, Rahmat dan Rahim pada hamba ini, semoga kita sentiasa diberkati Allah s.w.t..dalam meneruskan kehidupan, hari ini
sama-sama kita jadikan ia lebih baik daripada semalam.
“... Sesungguhnya, orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (al-Hujurat [49]: 13)

Bekerja dengan Allah? itulah ungkapan yang dikeluarkan oleh seorang hamba Allah yang mana perjalanannya dipenuhi perjuangan dan menjadikan setiap perkara sebagai medan untuk berda'wah, keajaiban janji Allah pada setiap hambanya yang beriman dan beramal soleh, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan..

firdaus: kau buat apa sekarang?? itulah ungkapan yang selalu diterima dan ditanya oleh rakan-rakan setelah cuti sem bermula.

rahman: maksud kau buat apa, kerja ker??

firdaus: ye la.. sekarang ramai student lain merebut-rebut cari keje part time, kau tak ingin ker..

rahman: errr.. emmm...

firdaus: errr... emmm... pe tu, lain macam bunyi..

rahman: tak der ar.. aku keje..

firdaus: keje?? bila kau keje?? keje apa?? aku tak tahu pun, kau ni.. dengan kawan pun senyap-senyap tak citer ngan aku doh..

rahman: takder ar.. aku kerja dengan Allah..

firdaus: ekk... kerja dengan Allah? biar betul kau ni, cam mana pulak kau kerja dengan Allah.. ada ar kau, aku serius tanya kau main-main pulak..

rahman: betul.. kita semua kerja dengan Allah dalam beribadat, andai semua kerja seharian yang kita lakukan kerna Allah, niat kerna Allah.. tu lah kerja dengan Allah.. aku sibuk dengan kem untuk adik-adik sekolah aku.. ni lah salah satu medan da'wah yang Allah sediakan sebagai ujian untuk aku, peluang aku berkhidmat untuk Allah sebagai hambanya, semoga kita menjadi hamba yang bersyukur..

firdaus: ramai orang cari keje kat luar, kau pulak lain.. ish ish ish..

rahman: itulah erti hidup pada memberi sahabatku, aku bukan tak nak cari keje kat luar.. cuma aku dan sahabat yang lain terpikirkan adik-adik kat sekolah dulu, kalo bukan kita sape lagi nak tunjuk ajar dan pimpin diaorang sume..

firdaus: betul-betul.. semoga semua keje yang kita buat diberkati dan dirahmati Allah, mujahidin fi sabilillah kawan..

rahman: haha... fi mardhotillah....

firdaus: Aminnn......:)

“Sesungguhnya, Kami menurunkan kepadamu Kitab (Al-Qur`an) dengan (membawa) kebenaran. Maka, sembahlah Allah dengan memurnikan ketaatan kepadanya. Ingatlah, hanya kepunyaan Allahlah agama yang bersih (dari syirik)....”
(az-Zumar [39]: 2-3)

“Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keridhaan) Allah, tetapi ketaqwaan dari kamulah yang dapat mencapainya. Demikianlah Allah telah menundukkannya untuk kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. Dan berilah kabar gembira kepada orang-orang yang berbuat baik.” (al-Hajj [22]: 37)

" ma'ani ukhuwah "

Yang aku mahu dengan Ukhuwwah itu ialah hati-hati dan ruh-ruh diikat dengan ikatan Aqidah. Aqidah adalah ikatan yang paling kuat dan mahal. Ukhuwwah adalah adik beradik kepada Iman, sedang perpecahan adalah adik kepada Kekufuran. Kekuatan pertama ialah kekuatan Kesatuan. Tidak ada kesatuan tanpa kasih sayang. Minina kasih sayang ialah berlapang dada. Maksima kasih sayang ialah Ithar (mengutamakan seseorang melebihi diri sendiri).

“Sesiapa yang selamat dari kebakhilan diri sendiri, mereka orang-orang yang berjaya”

(Al-Hasyr).

Seorang akh yang jujur (dalam Ukhuwwahnya) melihat ikhwahnya lebih utama pada dirinya dari dirinya. Ini adalah kerana sekiranya dia tidak bersama mereka, dia tidak akan dapat bersama selain mereka. Sedang mereka pula, jika tidak bersama dia, mereka bersama selain dia. Hanyasanya serigala memakan kambing yang bersendirian.

“Orang mukmin dengan mukmin yang lain seperti sebuah binaan yang saling kuat menguat antara satu sama lain” (Hadis). “Orang-orang beriman lelaki dan perempuan adalah wali (penolong) diantara satu sama lain”

(Al-Quran).

Beginilah kita sepatutnya.

[Imam Hasan Al-Banna]

Rabu, 8 Jun 2011

Program ITQAN " 15 Tips Fasilitator Cemerlang "

assalamualaikum.. ..bersyukur kehadrat Ilahi diatas segala limpah Rahmat dan kurnian-NYA yang tidak mampu dihitung pada insan ini.

Alhamdulillah, pagi tadi ana bersama adik-adik ana hadir di satu program yang dianjur oleh Itqan training and consultant di Cabang 4 Binjai, 8jun2011. walaupun sampai lambat tapi Alhamdulillah pihak Itqan sanggup tunggu, syukran jazilan pada semua yang terlibat pagi tadi lah ana ucapkan.. program tadi sungguh menarik bagi ana dengan beberapa selingan video yang ana kira iklan 5minit :) para sahabat baru yang ana dapat hari ini semoga antum semua dan ana dapat lagi join program seumpama ini dimasa hadapan dan ukhuwwah yang Allah S.A.W. jalinkan dan pautkan pada hati-hati kita moga berterusan walaupun hanya 3jam kita bertaaruf sesama tadi, bergelak disepanjang program dan enjoy bersama dengan perkongsian oleh a.kamal dan jurukamera kita a.anuar, ana harap ayah hen, ams, ayu dan nurul dapat sedikit sebanyak manfaat daripada program 15 tip fasilitator cemerlang dan sama-samalah kita improve kan diri kita bersama.

antara 15 tip fasilitator cemerlang ialah:

1-ucapan pengenalan.
2-senyum.
3-kemahiran menegur.
4-selalu bersetuju.
5-jangan suka berdebat.
6-ucap happy birthday.
7-pakaian yan sesuai.
8-"mengurat bakal mertua".
9-jangan potong percakapan.
10-hargai kepandaian orang lain.
11-jauh syok sendiri.
12-ucap terima kasih.
13.jangan takut salah.
14-muzik paling merdu.
15-fahami bahasa badan.

semoga perkongsian 15 tip fasilitator cemerlang ini dapat dimaafaatkan bersama, satu yang kita tahu, 10 lagi kita mungkin tak tahu, sama-samalah memanfaatkan setiap ilmu, idea dan perkongsian agar ia lebih bermakna dengan amal.
buat sahabat-sahabat ana.. ukhuwwah fillah, semoga kita berjumpa lagi...... syok study best :)

Selasa, 7 Jun 2011

Memimpin Wanita

Jangankan lelaki biasa,nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.
Tanpa mereka,fikiran dan perasaan lelaki akan resah.
Masih mencari walau ada segalanya.
Apa yang tiada dalam syurga?
Namun adam tetap rindukan hawa.

Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok.
Untuk diluruskan oleh lelaki.
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.


Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah,
Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah.
Didiklah mereka dengan panduan dariNya.
Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta,


Kerana nantinya mereka semakin liar.
Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan,


Kerana nantinya mereka akan semakin derita.
Kenalkan mereka kepada Allah,zat yang kekal
Di situlah punca kekuatan dunia.


Akal senipis rambutnya,tebalkanlah ia dengan ilmu.
Hati serapuh kaca,kuatkanlah ia dengan iman…
Perasaan selembut sutera,hiasilah ia dengan akhlak.


Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya…
Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rab…
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan..
Ia bukan diskriminasi Allah…sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah…

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya…
Pasti tidak akan terhibur,dan tidak akan menghiburkan…
Tanpa iman,ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus…
Bahkan akan semakin membengkok…
Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya…


Bila wanita menjadi derhaka…pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara….
Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata…
Tapi binalah kepimpinan…
Pastikan sebelum wanita menuju ilahi,pimpinlah diri kepadaNya…
Jinakkan diri kepada Allah…
Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu…
Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra’
Seandainya dirimu tidak sehebat saidina Ali karamallahuwajhah