Rabu, 25 Januari 2012

"Mahasiswa! Bangkit..!! "



Perlembagaan Persekutuan, Perkara 10 Fasal Kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan;

(a) tiap-tiap warganegara berhak kepada kebebasan bercakap dan bersuara;

(b) semua warganegara berhak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata;

(c) semua warganegara berhak untuk membentuk persatuan.


Kita turun bukan untuk membangkang atau menggulingkan penguasa yang sah, tetapi kita turun sebagai kuasa ketiga yang memberikan alternatif. Kita menyokong dengan prinsip, kita mengkritik untuk menegur. Kita wajar menzahirkan pandangan, kerana mahasiswa ialah ikon pemilik minda gred A yang dimiliki negara. Jangan kita tolak peluang untuk jadi sebahagian daripada lipatan sejarah kebangkitan.

Kita berikan semula nyawa kepada gerakan mahasiswa. Kita laungkan slogan mahasiswa. Kita kejutkan lena masyarakat dengan jeritan suara dan idea kita. Student Power ! Itulah slogan yang tak akan pernah sepi hingga menjelangnya hari kiamat. –GZDaily


" Jangan menyerah… Tiada seorang pejuang yang mudah menyerah…  Semoga semua orang yang berhubungan dengan kita, akan dapat menghargai perjuangan kita  untuk melangkah ke arah yang lebih terang, baik, damai, dan tenang..  Masa lalu biarlah berlalu, sambutlah masa depan yang ceria, dengan memperbaiki diri kita yang sekarang.Tidak perlu dengar “apa kata orang” tetapi dengarlah “apa kata hati mu” Tentunya,  mendengar dari  kata hati yang tidak akan ‘makan hati’…”.