Sabtu, 24 Disember 2011

"Musim Memerah Otak.. :-) "

assalamualaikum wbt..
Bismillahi rahmani rahim... selawat dan salam atas junjungan Nabi Muhammad saw serta keluarga dan sahabat baginda.
"man jadda wajada"
Maksud : “Sesiapa yang bersungguh-sungguh akan mendapat kejayaan.”
"better late than never". berusahalah walaupun last minute, daripada tiada sedikitpun.. insyaAllah, Allahlah yang memberikan akan pemahaman akan ILMU-Nya pada sesiapa yang dikehendakinya.. CHAIYOK!!
tetapkan matlamat Lillahi taala, agar ilmu yang kita dapat bukan sekadar 4flat yang kita score, tapi lebih dari itu..
"bidikan yang paling tepat ialah bidikan orang yang mempunyai Matlamat".
"study smart, but not too hard"


Rabu, 21 Disember 2011

"Cinta aku pada si dia"


Cinta itu buatkan
Cinta utamaku lemah
Cinta aku pada si dia
Buatkan cinta aku pada Tuhan
Allah Yang Maha Esa..
Buatkan cintaku pada Rasulullah
Kekasih Yang Maha Kuasa
Buatkan cintaku pada agama
Islam yang gah agung
Buatkan cinta aku pada iman
Nur yang sentiasa terang
Seakan-akan goyah
Umpama meniti jambatan rapuh
Yang kalau-kalau ditiup angin kencang
Rebah sujud sia-sia ke bumi
Cinta aku pada si dia
Mencalar kotor pada pahalaku
Bertambah erat pula
Pegangan si dosa-dosa
Cintaku pada si dia
Buatkan jiwaku resah
Bernanah dengan maksiat
Zina mata, zina hati
Buat aku terus-terusan gelisah
Melihat pasangan lain
Melayari bahtera durjana
Yang kononnya indah
Walhal aku tahu
Halal haramnya...
Meskipun aku tahu
Baik buruknya...
Sungguhpun aku tahu
Azab dan siksanya...
Bukankah cintaku aku pada si dia
Harus bawaku dekat
Ke kota pujaanku...syurga
Bukankah cinta aku pada si dia
Harus jauhkan aku sejauh-jauhnya
Dari neraka yang pedih azabnya
Jadi...
Mana mungkin cinta ini
Cinta aku pada si dia
Adalah cinta bisikan Allah
Mana mugkin cinta ini
Cinta aku pada si dia
Adalah cinta yang bisa buatkan aku
Bahagia dunia akhiratnya
Mana mungkin cinta ini
Cinta aku pada si dia
Adalah suci, tulus dan perawan
Aku muhasabah nilai cinta ini
Sebak dada, kusut jiwa
Menitis air mata seorang hamba derhaka
Mengenangkan betapa murahnya nilai cinta ini
Hinanya cinta ini disisi tuhan
Cinta yang aku dambakan
Cinta aku pada si dia
Tiada apa-apa erti buat tuhan
Hanya lumpur noda mengundang murka...
Rupa-rupanya
Cinta aku pada si dia
Tidak layak menggapai rahmat
Tidak layak menjemput berkat
Dan tidak akan pernah mengundang keredhaan
Maafkan aku Ya Allah
Maafkan aku untuk ada rasa
Cinta aku pada si dia
Yang tidak ada nilai di mata mu Tuhan
Ya Allah
Jodohku ditanganmu
Kalau benar
Cinta aku pada si dia
Hanya menambah timbunan dosa
Aku mohon ampun Ya Allah
Doaku...
Harapanku...
Pintaku dengan harap...
Harap dengan sangat...
Penuh rendah diri sebagai hambamu
Kurniakan aku masjid yang sempurna
Dengan jodoh yang baik-baik
Penuhi pertemuan dan perpisahannya
Dengan iman, nur dan rahmatmu...
Biar jodohku itu...
Buatkan aku dekat padamu Ya Allah
Biar jodohku itu...
Buatkan syurga nanti jadi naungan untukku
Biar jodohku itu...
Buatkan aku lebih mencintaimu
Lebih dari segalanya Ya Tuhan...
Ya Allah... Amin...

Sabtu, 17 Disember 2011

“Satu perjalanan panjang, menimba ilmu dan pengalaman..”



Disini aku melangkah dalam keliruan, pada suatu ikatan tanpa talinya..sekali lagi ia adalah CINTA,
Cinta adalah sinar dalam kegelapan,
Cintaa dalah senyum dalam kesunggulan,
Cinta adalah ceria dalam ke sedihan,
Cinta adalah gembira dalam kehidupan,
Cintaa dalah kasih dalam perjalanan,
Cinta juga adalah RINDU yang sentiasa terlakar diminda setiap dari kita..
Itulah cinta..suatu yang tidak dapat untuk diterjemahkan dengan kata-kata, kerna ia adalah suatu bersifat abstrak.. hanya mampu dirasai bagi yang mengerti..
Andai cinta ini tulus mulus adalah hanya pada-Nya, subhanallah…
Kasih sayang yang lahir tidak mungkin dapat ditahan, ia adalah fitrah insan..
Namun teman,
Mengertikah apa itu sebenarc inta.. bagaimanakah dirimu mentakrifkan erti cinta.. bagaimana dirimu menyebarkan cinta….
Ibu,
Seisi dunia belum tentu membalas segalanya,
Saat senyummu ditangkap pandangan mata,
Anakmu penyejuk matamu,
Dengan sejuta kasih dan sendu,
Semangat mu ibu pada diriku,
Padadirimu, apakah itu cinta…

Rabu, 7 Disember 2011

"USIM TERBAIK"



Bismillah, dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Dan Maha Pengasihani..
pertama dan selamanya ana mengucap syukur pada Ilahi atas segala ni'mat yang dikurnia oleh Allah swt dalam hidup ni, moga dengan pena ini mampu mencuit, menyentuh dan dirasai sentuhan kalbu sapaan hidayah dan petunjuk Allah swt dalam hidup..
beberapa hari ini telah berlangsung c-fest dan pesta convo bagi graduan USIM, sesungguhnya segulung IJAZAH itu begitu berharga dan bermakna yang menandakan kunci gedung Ilmu yang dipelajari selama bertahun, bersemesta di bilik kuliah, tutor, hatta di perpustakaan dan sisi taman perkarangan universiti, sungguh.. perjalanan seorang pelajar dipenuhi dengan tona warna yang sungguh-sungguh Indah,,
university, suatu nama yang penuh dengan gedung dan taman-taman ilmu, hanya menunggu dan menanti agar diterokai oleh para MAHASISWA, berjayalah bagi mereka yang tidak hanya menanti segulung ijazah digulung bersama memori, diutas erat kunci ilmu tanpa mendalami segala isinya lagi,,
hidupkanlah segulung hatta berjuta dengan ilmu, kerna ilmu tanpa Amal seperti pena tanpa da'wat, ia akan menjadi kosong dan tiada gunanya... hanya perhiasan yang menanti usang usia..
teruskan langkah walau kian longlai mengharus lautan ilmu, sungguh.. padanya ada KEMANISAN, ia sahabat yang bakal menuntunmu pada setiap detik perjalanan.. TERUSKAN STUDY AND DO THE BEST WITH YOUR KNOWLEDGE IN LIFE!!

Rabu, 23 November 2011

"nilaian aidil adha"

alhamdulillah, syukur kehadarat Illahi atas segala ni'mat dan rahmat Allah swt pada diri dan keluarga tercinta.. umi yang dirindui dan disayangi, SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA pada semua.. :)

Alhamdulillah,
tahun ni dapat lagi balik kampung tuk bersama family ana, walaupun sehari je raya bersama kerna ada commitment lain pada raya ke-dua, berlepas kembali ke USIM tuk Program orang asli di kg langkap dangi, namun pape pun, masa yang singkat itu kita qualitykan bersama.. agar padanya keredhaan dan Barakah Allah swt pada pertemuan usrah bersama family, umi dan adik-adikku.. :)dan maaf buat sahabat-sahabat ana yang hanya sempat berjumpa ditangga rumah ana, tak sempat ana tuk singgah umah antum sume, moga Allah mempertemu kita lagi nanti semua..:)
semoga setiap hari hatta saat ini, sama-sama kita manfaatkan bersama, agar ia lebih bermakna dan bernilai..
apabila kita mendapat sesuatu, pasti kita akan kehilangan sesuatu.. pastikan apa yang kita dapat itu adalah lebih bernilai dari apa yang hilang itu.. :)


Isnin, 24 Oktober 2011

" Kehidupan.."



“Tiadalah sesuatu urusan itu mudah melainkan Engkau jadikanya mudah,
Dan Engkaulah yang menjadikan kesukaran itu mudah apabila Engkau kehendaki”.
“bila engkau letih dan hilang semangat, ALLAH tahu engkau telah mencuba sedaya upaya,
Bila tangismu berpanjangan dan air matamu duka, ALLAH telah mengira titis air matamu,
Bila engkau rasa ketinggalan dan masa meninggalkanmu, ALLAH tetap bersamamu,
Bila engkau kebuntuan akal, maka ALLAH adalah petunjuk jalan...
Apabila engkau telah berazam, maka bertawakallah kepada ALLAH”.
“Sekiranya tiada cinta insani untukku...
 cukuplah cinta Allah penyuluh hidupku...
Moga kelak akan ada CINTA untukku daripada insan yang mencintai Allah sebagaimana cintaku terhadapnya...”.
“siapa kita untuk menilai dan menghukum,
Siapa aku untuk terus mengharap, siapa kau untuk terus berdiam...
Pengharapan, penilaian, penghukum adalah urusan Allah...
Kita hanya pelaku yang berkhilaf...”.

Rabu, 19 Oktober 2011

“Untuk ukhti tercinta yang sedang dalam penantian”





 Ukhti,
Aku ingin mencintaimu dengan sederhana,
Seperti dingin dengan air yang menjadikannya salju,

Ukhti,
Aku ingin mencintaimu dengan sederhana,
Seperti gembira dengan bibir yang menjadikan senyum,

Ukhti,
Aku ingin mencintaimu dengan sederhana,
Seperti khusyuk dengan kata yang menjadikannya doa,

Ukhti,
Aku ingin mencintaimu dengan sederhana,
Seperti huruf dengan makna yang menjadikan kata,

Ukhti,
Aku ingin mencintaimu dengan sederhana,
Seperti dirimu denganku yang menjadikannya satu,

Ahad, 16 Oktober 2011

" MASIHKAH ADA PILIHAN ?



Bismillah, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Mengasihani.. selawat dan salam atas junjungan Nabi dan kerabat baginda saw serta sahabat-sahabat baginda.. 
semoga kita sentiasa berada dibawah payungan Rahmat ALLAH swt dan menjadikan setiap detik dan saat ini sebagai suatu IBADAT pada-NYA, "Sesungguhnya tidak diciptakan manusia dan jin melainkan beribadat padaKu(ALLAH)".
Kehidupan... cerita semalam dan hari ini... Segalanya akan terus berlabuh pergi bersama angin kedamaian... Ingin ianya tetap ada dan terus ada untuk selamanya dan buat kali kedua dalam hidup...
Kerna disitu telah Dikau cipta buat insan pada mengenal erti mahligai ikatan yang terbina bersama,
Bersamanya insan yang tercipta tika mata mula mengenal dunia yang penuh luka oleh tangan-tangan manusia itu sendiri... Pada kasih dan sayang takkan pernah terjawab dalam erti kalimah yang tersembunyi tanpa suara...
Kini... kaki gagah bertapak sendiri disini, kalimat usahamu menanambenih takwa dan iman yang kian berputik pada taman sanubari hati, agar gagah dalam mengembalikan sinar sarwajagat dalam erti “hidup pada memberi”, padanya “tangan kanan memberi, tangan kiri tidak mengetahuinya”.
Namun... adakah masih ada pilihan dan peluang buat kita dalam meniti roda yang kian berputar dan terus pergi dengan megahnya meninggalkan insan terkapai dan lemas bersama arus yang melanda serta memgoyahkan segala yang terbina...
Dimanakah kita?? Dimanakah permulaan?? Adakah peluang akan datang atau kita perlu pergi padanya?? Segalanya terjawab pada dada jiwa minda muda yang penuh makna, kerna teguhnya akar tunjang keimanan, ranting yang bakal membunga ketakwaan seterusnya membuahkan fikrah yang mampu membina... walau wujud khilaf di pertengahan “pokok dilempar dengan batu, namun dibalasnya buah”.
Pilihan...
Itulah yang sentiasa berlegar di ruang minda antara kita,
Adakah masih ada dan wujud untuknya seorang bernama insan manusia?
Pilihan yang tercipta pada kali kedua,
Dimanakah ia..?
Mari kita sama-sama renungkan...
Kenapa dan bagaimana ia seharusnya tersimpan seketika ruang untuk kita menarik nafas lega andai disitu pilihan hanya tersedia pilihan...

Ahad, 9 Oktober 2011

" ERTI MENGERTI PERJALANAN "



Bismillah.. dengan nama Allah yang Maha Pengasih Dan Penyayang..
padanya sebuah percintaan,
samaada ia melukakan atau menemukan pada yang esa dalam sebuah pencarian,
adakah wujud istilah yang begitu sinonim..?
erti sebuah percintaan alam remaja yang dianggap sebagai satu permulaan dalam mengikat sebuah alam suci yang terbinanya sebuah masjid yang kukuh terasnya,
dimanakah persimpangan yang telah dilalui ini,
adakah mimpi menidurkan atau fantasi yang dianggap hanya sebagai suatu bayangan,
adakah erti suatu kepuraan dalam mengamati suatu perhubungan tanpa restu dariyang Esa..
dimanakah ianya bermula dan kenapa ianya harus bertapak pada setiap pemikiran yang dianggap sebagai modenisasi sebuah kehidupan yang selama ini dianggap kuno tanpa belas kasihan..
inilah suatu realiti yang mesti diterima...
cinta dan  CINTA..!
padanya adalah erti yang berbeda pada mata dan hati yang melihatnya tidak pada makna semata..
tersirat dan tersurat dengan beribu makna yang mungkin engkau bisa istilahkan..
menafsirkan pada pena tajam matamu..
ilusi sebuah renungan pandanganmu..
namun, disitu berbeda bagiku..
adakah diriku mampu, adakah diri mu juga mampu dalam mengistilahkan erti suatu perhubungan pada erti “syariat yang tercipta oleh yang Esa”.
Perjalanan mu.. perjalanan ku....
Mampukah badai yang melemaskan setiap jiwa yang tersiksa..
Kerna disitu adanya kerinduan, kasih, sayang, perhatian dan segalanya yang dianggap sama..
Namun hakikatnya ia berbeda, tidak pada kasih yang jauh meninggalkan kita yang sebenar..
Disini sebuah penantian yang dicita,
Kasih dan erti segalanya pada ikatan yang diterima,
"ertinya kehidupan pada sebuah pemberian"
"ertinya sebuah percintaan pada keredhaan-NYA"