Sabtu, 24 Disember 2011

"Musim Memerah Otak.. :-) "

assalamualaikum wbt..
Bismillahi rahmani rahim... selawat dan salam atas junjungan Nabi Muhammad saw serta keluarga dan sahabat baginda.
"man jadda wajada"
Maksud : “Sesiapa yang bersungguh-sungguh akan mendapat kejayaan.”
"better late than never". berusahalah walaupun last minute, daripada tiada sedikitpun.. insyaAllah, Allahlah yang memberikan akan pemahaman akan ILMU-Nya pada sesiapa yang dikehendakinya.. CHAIYOK!!
tetapkan matlamat Lillahi taala, agar ilmu yang kita dapat bukan sekadar 4flat yang kita score, tapi lebih dari itu..
"bidikan yang paling tepat ialah bidikan orang yang mempunyai Matlamat".
"study smart, but not too hard"


Rabu, 21 Disember 2011

"Cinta aku pada si dia"


Cinta itu buatkan
Cinta utamaku lemah
Cinta aku pada si dia
Buatkan cinta aku pada Tuhan
Allah Yang Maha Esa..
Buatkan cintaku pada Rasulullah
Kekasih Yang Maha Kuasa
Buatkan cintaku pada agama
Islam yang gah agung
Buatkan cinta aku pada iman
Nur yang sentiasa terang
Seakan-akan goyah
Umpama meniti jambatan rapuh
Yang kalau-kalau ditiup angin kencang
Rebah sujud sia-sia ke bumi
Cinta aku pada si dia
Mencalar kotor pada pahalaku
Bertambah erat pula
Pegangan si dosa-dosa
Cintaku pada si dia
Buatkan jiwaku resah
Bernanah dengan maksiat
Zina mata, zina hati
Buat aku terus-terusan gelisah
Melihat pasangan lain
Melayari bahtera durjana
Yang kononnya indah
Walhal aku tahu
Halal haramnya...
Meskipun aku tahu
Baik buruknya...
Sungguhpun aku tahu
Azab dan siksanya...
Bukankah cintaku aku pada si dia
Harus bawaku dekat
Ke kota pujaanku...syurga
Bukankah cinta aku pada si dia
Harus jauhkan aku sejauh-jauhnya
Dari neraka yang pedih azabnya
Jadi...
Mana mungkin cinta ini
Cinta aku pada si dia
Adalah cinta bisikan Allah
Mana mugkin cinta ini
Cinta aku pada si dia
Adalah cinta yang bisa buatkan aku
Bahagia dunia akhiratnya
Mana mungkin cinta ini
Cinta aku pada si dia
Adalah suci, tulus dan perawan
Aku muhasabah nilai cinta ini
Sebak dada, kusut jiwa
Menitis air mata seorang hamba derhaka
Mengenangkan betapa murahnya nilai cinta ini
Hinanya cinta ini disisi tuhan
Cinta yang aku dambakan
Cinta aku pada si dia
Tiada apa-apa erti buat tuhan
Hanya lumpur noda mengundang murka...
Rupa-rupanya
Cinta aku pada si dia
Tidak layak menggapai rahmat
Tidak layak menjemput berkat
Dan tidak akan pernah mengundang keredhaan
Maafkan aku Ya Allah
Maafkan aku untuk ada rasa
Cinta aku pada si dia
Yang tidak ada nilai di mata mu Tuhan
Ya Allah
Jodohku ditanganmu
Kalau benar
Cinta aku pada si dia
Hanya menambah timbunan dosa
Aku mohon ampun Ya Allah
Doaku...
Harapanku...
Pintaku dengan harap...
Harap dengan sangat...
Penuh rendah diri sebagai hambamu
Kurniakan aku masjid yang sempurna
Dengan jodoh yang baik-baik
Penuhi pertemuan dan perpisahannya
Dengan iman, nur dan rahmatmu...
Biar jodohku itu...
Buatkan aku dekat padamu Ya Allah
Biar jodohku itu...
Buatkan syurga nanti jadi naungan untukku
Biar jodohku itu...
Buatkan aku lebih mencintaimu
Lebih dari segalanya Ya Tuhan...
Ya Allah... Amin...

Sabtu, 17 Disember 2011

“Satu perjalanan panjang, menimba ilmu dan pengalaman..”



Disini aku melangkah dalam keliruan, pada suatu ikatan tanpa talinya..sekali lagi ia adalah CINTA,
Cinta adalah sinar dalam kegelapan,
Cintaa dalah senyum dalam kesunggulan,
Cinta adalah ceria dalam ke sedihan,
Cinta adalah gembira dalam kehidupan,
Cintaa dalah kasih dalam perjalanan,
Cinta juga adalah RINDU yang sentiasa terlakar diminda setiap dari kita..
Itulah cinta..suatu yang tidak dapat untuk diterjemahkan dengan kata-kata, kerna ia adalah suatu bersifat abstrak.. hanya mampu dirasai bagi yang mengerti..
Andai cinta ini tulus mulus adalah hanya pada-Nya, subhanallah…
Kasih sayang yang lahir tidak mungkin dapat ditahan, ia adalah fitrah insan..
Namun teman,
Mengertikah apa itu sebenarc inta.. bagaimanakah dirimu mentakrifkan erti cinta.. bagaimana dirimu menyebarkan cinta….
Ibu,
Seisi dunia belum tentu membalas segalanya,
Saat senyummu ditangkap pandangan mata,
Anakmu penyejuk matamu,
Dengan sejuta kasih dan sendu,
Semangat mu ibu pada diriku,
Padadirimu, apakah itu cinta…

Rabu, 7 Disember 2011

"USIM TERBAIK"



Bismillah, dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Dan Maha Pengasihani..
pertama dan selamanya ana mengucap syukur pada Ilahi atas segala ni'mat yang dikurnia oleh Allah swt dalam hidup ni, moga dengan pena ini mampu mencuit, menyentuh dan dirasai sentuhan kalbu sapaan hidayah dan petunjuk Allah swt dalam hidup..
beberapa hari ini telah berlangsung c-fest dan pesta convo bagi graduan USIM, sesungguhnya segulung IJAZAH itu begitu berharga dan bermakna yang menandakan kunci gedung Ilmu yang dipelajari selama bertahun, bersemesta di bilik kuliah, tutor, hatta di perpustakaan dan sisi taman perkarangan universiti, sungguh.. perjalanan seorang pelajar dipenuhi dengan tona warna yang sungguh-sungguh Indah,,
university, suatu nama yang penuh dengan gedung dan taman-taman ilmu, hanya menunggu dan menanti agar diterokai oleh para MAHASISWA, berjayalah bagi mereka yang tidak hanya menanti segulung ijazah digulung bersama memori, diutas erat kunci ilmu tanpa mendalami segala isinya lagi,,
hidupkanlah segulung hatta berjuta dengan ilmu, kerna ilmu tanpa Amal seperti pena tanpa da'wat, ia akan menjadi kosong dan tiada gunanya... hanya perhiasan yang menanti usang usia..
teruskan langkah walau kian longlai mengharus lautan ilmu, sungguh.. padanya ada KEMANISAN, ia sahabat yang bakal menuntunmu pada setiap detik perjalanan.. TERUSKAN STUDY AND DO THE BEST WITH YOUR KNOWLEDGE IN LIFE!!