Rabu, 13 Julai 2011

Result??



" Result..!! HUH berapa la aku dapat ni, lebih baik aku gi check dulu kat internet..
oo.... huuuu..... hmm..... berpusing dan terus bermain di minda, itulah yang terjadi tatkala kita bakal memperolehi result..

kadang-kadang takut pun ada, terfikir berapa result yang akan dapat nanti ni?? meningkat atau menurun?? makin baik or tidak?? kebimbangan sentiasa cuba mngintai jendela kerisauan seorang manusia, namun segalanya telah tertulis, termaktub.. itulah yang dicoretkan..
adakah kita tak dapat nak mengubahnya, betul, setiap sesuatu itu memang telah ditetapkan oleh Allah swt, ajal maut, jodoh pertemuan dan rezeki.. semuanya memang dah ditentukan Allah swt, namun ingatlah Allah swt juga mampu mengubahnya berdasarkan segala usaha yang kita usahakan dalam hidup ni.. andai usaha itu terbaik, maka terbaiklah hasilnya.. umpama kita mempunyai sebidang tanah yang sangat luas, tapi dibiarkan sahaja tergendala tanpa ada usaha untuk mengerjakannya, maka hasilnya adalah tanah itu akan menjadi hutan dan tempat yang terbiar dipenuhi semak samun dan haiwan berbisa, ia jauh berbeza pula andai tanah itu kita usahakan dengan setiap keringat titik peluh kita, nescaya buah hasilnya adalah lumayan dan ia bakal mengubah cara hidup kita dan mampu membantu golongan yang menganggur.. segalanya bermula sebagaimana cara kita berfikir.. " the way of thinking, change your life ".

walau apa pun jangan biarkan diri berasa resah gelisah bagai badai menerpa tiba, setiap yang Allah beri pada kita adalah suatu yang terbaik buat kita, sentiasalah BERDOA dalam solat, doa itu tandanya kita adalah seorang hamba yang lemah dan memerlukan pertolongan dari Allah, doa itu mampu mendekatkan seorang hamba pada yang ESA, kerna ia merupakan penghubung bagi memohon, mengadu segalanya kepada Allah swt.. kekadang kita malu menceritakan setiap sesuatu kepada kawan, teman rapat dan sahabat.. tempat yang terbaik untuk dilontarkan atau diluahkan segalanya adalah meluahkan atau menyampaikannya melalui doa, ssungguhnya Allah Maha Mendengar setiap aduan hambanya.. kerna kita adalah HAMBA-NYA, dan jadilah HAMBA yang BERSYUKUR .. perkongsian rasa juga pada ayah dan bonda, mereka juga lebih mengerti.. kerna kita adalah anak, penyejuk mata mereka.. walau apapun keputusan, mereka tetap memberi sokongan, mengukir senyuman.. agar kita faham dan mengerti bahwa andai ada bola api marah yang dilontar ia bukan api kemarahan semata, tapi motivasi agar kita berfikir.. dan berfikir.. semoga kita positifkannya dalam hidup dan tingkatkan usaha, yang bulat tak datang bergolek, dan yang pipih tak datang melayang.. mulakan perubahan, kerna ANDA mampu MENGUBAHNYA " MASA DEPAN ".

Janganlah pula kita lupa berdoa pada ibu bapa, berdoalah untuk mereka.. yang sentiasa turut mendoakan kita tanpa mengira masa dan usia dalam setiap doamu, semoga result yang kita dapat ini mampu mengukirkan kuntum senyuman diwajahmu IBU dan AYAH.. perkongsian buat adik-adik yang terbaik.. semoga berjaya sume.. "buat teman" semoga kalian juga dapat result exam yang terbaik, seterusnya buatlah result, keputusan yang terbaik dalam hidup anda..:) semoga berjaya di DUNIA dan AKHIRAT.. BerUSAHAlah, sesungguhnya tanpa usaha semuanya adalah sia-sia, berDOAlah, sesungguhnya DOA itu senjata orang yang BERIMAN, TAWAKKALlah pada Allah, sesungguhnya dirimu dekat dengan-NYA.. sentiasalah kita cuba menjaga hubungan antara manusia, lebih-lebih lagi hubungan kita dengan PENCIPTA, "HABLUM MIN NAST, HABLUM MIN ALLAH".
"PERKONGSIAN BERSAMA, MUHASABAH BERSAMA".....

2 ulasan:

  1. Salam..akhi ha, sihat ke kat sana..tahniah ats resultnya.. :) barakallahu minkum

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah.... sihat..:) syukran ya ukhti..

    BalasPadam