Selasa, 20 Mac 2012

Simfoni cinta usim:”siapa cinta ku selepas Allah dan Rasul”



Mengenali Cinta?
Apakah itu cinta, ana percaya ramai yang tahu apa itu cinta, apabila disebut sahaja cinta tentu terbayang si dia, pelbagai kisah romeo and juliet, KCB, Ombak Rindu dan sebagainya yang selalu bermain diminda kita sehingga kita terikut dengan cerita dan novel yang dibaca, menjadikan diri kita sebagai watak utama jalan cerita, sehingga kehidupan yang sepatutnya bercermin perjalanan Al-quran dan sunnah Nabi Muhammad saw terlupa dibumikan dalam diri. Beruntunglah bagi yang sedar.. dan beruntunglah bagi hamba-hamba-Nya yang berfikir.
istilah cinta adalah suatu yang bersifat subjektif yang sukar untuk kita jelaskan, cinta sifatnya Fitrah, apabila kita sebut Fitrah, ia adalah suatu yang suci dan bersih, ia membawa suatu ketenangan didalam jiwa dan hati-hati manusia, bagaimana cinta itu sebegini rupa, inilah cinta yang berlandaskan syariat Allah swt.. adakah ada cinta dalam islam? Jawapannya ada! Cinta sang remaja adalah disebabkan oleh jiwa atau gelojak jiwa.. nukilan dalam sebuah lagu nasyid berbunyi ”kerana cinta, kerna percintaan dengan cinta kerna rasulnya.. kerana cinta kerana saudara.. hidup tanpa cinta sensaralah jiwa.. itulah antara lirik nasyid yang didendangkan oleh imam muda Fattah dalam program simfoni cinta : siapa cinta ku selepas Allah dan Rasul di Universiti Sains Islam Malaysia(USIM).
Cinta dikenali “cinta bangang”, itulah antara istilah yang cuba digambarkan oleh panel pertama, kenapa cinta itu bangang sedangkan cinta itu suatu anugerah daripada Ilahi, setiap manusia merasakan cinta atau kasih sayang dan menginginkannya iaitu “CINTA”. Disini ustaz atau panel pertama cuba mengambarkan sahaja bagaimana cinta yang tulus suci itu boleh bertukar menjadi “cinta bangang” apabila seseorang itu terlalu atau mengikut hawa nafsunya tanpa dipagari diri dengan syariat yang telah digariskan dalam ISLAM antara adab Bercinta, bagaimana pulak saya tidak menjaga adab cinta saya ustaz? Saya mampu mengawalnya ustaz, Sehinggalah wujudnya istilah cinta islamik.
Gambaran yang cuba dijelaskan disini adalah pabila seorang lelaki atau wanita yang berurusan bersama tanpa urusan tertentu, berbual sehingga lupa objektif sebenar sehingga melalaikan, bermesej tanpa adanya urusan yang penting dan sebagainya yang mana semua perkara muamalat atau hubungan yang boleh mendatangkan fitnah antara satu sama lain. Meminjam kata-kata ustazah Fatimah Syarha :” cinta itu boleh bertukar menjadi Fitnah….”.
 “apabila berbicara perihal cinta, , kadang cinta itu buat kita lupa..
seorang hamba dan khalifah didunia, hamba kepada cinta atau nafsu menjadi raja..
bukan kita untuk menolak andai ia jodoh yang tiba, fitrah antara kita insan kerdil biasa..
tetapi untuk melihat siapa kita, disisi pandangan yang Maha Esa..
andai syariat kita lupa, adakah cinta Allah kita jaga..
aku, kamu, kita dan mereka hanya insan fakir biasa..”.( tinta fi mardhotillah )
~bersambung~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan