Ahad, 22 April 2012

"Majlis konvensyen da’wah “kembara Dai’ USIM 2012"




Bismillah rahman rahim, dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam buat junjungan kita Nabi Muhammad saw, keluarga dan para sahabat baginda saw. Syukur kehadrat Ilahi atas segala ni’mat dan kurniaanNya pada kita sehingga masih dan dapat lagi kita menghirup udaraNya pada hari ini.
21april 12.USIM, Majlis konvensyen da’wah “kembara Dai’” yang dianjurkan oleh pelajar tahun tiga fakulti kepimpinan dan pengurusan Islam bertempat dewan kuliah pusat tiga (DKP3) universiti sains Islam Malaysia.
Alhamdulillah, Universiti sains Islam Malaysia (USIM) telah menjadi tuan rumah bagi menjayakan konvensyen da’wah “kembara dai’ ” dan kerjasama daripada beberapa buah ipta dan ipts yang lain antaranya ialah (UIAM,UM,KUIS,UITM). Pelajar yang terlibat dalam program yang dianjurkan adalah berlatar dalam pengajian da’wah, komunikasi, kaunseling, dan aqidah dan ia mengcakupi setiap aspek nilai tambah yang diperlukan oleh setiap para dai’ atau pelajar sebagai bekal diri dan bersama masyarakat kelak.
Program yang diadakan adalah bertujuan untuk mendedahkan pelajar perihal uslub atau manhaj da’wah yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan dalam mendekati masyarakat Islam itu sendiri secara amnya dan masyarakat yang belum menerima sinar hidayah Islam secara khususnya. Ia merupakan suatu perkongsian antara pelajar dalam pelbagai bidang dan cabang Ilmu dengan pendekatan, kaedah atau manhaj, uslub yang berbeza dalam menyampaikan dan mengenal apa itu Islam pada para mad’u.
Pelbagai pengenalan yang diberikan oleh wakil pelajar perihal da’wah dan cabang dalam mendidik diri dengan mempelbaiki dan melengkapkan diri dengan Ilmu seterusnya menjadi seorang penda’wah yang berhikmah dan berhemah dalam setiap lapangan bersama masyarakat yang seribu satu ragam dan persoalan mereka terhadap seruan Islam dan buku yang dapat dikongsikan adalah “apa ertinya saya menganut ISLAM” Tulisan oleh Fathi Yakan, pa erti saya menganut Islam.
Muka surat : 86, Bahagian pertama buku ini bertajuk "Apa Ertinya Saya Menganut Islam" membentangkan sifat-sifat penting yang wajib ada pada seseorang bagi membolehkan ia menjadi seorang Muslim dalam erti kata yang sebenarnya.
Penggabungan diri dengan agama Islam bukanlah secara warisan, bukan secara hobi malah ia juga bukan penggabungan secara zahir sahaja. Sebenarnya penggabungan yang dimaksudkan ialah penggabungan dengan ajaran Islam itu sendiri dengan cara berpegang teguh dengan seluruh ajaran Islam serta menyesuaikan diri dengan Islam di segenap bidang kehidupan dengan penuh kerelaan.
Seterusnya kami akan menerangkan secara ringkas sifat-sifat yang wajib dimiliki oleh setiap muslim untuk memastikan penggabungan dengan agama ini merupakan penggabungan yang sah dan benar.
Semoga konvensyen da’wah yang dianjuran dapat diteruskan lagi oleh junior dan generasi yang seterusnya dalam melebar luas sayap ISLAM buat semua bagi mengecapi secangkir hidayah buat semua INSAN. Syabas buat semua yang menjayakan program ini dan semoga amalan segala sumbangan itu mendapat nilaian yang terbaik disisi Allah swt. Amennn Ya Rabb..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan