Rabu, 2 Mei 2012

“BERSIH 3.0”



Bismillah rahman rahim, dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani, selawat dan salam atas junjungan Nabi Muhammad saw, keluarga serta sahabat baginda saw.
 " BERSIH 3.0? siapakah yang bersalah? ada yang menuding jari sana dan sini tanpa mengira kita adalah  Islam yang percaya dan beriman dengan kalimah syahadah, dan cuba mempertahankan hujah masing-masing dengan hikmah ilmu yang diberi oleh Allah swt pada hambanya, akhirnya apa yang dicari dan diadili.. adakah suatu perbezaan itu suatu yang begitu sukar untuk diterima sehingga ada yang kecundang baru kita sedar menang jadi arang kalah jadi abu.. suatu perbezaan itu adalah Rahmat dari Allah, dan ia merupakan suatu untuk kita mencari satu titik persamaan, persamaan dengan apa yang telah Allah nyatakan dalam kitabullah Al-quran dan sunnah Rasulullah saw. apakah yang kita cuba perjuangkan? adakah meninggikan kalimat Allah? dimana kita saat Allah memanggil kita dengan laungan azan? layakkah kita berkata itu dan ini tanpa kita menilai apa yang ada pada diri kita, mengenali siapa kita disisi pandangan yang Maha Esa.. BERSIH 3.0 bermula kembali, duduk dan bantah sehingga hampir beberapa jam tanpa ada sebarang rusuhan dan akhirnya tragedi berulang tiba.. mengapa? siapa yang harus dipersalahkan? polis, kerajaan, atau pembangkan..? atau sama-sama salah kerana tiada persefahaman..? namun begitu, hujahlah dengan berhemah dan berhikmah moga tujuannya adalah satu kerna Allah.. agar apa yang dicari, dipertahankan, diperjuangkan mendapat keredhaan-NYA.
Adalah sesuatu yang mustahil untuk menyatukan seluruh manusia dalam satu pandangan atau pemikiran tertentu kerana masing-masing mereka dianugerahkan oleh Allah swt perbezaan dalam:
1. Pandangan.
2. Ilmu.
3. Tujuan.
4. Keperluan.
5. Situasi.
6. Keadaan lingkungan.
yang sangat berpengaruh terhadap paradigma dan cara mereka berfikir.
Ini adalah kerana manusia memang diciptakan berbeza-beza bahkan tidak keterlaluan jika dikatakan bahwa beberapa "perbezaan" itu memang dimaksudkan atau diinginkan oleh Pembuat Syariat iaitu Allah swt.
Jika Allah swt berkehendak untuk menurunkan Al-Quran dengan hanya memiliki satu interpretasi sahaja, maka perkara itu tidak sukar bagiNya. Begitu juga dengan Sunnah Rasulullah saw. Bahkan telah masyhur di kalangan ulama’ bahwa perbezaan dalam umat ini adalah rahmat.
Dunia Islam kini menyaksikan lahirnya berbagai harakah, tanzim, jamaah dan firqah Islamiyah yang beraneka ragam. Terdapat bermacam-macam madrasah pemikiran yang masing-masing memiliki manhaj tersendiri dalam berkhidmat dan berjuang menegakkan Islam di muka bumi sesuai dengan :

1.      Penentuan sasaran.
2.      Keutamaan.
3.      Tahapan.
Dr Yusuf Al Qardhawi dalam kitabnya ‘Fiqhul Ikhtilaf’ menyatakan bahwa tidaklah menjadi masalah adanya beberapa kelompok dan jamaah yang berjuang untuk menegakkan Islam selagimana perkara itu merupakan :
1.      Perbezaan yang bersifat variatif (ta’addudu tanawwu’)
BUKAN
1.      Perbezaan yang bersifat kontradiktif (‘ta’addudu ta’arudh’)”.
Di zaman Imam Ahmad bin Hanbal, ada seorang ulama’ pernah menulis sebuah kitab dengan judul"Kitabul Ikhtilaf" (kitab perbezaan) dan apabila ia menunjukkan kitab itu kepada Imam Ahmad, beliau lalu berkata :
"Jangan namakan kitab perbezaan, tapi namakan ia kitab keluasan."
DI MANAKAH KITA MESTI SEKATA DAN DI MANA BOLEH BERBEZA?
Memang benar bahwa perbezaan mesti ditangani dengan sikap toleransi yang tinggi tetapi perbezaan yang dibenarkan adalah perbezaan yang memang boleh ditoleransi.
Untuk mengetahui samada sebuah perbezaan boleh ditoleransi atau tidak, perlu ada kejelasan terhadap kedudukan di mana letaknya umat Islam mesti bersatu dan di mana letaknya mereka boleh berbeza.
Allah swt berfirman :
"Dan janganlah kamu seperti orang yang berpecah-belah dan berselisih, padahal sudah datang kepada mereka keterangan yang nyata." (QS Ali Imran : 105)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan